Situ sana sini... Mana-mana ada Potato Fritters. Sedap ranggup!

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera


Potato Fritters! 

Fenomena baru yang melanda geng masak-masak kat Fb sekarang nie. Rata-rata semua kengkawan Nina kat Fb dah mencubanya. Masing-masing berdesup-desup tayang gambar mereka. Ini tak boleh jadi nie..... Nak kena try!
Depa pun dok citer betapa bestnya menu kudap-kudapan nie. 
Ranggup laaa, menerujakan laaa, asyik laaaa, makan tak ingat laaa, dan macam-macam komen positif. So Nina pun tak nak melepaskan peluang untuk mencuba dan merasa menu yang ramai dok khabarkan situ sana sini sinun....
Walaupun dah kelewatan Nina mencubanya (rasanya dah sebulan resepi nie fofular) dan ala-ala tertinggal keretapi lambatnya Nina mencuba but its ok.
Better than nothing right?

So far kat Fb ada ramai yang komen positif tentang Potato Fritters nie namum ada juga yang memperlekehkannya....
"alaa.... nie macam jemput-jemput ajer"   lain sikit pasal jemput-jemput banyak tepung
"setakat kentang pun nak kecoh satu malaya "   kuasa dihujung jari siapa sangka
" ermmm.... biasa-biasa ajer"   aa'ahh.... macam french fries gak, biasa-biasa ajer tapi kenapa ehh kalau pegi fast food mesti nak ada side menu = french fries ??
" alahai.... senang ajer"  pasal senang laaa rugi kalau tak cuba

Hhrrmm.... biasalah tu, tiap yang ada kat muka bumi nie even kat muka buku pasti ada pro dan contranya. Terpulang pada individu untuk menerimanya. 
Pendapat Nina sedap! cuma kena makan masa panas-panas. Kalau dah sejuk kureng sikit.... 
Sesuai sebagai kudap-kudapan, nak nak time hujan dan sambil nonton TV. Gerenti tak perasan pinggan dah licin!

Anak Nina no.2 Eilman, dia nie  tak makan kentang. Kalau letak dalam pinggan dia akan cuba menolak tapi kalau di pujuk dia tetap akan makan. Rela dalam keterpaksaan... hehee
Alahai Eilman..... Good boy mama. 
Alhamdulillah... So far dia tak pernah membantah dan dia anak yang menyenangkan sejak dari baby, Senang sangat jaga dia time baby... Baik ajer~ syukur
Moga Eilman akan menyenangkan semua orang sepanjang hayatnya.. Aamiin...

Eh ehh....!!  lari tajuk laa plak.. Ok kita sambung 
Tapikan..... Potato Fritters nie Eilman  makan laa plak?? 
Berulang-ulang dia makan. Menepati selera dia agaknya...



Potato Fritters
Bahan-bahan
3 biji kentang
4 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang - Nina gantikan dengan Daun Ketumbar. Cuci, keringkan dan potong halus-halus
Serbuk Lada Sulah - Nina tak letak
Garam
Ajinamoto - tak pernah guna so Nina tak letak
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaannya
1-  Bersihkan kentang, kupas kulitnya dan sagat.  Pastikan kentang tidak basah dan berair.
2-  Satukan kesemua bahan termasuk kentang gaul sebati
3-  Panaskan minyak masak, sudukan leper-leper dan goreng  sampai masak dan garing. (warna keperangan)
4-  Toskan dan hidangkan bersama sos kegemaran.


Ini picture step by step yang sempat Nina snap sambil bersilat kat dapur.
ppsstt .>>> Nina ada add sikit carrot. konon-konon nak tambah khasiat. Hehee . . . 



Tips dari penaja ::: Adunan nie sikit tau hasilnya, bolehlah buat makan sorang. Untuk family macam Nina, disarankan buat lah 2 adunan atau lebih. Sebab tu telur (pic no.2) ada 2biji~
hehee . . . .
Silalah stand by stok kentang extra ehh....

** mengikut rekod kengkawan, resepi asal  dari Noraida Durani. Terima kasih banyak yea....
Nina panjang-panjangkan kat teratak Nina pula.

Selamat mencuba!






Labels: , ,