Nak KURUS?? Minum air rebusan Serai dan Halia... betul ker ni??

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Mostly setiap rumah pasti ada serai dan halia kan?
Selain untuk masakan, serai dan halia nie bagus dibuat minum ala-ala tea-o gitu

Sebelum nie adik ipar Nina dah pernah share kat Nina tentang khasiat air rebusan serai dan halia ni tapi baru semalam tergerak nak try. 
Lepas sekeluarga berjumpa, berborak-borak, bergosip-gosip, baru lah berkobar-kobar nak cuba! 
Hah! nak tau apa sebab yang membuatkan Nina berkobar-kobar nak try??

Baca nie khasiat serai dan halia 

Pagi tadi Nina share kan gambar nie kat fb, pastu ramai lak dok pm tanya kebaikkannya.
Gambar tak cantik, tak per janji gambar sendiri bukan gambar cilok! Ahaks~~~


KHASIAT AIR REBUSAN SERAI DAN HALIA

Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. Gerenti asyik terkentut pelepasan angin lepas nie! Nasib laaa.... Hahahaa..>!!

Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang. 
Nina tak der masalah nie tapi tak salah pun nak minum kan.....

Agen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.
Mencegah adalah lebih baik dari mengubati kan?

Menurunkan tekanan darah
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.
Buat yg over STRESS tuu.... boleh lah minum. Mudah-mudahan dapat mengurangkan stress u all. 

Sebagai diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.

Detoksifikasi 
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. Kalau tak larat dok pi bilik air sila lah pakai pampers ehh~  hehee . . .

Meningkatkan kadar metabolisme
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
HAh! Ini bagus utk yang nak KURUS!


Pasti khasiat yang LAST sekali tuu ramai yang nak try buat air rebusan serai dan halia kan??
Jangan tifu ...!! Nina boleh baca fikiran u all tau~~ hehee . . 

Cara penyediannya
3batang serai - di ketuk
3 inci halia - Nina ketuk gak
Air dalam 1litter
== Masukkan  kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. 
Perlahankan api, masak dalam 1jam hingga air bertukar colour ala-ala tea-o
== sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalan fridge, esok sebelum gi keje minum secawan dulu.
(Nina add sikit gula masa nak minum)
## Minum setiap pagi atau malam. (Kalau badan tak tahan panas, atau terlalu kerap pi bilik termenung - selang seli minum)
√√ kalau rasa kurang kick lebih gandakan serai dan halia. Baru ummphh....!!!


Untuk makluman, Nina lebih cenderung kepada nature berbanding apa-apa makanan tambahan untuk KURUS nina tak kurus keding pun (sapa lah tu yg nak kurus tuuu).
OOppsss....!!! hik hik hikkk~~

So the best result, Nina akan jaga pemakanan jagalah sangat kannnnn (semuapun Nina belasah) dan paling penting banyakkan minum air mineral 8gelas sehari. Bukan air milo, teh tarik, air gas tau~ Di ulangi "air mineral"

Camner nak jaga pemakanan?
For MyGang - Dia elakkan makan nasi. So dia akan  makan apa-apa selain nasi.
Contohnya :: mee, bihun, roti dll
pening Nina tiap hari dok fikir menu nak match ngan mee, bihun, roti. Hehehe . . .
Tak per, sayang punya pasal, ok jer~~
Tapikan, tahun nie nampak nya dok makan nasi hari-hari. Cam ner nie? errkk~
hehee.....


Try laaa tak makan nasi 2bulan. Memang mujarab! Gerenti jarum penimbang turun.
Selamat,  tiada kesan jangka panjang dan tiada kos sampingan.
Disamping itu, makan makanan yang seimbang, tidak berminyak dan yang paling penting kuantiti nya tidak banyakkk! hehe . . .
Sekalung 'tahniah' buat adik ipar Nina yang dah turun 10kg dalam masa sebulan. Katanya berkat minum air rebusan serai halia nie laaaa..... :)

Kalau nak lebih efektif, sebaiknya semua berasaskan tepung jangan makan. Nasi, roti, mee, bihun dan lain-lain. Tapi nanti kalau semua tu tak makan takut lak badan/perut tak boleh terima terkezut nanti. Mau lak fengsan dibuatnya sebab tak cukup energy. Kan ker susah.....??
So, kita mulakan slow-slow~~ 

Tinggalkan nasi dahulu dan minum air rebusan serai halia nie selama sebulan dua dan khabarkan kat Nina nanti resultnya :) 

Diet lah secara sihat tanpa makanan tambahan (pil, serbuk, dll) untuk kurus!
Sorry to say, bagi Nina apa yg cepat effect nya tentu ada kesan sampingan. So tak perlu nak promote kat Nina macam-macam product ehh.....  peace no war!

Daaa.....


sumber: yahoo

Labels: , ,