Bila mama demam..... Sambal sardine ajer lah yea~

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa khabar? Nina harap teman-teman semua sihat walafiat hendaknya..
Kesihatan adalah satu anugerah rezeki yang tak ternilai tanpa kita sedari. Tanpa kesihatan yang baik, belum  tentu kita  dapat menjalankan tanggungjawab dan keje dengan lancar. Apatah lagi dalam mencari rezeki. Rezeki bukan terletak hanya pada duit atau kekayaan tapi juga kesihatan, keceriaan, kebahagiaan, dan juga kesederhanaan. Syukur~

HomeMade bakers macam Nina nie  (merangkap surirumah) lagi perlukan kesihatan yang baik untuk menunaikan permintaan pelanggan. Nina selalunya mula baking lepas semua anak-anak tido hinggalah ke subuh.  Bergantung juga pada kuantiti tempahan. Kalau banyak, petang Nina dah mula baking...
Bila tido? hhrrmm..... asal done. Dapat siap cepat, cepat lah dapat tido sebelum anak ke sekolah esoknya... Gitu laa rutin harian Nina bila ada tempahan. Homemade bakers lain pun gini lah life depa kan..?? Normal jerr~
Namun, Nina enjoy! Sebab tuu penat pun tak rasa sangat... Berbaloi dengan minat. Buat yang tak minat memang akan rasa menyampah nak buat! 
Kalau dah minat, tak tido pun sanggup. iyer tak? Tambahan lagi sebab ada ganjarannya.... 
Syukur Alhamdulillah....
** tetiba terkenang time demam crepe durian. Hoohoo.... Alahai, sampai tak tido malam dibuatnya menyiapkan order kengkawan** masyuk masyukkkk!!  :D

Nina ada satu habit, suka masak sambal banyak-banyak penuh satu kuali besar! Pastu Nina masuk  dalam tupperware kecik-kecik then simpan dalam fridge. Motif??
Bila time rushing Nina senang nak uruskan hal masak memasak kat dapur. Hanya masukkan sambal sedia siap masak dalam kuali dan boleh campak apa ajer untuk dijadikan sambal. Ayam goreng ker, ikan goreng ker, udang, sotong, telur, dannnnn paling senang sardine!
Kena plak time buzy  dan time demam gini..... sambil baring-baring lepas pekena ubat, fikiran dok melayang fikir nak masak apa. Sambal antara menu paling cepat dan mudah bagi Nina. Pasal >>>>> Nina dah sedia siap masak sambal. Hanya perlu tuang dalam kuali dan masukkan sardine! Senang kan...?

Walaupun Nina demam, juadah untuk family tetap Nina cuba sedaya upaya sediakan. Bila ubat dah mula bekerja, demam pun sikit kebah Nina dah boleh ke dapur kecik Nina. Setakat goreng semula sambal sedia siap dan masukkan sardine ready made. Settel....

Jom tengok resepi orang demam masak.... you all pun boleh buat gini untuk menjimatkan masa dan memudahkan kerja seharian.  Terutama buat buzy mommy yang workaholic aka career women dan juga macam Nina.   Buzy sangat ker permaisuri rumah nie..??? hehee ...

Weekend - masak sambal banyak-banyak buat stok. Nak masak nanti just tuang dalam kuali jerr... Jimat masa! 
yelah, masak sambal lama juga kan...? Nak kena goreng cili sampai betul-betul garing baru sedap dan tahan lama. Bila dah sedia siap, masa memasak boleh jimat sekitar 15-20minit. 
Hhrrmm..... 15-20minit tuu berharga tau. Sempat nak relax santai-santai sambil pakai mask. 
Kecantikan pun harus maintain. hehee..... 



Sambal Sardine
1 tin besar Sardine
1 cawan sambal sedia siap masak
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 inch halia - ketuk
1 biji bawang besar - potong kasar untuk hiasan
Minyak sikit untuk menumis 

Cara penyediaannya
1-  Panaskan minyak, tumis bawang besar dan halia hingga keperangan
2-  Masukkan sambal sedia siap masak hingga mendidih
3-  Masukkan sardine kacau rata hingga mendidih
4-  taburkan bawang yang dipotong kasar
5-  Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas! + telur dadar. Nyum nyumm...



Labels: