Cream Puff versi 2. Sedapnya.....!! Tips puff menjadi dengan cantik dan jayanya.......

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Cream Puff   ... Cream Puff     ... Cream Puff ....
Aduh..!! Memang terasa nikmat tatkala menikmatinya. Seolah-olah berada kat awang-awangan.. Puff yang lembut gebus dikombinasikan bersama lemak manis filling cream castard memang Uummphh!! Sapa tak pernah makan manyak rugi oooo~
Kena cuba baru tau! Tak cuba tak tahu......

Amboi amboi....... Over lak Nina promote cream puff! 1st time makan ker..??
Haishh.... Tak laaa. Nina dah banyak kali buat dan makan. Cuma dah lama juga tak pekena. 
Al-kisah tersebut lah kisah.... Baru-baru nie, jiran Nina datang rumah pepagi hari dengan hajat besar nak order cream puff. Alamak..?? Cream puff??
Sejujurnya Nina agak sengal nak ambik order cream puff sebab bagi Nina pembuatannya agak remeh memandangkan sekarang nie Nina ada  MyJambu Boy Eilhan Mirza.
Nak buat puff nie, kena buat filling cream castardnya dulu. Kena kacau tanpa henti baru dapat hasil cream yang smooth. Bukan boleh tinggal, hangus, berketul-ketul nanti. Tak best!
Risau kalau-kalau tengah-tengah buat nanti dia meragam. Hah! Camner? 
Buat puff nie bukan boleh tinggal-tinggal macam baking cake. Siap adun semua bahan, masuk oven, tinggal -------- 1jam 30 minit. Tunggu oven menjerit TING! 
Kalau tak done nak tengok, Yana pun boleh tolong bukakan/regangkan pintu oven :)

Puff nie tak berapa tahan lama so kena buat betul-betul sebelum time pick up. Setahu Nina puff hanya tahan 2hari itupun dah simpan dalam fridge.  Lepas 2hari rasa puff dah jadi puff tapi jadi Puss! hehee..... 
Style Nina memang nak sediakan yang fresh untuk customer. Tak mau laaa, time dia dapat lagi 2-3jam dah expired. Tak syok laaa kan. ..

Mind set Nina - as Homemade bakers haruslah menyediakan sesuatu yang fresh from oven. Dari rumah so mestilah baru masak dan terus disajikan. Begitu juga cake. Walaupun order awal, Nina hanya akan baking sehari sebelum collect. Kalau buat awal-awal, baik depa beli jer kat kedai cake terkenal. (Entah berapa lama cake dah tayang dalam cermin...... hanya pekerja kat situ jer tau. Bukan buat kat situ punnn...... Dari HQ katanya. 
Hhrrmmm....... Maaf jika ada terasa. Ini lah hakikatnya. Ramai dah tahu dan ramai juga buat-buat tak tahu. Sebab? kat kotak ada tunjuk brand. Femes! .

HomeMade tak femes. Iyer tak...?? Kotak putih plain aje..... Buat pun dari dapur kecik. Oven pun tak besar mana.... Tapi boleh laaa rajin tahap gaban kalau nak bakar cake budget setakat 100 box. Sanggup, rela dan pasrah walaupun terpaksa.  huhuuu . . . .
Tak der pekerja, buat sengsorang. Tak pakai topi tinggi ala-ala chef. Resepi pun ada kat blog. Tak der secret pun..... Sesapa pun boleh buat. Tiada bahan rahsia... 
Eh ehh..... dah melalut lak~

Back to story, memandangkan jiran Nina nak ambik pagi sebelum dia pegi keje so memalam buta semua orang sedap membuta dalam jam 4am Nina dah mula baking. Alhamdulillah.... Time gini baby Eilhan tido lena so boleh lah Nina membaking dengan aman damai, tenteram lagi sentosa. Focus focus...!! Tiap 30minit puff dalam oven dok layan fb pun buleh terlelap gak~ hahaa....
nasib baik oven ada bunyi 'ting'! hehee.... 

Ok, kat sini Nina share kan sikit beberapa tips nak buat puff supaya menjadi dengan jayanya..
Nak berjaya kena lah ada ilmu + kerajinan. Keikhlasan dalam membuat semua perkara pun perlu. Dan perlu dimulakan dengan Bismillah... wah wah wahhh...... 'ter'over sudah~ hehee
Moh ler.... Ini antara petua dan tips yang mesti ikut >>>>>

ppsstt >>>>  sejujurnya Nina bukan lah expert sangat buat cream puff nie. Nina tahu ada yang lebih pandai, arif lagi terror dalam bab resepi dan tips pembuatan cream puff. Nina disini sekadar berkongsi resepi dan tips yang Nina sedia maklum, guna pakai dan dari pengalaman Nina yang tak seberapa. Andai sifu cream puff di luar sana punya lebih banyak ilmu, sudilah share kat Nina....

