Chocolate Chips Cookies... Oh My..!! Serius sedappp giler~~

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ....

Lamanya Nina update kat teratak Nina nie kan....? Buzy memanjang~~~ 
(buzy lah sangat >>>) heheee . . . 
Apa khabar semua? Alhamdulillah syukur Nina di sini sihat walafiat :)
Moga-moga semuanya sihat walafiat dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna. Aamin....


Tetiba Nina teringat kala Nina keje kat area Jalan Raja Laut satu ketika  dahulu, lunch time kalau gi makan  Sogo pasti akan singgah beli cookies Famous Amos kat ground floor tuu... lalu ajer kat area tuu dah membuatkan hati meronta-ronta  suh beli atleast 100gm. Walaupun agak mahal namun  aromanya yang memikat menusuk kalbu menguasai segalanya.  Pasti ramai yang mengalami situasi yang sama kann..??
Sabar ajer laaa ......

Choc Chip Famous Amos memang popular dikalangan anak-anak .. Yang dewasa pun sukaaaa sangat akan rasanya yang memikat selera. (Nina lerrr tuu....) Hehehe . . .
Dalam banyak-banyak resepi Choc Chip Famous Amos yang Nina cuba, Nina paling suka resepi  versi Kak Rima. Resepi adunan beliau amat memenuhi citarasa Nina sekeluarga. Tidak terlalu rasa coklatnya! Rasa chocolate chips yang ada kat dalamnya bersama kekacang yang lain dah cukup melicinkan balang dengan sekelip mata!! hehee..
Dah banyak kali Nina dok ulang buat resepi Kak Rima nie.... Thanks a lot kak Rima :)
Nina sharekan kat teratak Nina yea~~


Nie nak pesan..... masa mengcookies tuu nanti, silalah pakai mask! Kenapa ehh...??
Pasal aromanya memang Perrghhh ......!!!! menggugat jiwa dan raga. ... Wangi uuu....!!!

Menusuk kalbu ~~

Jom tengok resepinya >>>>





My Heaven Crunchy Chocolate Chips Cookies

Bahan-bahan
250 gm butter - suhu bilik
200gm gula perang - Nina blend halus dulu
1/2 camca teh coffee oil

1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur 
1/4 cawan nestum - Nina guna nestum coklat
1/4 cawan badam - dipanggang dan dicincang kasar
1/2 cawan gajus + walnut - dipanggang dan dicincang kasar
1 cawan coklat chips
1 cawan white coklat chips - Nina suka-suka tambah
300 gm tepung gandum* - diayak
1/2 sudu teh baking powder* - diayak


Cara penyediannya
1.  Mula-mula....2jam sebelum baking, pukul telur bersama vanilla essen dan coffee oil hingga sebati.  Ketepikan. *** Nina tak tunggu sampai 2jam punn..  
2.  Panaskan oven pada suhu 160C
3.  Dalam bekas lain yang agak besar, pukul butter dan gula perang hingga gebu, kemudian masukkan telur tadi dan pukul hingga rata.
4.  Masukkan tepung bersama baking powder sikit demi sedikit dan kemudian nestum, badam, gajus dan walnut. Putar hingga semua rata. 
5.  Kemudian masukkan coklat chips dan white coklat chips kacau rata guna senduk.
6.  Cubitkan kurang lebih 1/2 camca besar adunan dan susun dalam dulang pembakar sehingga adunan habis
7.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20 - 25 minit atau sehingga masak
8.  Sejukkan atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara

Selamat mengcookies !!!







Labels: , ,