Menu wajib ada untuk baby. Simple and easy!

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa khabar? Moga-moga sihat walafiat hendaknya. Aamiin...
Ini adalah entry terperap. .. Dah lama Nina nak share asyik lupa ajer...
Maklumlah dah berumur gini dan ber-anak empat banyak wayar putus so selalu kekurangan DHA. tua sangat ker??Hehehe....
Kalau perap lama gini buat kek sarang semut tentu cantik sarangnya~ cake pulak daaa....

Nina rasa mostly mummy, mama, ibu yang ada baby berumur 6bulan keatas ooppss! tak lupa Mr. mama pasti pernah rasa buntu dalam menyediakan menu untuk si manja..  standard lah tu~
Nina nie dah 4kali baby pun turut mengalaminya. 

Actually menu untuk baby sangat laaa simple. Janji berkhasiat dan mengeyangkan si manja. Preparation jangan lah sampai menyusahkan diri sendiri ber-jam-jam masak  dan akhirnya keciwa kalau baby tak mau makan. Make it simple dan easy.

Hari nie Nina nak share menu yang oldish style. Menu orang dolu-dolu~
Ini merupakan menu wajib ada kalau orang dolu-dolu. Mereka tak main laaa nak bagi baby nestum ready made untuk si manja. Bukan tak boleh, (tak berani nak cakap tidak) takut kena saman tapi sebaiknya sediakan homemade lebih afdal.


Serbuk Ikan Bilis
Bahan-bahan
Ikan Bilis - dibersihkan
Minyak untuk menggoreng - sikit jerr

Cara penyediannya
1- Ikan bilis dibersih sebersih bersihnya. Rendam 10minit.  Cuci bersih dan toskan
2- Goreng dengan minyak yg paling sikit hingga garing dan toskan
3- Blend hingga halus.
4- Sedia untuk si manja. Boleh tabur atas bubur nasi, nasi lenyek, sup atau kentang lenyek, labu lenyek atau apa saja yang lembut dan lenyek~  hehee

Prepare banyak sikit serbuk ikan bilis nie dan simpan dalam tupperware, fridge. Time nak guna just taburkan ajer dalam menu baby. Senang kan....


Baby Eilhan dah 9bulan.... cepatnya masa berlalu. Tak lama lagi dah boleh main kejar-kejar!


Ikan bilis merupakan antara yang paling banyak khasiat untuk si manja. Dan paling senang dibeli dan ianya semua orang mampu beli dan miliki. Cehh...... mampu milik macam beli rumah lak~ hehehe...
Kedai-kedai runcit pun ada. Maklum lah kedai runcit mana ada jual ikan salmon kan..??
hehee . . . .
Serbuk ikan bilis nie juga sebagai pengganti perasa dan garam dalam menu si manja. Maklum lah baby kan tak boleh ada garam dalam makanan mereka. Ini solution terbaik untuk menyedapkan menu si manja.

Antara khasiat ikan bilis :-

Ikan Bilis (Anchovies)
Mempunyai lemak omega-3, protin dan kaya dengan vitamin E, D, mineral, kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik daripada ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik yang disebabkan oleh pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan kurang risiko pencemaran. Hah! Lagi bagus dari ikan besar! Kurang pencemaran......

Vitamin A.
Satu hidangan ikan bilis, 100 g, memberikan kira-kira 50,000 IU(International Unit) Vitamin A. MenurutNational Institute of Health Office of Dietary Supplement, Vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan dan pembahagian sel di samping membantu untuk mengawal selia sistem imun dengan menggalakkan lapisan permukaan yang sihat mata dan pernafasan, kawasan kencing dan usus.

Kalsium.
Ikan bilis menyediakan sumber yang kaya dengan kalsium. Satu hidangan 100g ikan bilis boleh menyediakan sehingga 147 mg kalsium. Kalsium adalah penting untuk tulang dan gigi yang sihat.

Kalium.
Jika anda ingin menambah lebih banyak Kalium ke dalam diet anda, ikan bilis adalah pilihan yang sesuai. Ikan bilis mempunyai kira-kira 383mg kalium setiap hidangan. Kalium adalah penting untuk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan menjadikan ia penting bagi aktiviti pencernaan serta dan baik untuk fungsi otot.

Selenium.
Ikan bilis kaya dengan Selenium dengan kira-kira 36mcg setiap hidangan. Baik untuk jantung dan saluran darah, termasuk strok dan pengerasan arteri atau aterosklerosis, dan juga membantu mencegah kanser prostat, perut, paru-paru dan kulit.

Rujukan :: Mr. Google



So buat ibu, mama, mommy yang bekerja surirumah pun keje gak tau yang sentiasa sibuk dan buzy tu boleh lah sediakan stok serbuk ikan bilis kat rumah.  Anda juga boleh bekalkan kat taska or babysitter. Moga ianya memudahkan perjalanan seharian u all...

Pesanan dari penaja :: Nina bukanlah pakar pemakanan tapi sekadar seorang mama yang membesarkan anak-anak sama seperti mama yang lain. Cuma Nina di sini nak share info dan pengalaman  yang ada untuk manfaat bersama...























Labels: , , , ,