Bahaya ker baby walker? hhrrmm.....

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam pagi di MHI ada topik Bahaya Baby Walker. Eermm... menarik nie!
Terasa nak share INFO bagus nie untuk semua.

Asalnya Nina memang jarang sekali on TV waktu pagi. Memang tak on pun selalunya
Kebetulan semalam MyGang onleave so dia laaa yang selalunya on Tv.


cantik kan? gambar dari Mr.Google



Baru-baru Nina memang ada plan nak beli Baby Walker untuk Eilhan.  Walaupun Eilhan dah anak ke-4 dan sebelum-sebelum ni tak pernah pun beli baby walker tetiba terasa macam keperluan lak untuk Eilhan memandangkan Eilhan dah semakin lasak, suka sangat diri sana diri sini, paut sana paut sini... 
kadang tu terjatuh sana terjatuh sini. Risau dibuatnya.....
takut cedera kalau asyik terjatuh kan.... (mama mana yg tak risau, iyer tak?)


TAPI....
bila dah dengar penjelasan Doktor kat MHI pagi semalam  tentang bahaya baby walker terus cancel niat dihati. 

Kenapa??
- Baby yang diletakkan dalam baby walker lebih cenderung bahayanya berbanding dibiarkan kat lantai ajer

Sebab?
- Bila baby diletakkan dalam baby walker, baby akan bergerak lebih pantas dan ianya akan lebih bahaya kerana baby walker bergerak diluar kawalan kita sendiri. Siapa yang kawal? Baby laaaaa~~
Ada ker baby walker yang ada remote control......  adjust by km/per hrs, distance, GPS??  
hehehe . . .
Fakta : Meletakkan bayi dalam walker sama seperti membeli seorang remaja Ferrari - risiko bahaya. Inilah sebabnya, bermula April 2007, Canada telah mengharamkan penjualan walker bayi.
Ferrari tuh?? Berdesup laju>>>
Penyelesaian: Ikat tali supaya baby tak pegi jauh. 
Jalan-jalan sangkut, jalanjalan sangkut.... sian lak >>>  pastu ngamuk nangis!


- Kemalangan dan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan baby terpelanting. Lebih haru kalau terpelanting jatuh ke bawah tangga!
merempuh perabot, terlanggar bucu dinding dan sebagainya. 
- dalam walker baby lebih mudah nak capai sana, capai sini terutama sekali tempat yang lebih tinggi. 
Contohnya tarik alas meja >>>> kebabommm semua jatuh atas baby dan kalau ada air panas camner?
capai-capai barang sekali tercapai minyak wangi ker, battery ker, pen, atau peralatan lain yang kita rasa tak bahaya ...... hakikatnya bahaya yg tak terfikir.
Penyelesaian: pastikan baby walker yang dibeli sangat besar. 
Tak melepasi pintu, meja yg lebih besar dari jangkauan tangan baby ke arah persekitaran luar. (tak sampai nak capai luar)
ermm.... ada jual ker besar gabak gitu?


Baby cepat jalan kalau dok dalam walker!
SALAH salah salah...!! itu hanya rumors semata-mata
 - Ini kerana otot-otot baby terpaksa bekerja keras untuk support berdiri bila dok dalam walker terutama kaki dan pinggang sedangkan otot-otot baby belum bersedia. 

"Tengok ok jerrr baby  diri dalam tu, siap boleh jalan ke hulu ke hilir? "
Yea... nampak jelas baby macam  OK jer stay alone dalam baby walker & look sangat happy kan? Siap tetiba jer baby terus pandai menapak bila dok dalam walker kan?
Tapi hakikatnya, kita tahu ker bila otot2 terutama kaki dan pinggang baby ready untuk berdiri sendiri dan yang penting bukan secara paksaan. 
Katanya lagi, baby yang dok dalam walker akan lebih lambat pandai jalan. Ini akan merencatkan perkembangan asas  tumbesar baby untuk pandai meniarap, mengengsot, merangkak, duduk dan bebas bermain di atas lantai. Satu per satu otot baby perlu  kuat dan bersedia ke peringkat seterusnya.
Penyelesaian: walker sesuai untuk baby yang dah pandai merangkak, berdiri.
Dah besar pandai diri baik tak payah beli.

Baby lebih baik (dok diam aka ralit) pandai main sendiri, tak merengek, selamat dok dalam walker. Mama senang nak buat keje :)
- BETUL  tapi hanya disarankan dalam jangka masa yang sekejap. Tidak melebihi 20-30minit.
Nanti baby kurang perhatian dan sudahnya kita akan lupa nak peratikan baby. 
Penyelesaian: set timer! hehee . . . ingat ini macam baking cake ker?? Oh No!
pastinya baby akan 'ter'lama dok dalam walker sebab keje memang tak akan pernah habis. Dok kejap jer baik tak payah beli.


Nak citer panjang lagi memang tak sempat pasal Nina tengok MHI tu pun separuh ajer lepas tu dah keluar ada urusan lain. Rugi lak rasanya tak tengok sampai habis.....
Nanti boleh google  pro contra baby walker nie~~ semua pun dihujung jari.

Kesimpulan Nina, tak jadi beli sebab bila difikirkan semula  anak-anak Nina yang no1,2,3 pun tak pakai baby walker. Ini kan pula no.4... iyer tak?
Alah bisa tegal biasa~~ 
Pokok pangkalnya, terpulang pada penilaian setiap individu itu sendiri. Tepuk dada (tepuk pelan-pelan ehh....) tanya selera~
Yang penting :: Safety first


Kalau terasa nak sangat praktikkan baby jalan, dicadangkan guna moonwalk walker.
ini gambarnya... ambik dari Mr.Google

















Labels: , , ,