Bukan disebabkan ubat demam tapi. . . . .

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam Nina ada update tentang budak yang kritikal kat ICU disebabkan makan ubat demam yang dah lama. Sebagai ibu pastinya berita ini amat merisaukan. Maklumlah, ibu mana yang tak risau bila dapat tahu makan ubat demam pun boleh kritikal masuk ICU kan?

Dan, hari ini Nina telah diupdate oleh Suzana Ibrahim tentang keputusan pihak hospital berhubung kesahihan cerita ubat demam tuu.... Terima kasih banyak Su

Kata Suzana ::  ujian untuk toksikologi drug ke atas budak itu menunjukkan ia negatif pada PCM,ubat sebenar adalah METHADONE yang mempunyai warna yang sama dengan syp. PCM.

Methadone? Bahayanya...!! Lagi bermacam-macam soalan bermain difikiran Nina. Macammana boleh ada ubat tu kat rumah derang? Untuk siapa ubat tu? Sapa yang makan? Macammana penjaga boleh tak baca label sebelum bagi anak makan? Dan macam-macam lagi....... Mungkin berlaku kecuaian. 
Perkara dah berlaku, tak perlu nak hukum sesapa. Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Moga dijauhkan  kita dari perkara sebegini....
Doakn yang terbaik untuk budak tersebut dan keluarganya...

 Walaubagaimapun, dengan berita semalam telah membuka minda dan meluaskan pengetahuan Nina tentang ubat-ubatan dan jangka hayat ubat selepas dibuka. Sedangkan sebelum nie, Nina tak pernah tahu pun..... dok ingat selagi belum date expired ubat tu still boleh makan. 
Inilah hikmah yang tersembunyi untuk kita semua.... ilmu!

Syukur Alhamdulillah






 

Labels: , ,