Salam Aidilfitri 2013

As'salamualaikum ....

Ramadhan hampir meninggalkan kita
Dan Syawal pula datang menjelma
Ramadhan yang pergi ditangisi hiba
Syawal dirai penuh gembira

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Kanak-kanak riang ria menantikan Hari Raya
Setelah berpuasa penuh dibulan Ramadhan
Dugaan berpuasa ditempuhi dengan jaya
Seronoknya nanti duit raya penuh ditangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Ketupat rendang lontong dan lemang
Antara juadah pilihan kita
Nanti makan tuu jangan lupa insan yg serba kekurangan
Sambutlah Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan




Tiada kata seindah bicara, dikesempatan yang ada ini Nina ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat SEMUA & memohon sejuta kemaafan buat yang mengenali diri Nina

Nina juga memohon dihalalkan segala resipi yg telah Nina cuba & share kan disini. 
Buat keluarga, sedara mara, sepupu sepapat, sahabat handai, kawan kengkawan dan juga teman2 ,  halalkan juga makan minum Nina yea .... 
Buat teman-teman blogger dan pengunjung teratak Nina ini pula - andai ada yg terlebih & terkurang dalam penulisan resepi.... andai ada kekurangan garam dan gula kat resepi tuuu Mohon maaf dan dihalalkan .... hehee

Jika ada kesempatan di lain masa, Insya'Allah Nina akan meng update kan diri seperti biasa. Maklumlah, selepas nie sibuk pulak dengan open house & jemputan kaum kerabat dan sahabat handai. ..

Buat yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati memandu. Jika kepenatan, berhenti berehat seketika. Biar lambat asalkan selamat. Moga sampai ke destinasi yg di tuju. Amin ...

Selamat bergembira menyambut Syawal dan semasa kita bergembira jangan di lupa ada buat yg tiada dan serba kekurangan. Sambut lah dengan gembira tapi bersederhana..



Walau tidak bertemu
Tangan tak berjabat
Ucapan tidak kedengaran
Mata tak bertentang mata

Nina mohon kemaafan segala kesilapan
kerana ada tikanya mata tersilap pandang, 
telinga tersalah mendengar, 
lidah terlanjur kata 
dan hati pula tersalah menduga

Tiada kad, sms, email pengganti diri
Cuma sekadar coretan dari hati
Sudi lah kiranya menerima kemaafan ini
Sejuta keikhlasan dari lubuk hati ini

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin


Ikhlas dari,
Nina Mirza