** Buat puff perlukan kesabaran, ketekunan, displin diri. Ikut resepi betul-betul. Jangan memandai nak short cut. No no no no.!!! Ikut resepi step by step betul-betul.

** Cream puff perlukan cream filling yang smooth, lembut, licin. Kena masak dengan penuh berhati-hati, kesabaran yang tinggi. Masa masak fillingnya  kacau sentiasa supaya tak beketul-ketul. Kalau tak licin, smooth creamnya -  tak kick!

** Time masak tepung dalam periuk, pastikan tepung benar-benar masak. Sampai nampak ada kepingan nipis terbentuk kat tepi-tepi periuk. Kalau tepung tak berapa masak juga antara faktor puff tak menjadi. Penyek, lembik, dalam tak masak.

** Masa lepas masak adunan tepung, ada pesan tunggu adunan tuu sejuk baru mix telur. Sila tunggu >>>> jangan tak sabar, gelojoh!  Buruk perangai tuu.....
Tunggu suam (rasa sikit kat tangan tuu) then baru mix sama telur. Sejuk sangat pun tak boleh ehh.... Jangan nak tunggu sejuk pi tido dulu~~ parah!

** Telur tuu perlulah dipukul dalam mangkuk lain terlebih dahulu. Then baru tuang dalam bowl adunan tepung. Ini untuk memastikan adunan tak terlebih cair. Kalau telur dipecahkan satu per satu terus dalam bowl tepung, kita tak dapat agak samada  adunan tuu nanti tercair sebab setiap biji telur tak sama intipati dalamnya. 
Atleast  masa kita mix, (jangan tuang sekali semua - tinggalkan sikit) kita dapat mengagak kepekatan doh tuu. Kalau dah nampak doh tu pekat dan boleh dipipekan kira ok dah ..... kalau macam keras baru tuang baki telur. Janji tak lembik!

** Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu sebelum bakar puff. Ini penting untuk memastikan puff menerima tahap kepanasan yang tepat dan serata. 

** Lepas pipe atas tray, pastikan spray air atas doh. Ini penting untuk proses pengembangan yang cantik. Baru dapat result puff yang losong kat tengah dalamnya. Kalau tak der spray - renjis-renjis di pilis, ditepungi lah tawar, hai beras kunyit ditabur merepek dahh~

** Masa puff sedang dalam pembakaran, Tolong, tolong laaaaa..... 
Jangan sesekali buka pintu oven selagi belum cukup time masa! Paling pantang buat puff! Alamat nanti puff tu akan penyek! Hah..... kan rugi~
Terlebih sikit masa pun ok. Tapi jangan lah sampai hitam legam hangus lak yea....

** Bila puff dah siap pipe filling castard, dah ready untuk dihidangkan..... please laaa~
masa makan ingat-ingat sikit orang belakang. Jangan dok ngadap sorang! hahaaa......
Ada lebih pass kat jiran sebelah menyebelah, kalau tak pun hantar sikit kat rumah Nina nie hah! Wakakaa kah...!! 

Untuk makluman, Nina pernah buat cream puff sebelum nie, resepi dari Yani MyResepi. Adunan Yani menggunakan  sukatan cawan dan mudah. Boleh refer resepi kat SINI.
Kali nie Nina cuba resepi dari Zaliana MyResepi. Alhamdulillah..... menjadi dengan jayanya juga! Jom selongkar resepi nya .... Zasss >>>>


Ini ajer yang sempat Nina selamatkan untuk tayangan sebelum Nina ngap! hehee . . . .

CREAM PUFF
Mula-mula kena buat fillingnya terlebih dahulu. Bahan-bahan untuk filling 
2 sudu besar tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
8 sudu besar gula*
2 cup susu segar (240ml X2)
2 biji telur (L size)
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar mentega
secubit pewarna kuning

Cara-cara penyediaan filling
1.Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk... masak menggunakan api sederhana dan  kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus...masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau
4. sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag..


Dah siap filling baru buat puff nya pula....
Bahan-bahan puff
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji)

Cara-cara penyediaan untuk puff
1.  Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan
2.  Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. Nina guna garfu ajer. Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain. Kemudian  masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung ..mix sebati.
3.  Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4.  Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan, lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah  dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah.  Kedudukan dulang biarlah ditengah2 supaya permukaan dan bawah cream puff  sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
5.  Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven. Ia kelihatan  ringan, bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak,  puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. Jangan bukak oven sebelum  tamat tempoh. Ingat tuu..... Kalau degil,  memang puff turun penyek!
6.  Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling. Nina cucuk ajer dengan bucu nozel dan pipekan filling masak dalam rongga puff.
7.  Ready to eat!

Selamat mencuba!


ppsstt >>>> to my Anje, sorry yea... kak Ayu Nina ler tuuu dapat selamatkan beberapa ketul ajer buat Anje dan Anjang family rasa. Hebat penangan Cream puff kan......
Kak Ayu nampak Anje dah buat sendiri ehh.... i saw ur puff kat IG. Heheee.. Good try my dear~





Labels: , , ,