"Aney, mee goreng mamak satu"

“Aney, mee goreng mamak satu!”
“Wokey siap!”

Antara dialog yang biasa kita dengar kat mana-mana restoran mamak,  kedai makan mamak ataupun gerai mamak tepi jalan. Mostly pagi mereka menyediakan menu roti canai dan tengahhari nasi beriani bersama lauk pauk dan menu untuk petang ke malam selalunya adalah menu bergoreng yang simple.
Menu bergoreng yang menjadi tumpuan adalah mee goreng mamak!
Kenapa femes sungguh mee goreng mamak nie?
Kenapa ehh...... Sedap ker?

Sedangkan mee goreng mamak adalah satu menu yang amat simple. Bahan yang digunakan pun sikit dan ringkas. Bahan utama yang ada tentulah mee kuning, tauhu goreng, cucur udang, buah tomato dan sedikit rempah kari. Gabungan bahan-bahan ini membuatkan mee goreng ini punya rasanya yang tersendiri.

Kalau tanya Nina kat mana mee goreng mamak yang sedap….
Masa Nina kerja dolu-dolu kat area Jalan Raja Laut sekitar Masjid India ada satu kedai mamak kecik kat Bangunan Selangor Mansion. Dalam sebuah kedai terdapat 2owner. Sebelah kanan Boss lain dan sebelah kiri (dalam kedai yang sama) ada Boss yang lain.
Yang bagusnya, walaupun mereka ini berlainan Boss dalam sebuah kedai, mereka juga menyediakan menu yang sama.
Masing-masing ada menyediakan roti canai, roti telur, nasi goreng, bihun goreng yg sangat banyak (1portion boleh share makan 2 orang)dan juga mee goreng mamak!

Kalau pagi-pagi kedai mereka penuh. (kedai mereka tak besar mana pun) dan selalunya pelanggan akan makan roti canai dan teh tarik. Lepas makan terus ke pejabat. Jarang sekali mereka lepak makan lama-lama…. Tak der Wi-Fi kot.. hehee…

Lagipun, kalau makan lama-lama pelanggan lain yang dok tunggu Q nak duduk suremata dok  tenung dengan jelingan sipi jer nanti....
Nina dan kengkawan namakan kedai tuu Kedai Ganesh. (bukan nama sebenar kedai tu pun… memandai ajer Nina nie kannn?)

Sekarang nie kekadang time weekend, MyGang akan bawak Nina dan anak-anak pekena mee goreng mamak atau bihun goreng yang banyak tuu ataupun Nasi goreng. Maklum lah, sekali sekala tuu teragak juga nak makan menu kegemaran yang selalu Nina makan time muda remaja~
Sambil tuu boleh ceritera kat anak-anak lokasi kegemaran mama abah mereka masa muda dulu! Nostalgia tuuu~ Hehehe . . . .
Sampai sekarang pun, pekerja kat kedai tu masih kenal Nina walaupun dan hampir 10tahun Nina tak makan kat sana…
Hhrrmm….. Muka Nina tak berubah kot~ :p

Di sini Nina sharekan Mee Goreng Mamak style Nina dari apa yang Nina jelling-jeling perhatikan sepanjang mamak tu masak sambil ketuk-ketuk kuali mereka.
Walaupun mamak tu goreng untuk sebungkus, Nina gandakan sukatan ke sepaket mee kuning.

Resultnya >>>>> ada rasa ala-ala Mee Goreng Mamak walaupun anak Nina no.2 Eilman comment
“mama, kenapa Mee Goreng mama cantik jerr, tak macam mee goreng kat kedai mamak tuu? Mama kata ini mee goreng mamak!”
“Hah! Kenapa?”
“Nie tauhu nampak cantik jerr, selalukan dah pecah-pecah...”
“ Oooo….. itu sebab mama tak ketuk-ketuk kuali kuat-kuat macam mamak tuu masak, kasi hancurkan tauhu” hehehe .. . .

Lepas nie, jawabnya kena ketuk kelentang kelentung kuali kat rumah kasi hancur tauhu… Hhrrmm…. Bebudak sekarang pun layak jadi panel juri masakan sebab mereka luahkan comment yang jujur.


MEE GORENG MAMAK
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
1 paket Mee Kuning
1 biji bawang besar – hiris halus
4 ulas bawang putih – ketuk dan hiris halus
2 sudu besar cili sambal yang sedia siap dimasak – suka pedas letak lah lebih
10 sudu besar kicap cair - Nina gantikan kicap lemak manis
3 sudu besar sos tiram – **Nina tambah sebab Nina tak letak garam
1 sudu besar serbuk kari
2 biji tomato – dibelah empat
2 keping tauhu – digoreng dahulu dan kemudian dihiris nipis
3 keping cucur udang - dipotong 6 **Nina tak letak
2 batang sayur sawi – dipotong anggaran 2 ½ inch
2 cawan taugeh – dibuang ekor, dicuci bersih dan ditoskan
2 biji telur
2 fish cake – dihiris nipis **Nina tambah
1 cawan udang laut bersize kecik– dibuang kulit ** Nina tambah
Minyak untuk menumis
Untuk hiasan
-. Hirisan timun
-. Limau kasturi dibelah dua
-. Bawang goreng **Nina tak letak

Cara penyediannya
1-. Panaskan kuali dan masukan minyak untuk menumis
2-. Tumis bawang besar, bawang putih hingga berbau wangi
3-. Kemudian masukkan – sambal cili ready made, kicap lemak manis, sos tiram, serbuk kari, tauhu, cucur udang, fish cake dan udang. Gaul sebati hingga masak.
4-. Selepas itu, masukkan mee kuning dan sawi, gaul rata beberapa minit hingga mee dan sawi masak sebati bersama rencah tadi.
5-. Ketepikan semua di keliling kuali yang sama dan pecahkan telur kat ruang di tengah-tengah kuali. Biarkan seketika dan kacau rata kesemuanya.
6-. Masukkan tomato dan taugeh. Kacau rata hingga masak.
7-. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama bahan hiasan – hirisan timun, limau kasturi dan bawang goreng.

“ Adek maniss, mee goreng mamak siap!” hehee.....







Labels: