Banoffee Pie Cake and pic step by step to do

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Bertemu kembali di teratak Nina. Apa khabar?
Syukur Alhamdulillah Nina sihat dan Nina doakan moga semuanya sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan yang dilakukan. Mulakan setiap perkara dengan niat yang baik beserta Bismillah, moga ianya mendapat keberkatan.
Tak kan niat yang buruk jahat nak baca Bismillah lak kannn…..!! hehee . . . .

Seperti yang Nina janjikan sebelum nie, Nina akan update resepi Banoffee Pie Cake sempena Birthday EilYana yang lalu. Kombinasi kedua-dua nya memang sedap! Gigit-gigit rasa crunchy biscuit yang base bawahnya, pastu laaa ada gigitan pisang ditambah dengan kelembutan choc moist cake. Tak lupa setiap gigitan ada kenikmatan adunan lemak coffee. 
Memang Wallaaa…!!
Tak sangka sedap! Recommended resepi. Senang ajer tak perlu oven bagai.

Untuk base Nina menggunakan resepi asal Banoffee Pie oleh Nigella dan part atasnya Nina gabungkan shortcut Tiramitsu. Biscuit Marrie Nina celopkan dengan air Nescafe ‘O’ pekat dan Choc Moist Cake. EilYana memang penggemar tegar Choc Moist Cake!
Kebetulan Nina ada extra Choc Moist Cake so Nina buat layer atasnya. Untuk resepi Choc Moist Cake boleh refer SINI.

Untuk creamnya keseluruhan adalah fresh cream. Whipping cream non dairy. Boleh dibeli kat bakery (tempat beku). Hanya perlu pukul sehingga adunan tu kaku. (Bila kita cedok menggunakan spatula dan terbalikkan adunan ianya tak jatuh. Kaku keras kejung tapi lembut dan mudah untuk di deco.


Banoffee Pie Cake
Bahan-bahan
400gm digestive biscuit base (Nina guna biscuit Marrie)
200gm butter
1 tin susu pekat manis (Nina guna ¾ tin ajer)
½ cawan susu segar (Nina guna susu UHT)
1 sudu besar butter
Pisang secukupnya (montel atau berangan)
400ml whipping cream
Coklat untuk hiasan

Cara penyediannya

Step 1

1  Cairkan butter dalam pan.
2  Hancurkan biscuit dalam loyang (Nina guna lesung - ada ciri-ciri kemelayuan sikit)
Hik hik hikk!! Perlu kerr~
3 Kemudian tuangkan butter yang dah dicairkan dan adunan biscuit yang dah hancur tadi
4 Gaul rata kesemuanya pastu tekan-tekan bagi mampat dan padat. Ini perlu betul-betul supaya nanti base tak mudah rapuh dan berderai.
5 Simpan base dalam fridge daalam 30minit. Nina buh dalam freezer. Lagi lama lagi bagus!





Step 2

1 Sementara menunggu base menjadi firm, kita buat caramel sos nya pula. Tuang susu pekat manis ke dalam periuk. Sebaiknya non stick periuk
2 Tambah 1 sudu besar butter dan kacau sehingga berwarna coklat keperangan. (colour caramel) Sila kacau selalu dan guna api sederhana. Takut hangus part bawah caramel tuu - tak cantik nanti ada bintik-bintik hitam ala-ala jeragat.
3 Bila dan agak coklat warnanya, masukkan ½ cawan susu segar (susu UTH). Kacau sebentar sehingga rata.
4 Tutup api dan dibiarkan sejuk.

Step 3 (proses lapisan Pie)

1 Keluarkan base tadi dari fridge , tuangkan sos caramel yang dah sejuk tadi kat atas base.
2 Potong pisang bulat-bulat dan susun cantik-cantik. Buh 2layer lagi best
3 Pukul whipping cream non dairy sampai kembang dan kaku
4 Kemudian paipkan kat atas pisang tadi. Tutup keseluruhan
5 Taburkan serbuk coklat kat atas. Simpan dan fridge dalam 1-2jam dan dah ready to ngap- ngap makan!

## Ini untuk Pie kalau gatal tangan ngada-ngada macam Nina sila abaikan part simpan fridge 1-2jam dan boleh ikut next step for Banoffee Pie Cake ##
Ikut gambar sampai no.6 jerr untuk Pie



Step 4 (proses lapisan Banoffee Pie Cake)

1 Selepas tabur serbuk coklat, sediakan air Nescafe ‘O’ pekat (jangan panas). Celopkan biscuit Marry dan susun kat atas serbuk coklat tadi. Nina buat 2layer
2 Lepas tu, letakkan Choc Moist Cake tutup keseluruhan
3 Renjiskan balance air Nescafe ‘O’ tadi atas cake
4 Kemudian paipkan whipping cream kat atas dan deco sesuka hati.
5 Simpan fridge sekitar 1-2jam atau lebih dan kemudian ready to ngap!

Selamat mencuba! Sedapp~

Labels: , ,