Sandwich Egg Mayonnaise .. breakfast paling cepat, senang dan berkhasiat.

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari nie nina nak share menu breakfast paling ringkas dan mudah. 
Sandwich Egg Mayonnaise!
Tak perlu masa yang banyak/lama untuk disediakan. Orang malas-malas pun boleh buat. 
Tapi kalau ada itu batu besar dok atas kapla atau dok terus menetap dalam badan tu tak tahu laaaa nak cakap camner lagi~~
Tapi untuk orang-orang bekerjaya aka sibuk naaa pegi balik keje, pun boleh jer buat menu nie..
Kalau sibuk sangat pepagi tak done nak buat, boleh sediakan malam pastu masukkan dalam tupperware dan simpan fridge. Esoknya dah ready to eat! Tak perlu gopoh gapah esok paginya. Senangkan…..

Dalam apa jua perkara, jika kita inginkan ianya terjadi…. 
Paling penting haruslah ada sifat positif dalam diri. Semua benda bermula dari mind set kita sendiri. Kita yang create!
In Sya Allah (dengan izin Allah) semuanya akan dipermudahkan dan berjalan dengan baik. 

“Hendak seribu daya tak nak berjuta-juta dalihnya”
Tapi kalau dok verangan nak buat itu, nak buat ini, macam-macam verangannya tapi kalau tak bergerak diusahakan tak juga menjadi. Kan kan kann….??

Tak mau citer panjang, jom tengok resepi breakfast paling senang, cepat dan mudah tapi penuh dengan khasiat. Roti+telur kan kaya dengan protein dan energy. Bagus untuk anak-anak. Bawak bekal sekolah pun bagus! Jimat belanja boleh menabung…. 
Harus simpan duit. Petrol naik semuapun NAIK!


SANDWICH EGG MAYONNAISE 
Roti secukupnya
3biji telur rebus
Mayonnaise secukupnya
Sedikit lada sulah (jika perlu)
Daun ketumbar – cincang halus

Cara penyediaannya
1) Hancurkan telur yang direbus menggunakan egg cutter macam dalam gambar bawahnie atau garfu pun boleh. Lenyek-lenyekkan.
2) Kemudian masukkan mayonnaise, lada sulah dan daun ketumbar. Gaul rata
3) Sapukan rata ke atas roti dan sedia dihidangkan

## Jika suka boleh juga lapiskan dengan hirisan tomato, timun, salad dan cili merah.

Tips :: amat sesuai buat sandwich egg mayo nie time dapat berkat/gift telur orang kahwin. Jimat!
Tak payah rebus telur atau pakai/beli stok telur. Hehee . . . .



Cer tengok pic nie..... senang jer kan? tak susah pun.....
Sila-sila laaa me'rajin'kan diri. .. 
Boleh juga dijadikan aktiviti bersama anak-anak nanti masa cuti sekolah. Buat sama-sama pastu makan sama-sama~ hehee . . . . 
Enjoy!





Labels: , , ,