Roti Lapis Daging Cheese..... Nyummy!

 As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Memandangkan MyGang kurang nak makan nasi so Nina sediakan menu dinner yang tak heavy tapi simple, mudah dan cepat disediakan. Yang penting ianya berasaskan roti. 
Dah beberapa kali Nina nampak resepi nie kat facebook namun Nina tak sempat nak save. Tetiba rasa nak buat so Nina main agak-agak ajer sukatannya. 
Untuk intinya, Nina buat ala-ala inti MyHomemade Roti John yang Nina pernah buat sebelum nie. Boleh tengok SINI 

Hhrmm…. Gambar Roti John Nina nie pun dah bersepah orang yang tak bertanggungjawab dok guna pakai tempek kat page/blog mereka. So sad~ huhuu . ..
Apalah nasib badan……. Setidaknya bagi lah credit pada tuan empunya gambar. Iyer tak?

Berbalik pada cerita resepi Roti Lapis Daging Cheese nie, Nina gunakan loyang size 210mmx210mmx65mm maka Nina pun kecikkan adunan sukatan. Kalau guna loyang sama size macam Nina, kena lah rajin potong-potong dulu rotinya mengikut ketepatan size loyang. Kalau nak senang just guna loyang yang muat-muat boleh isi 4keping roti untuk satu lapisan. 

Kebetulan adik ipar Nina datang singgah rumah, seronok ramai dapat merasa. Alhamdulillah….. MyGang kata Roti Lapis Daging Cheese nie sedap dimakan sama cili sos dan mayonnaise. Baru kick!
Biasalah…. MyGang paling pandai bab merasa setiap hidangan dan bijak lagi creative mix match menu yang disajikan. Mix match macam baju lak kannn...?? hehee . . . .

Untuk career women aka women yang sangat buzy tuuu, inti boleh disediakan malam so balik keje nanti just buat lapisannya. Mudahkan? 
Kalau kita well plan tiap perkara yang ingin kita lakukan, semua pun akan jadi mudah dan In Sya Allah akan dipermudahkan oleh Yang Esa. 
Terutama sekali surirumah yang homemade bakers, kami nie sangat sibuk sebenarnya. Waktu siang masa hanya tertumpu untuk urusan rumah, anak-anak dan keluarga. So selalunya Nina akan start baking di waktu malam ataupun subuh. Bergantung pada tempahan.... Kalau banyak siang pun Nina dah start baking.
Senang nak baking di waktu malam sebab gangguan kurang.... Baby Eilhan pun tido lena waktu malam :)
Alhamdulillah.... semuanya dipermudahkan Allah. Syukur~ 

Ok … Jom semak resepi yang simple dan berkhasiat ini. Zasss>>>>>


ROTI LAPIS DAGING CHEESE
Bahan-bahan
10-12 keping roti buku – Nina guna roti Gardenia
4 biji telur
1 ½ cawan susu UHT full cream
1 biji bawang besar – dipotong dadu
2 ulas bawang putih – diketuk potong halus
1 paket daging kisar – Nina guna Ramly
2 biji kentang – dipotong dadu
1 cawan mix vege
2 sudu besar serbuk kari
Secubit garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
9-10 paket cheesedale ** lagi sedap digantikan dengan parutan mozzarella cheese 

Mula-mula kena masak intinya dahulu
1-. Panaskan kuali, tuang minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga keperangan
2-. Masukkan daging kisar, goreng hingga masak dan hancur-hancurkan daging jadi ketulan-ketulan kecil.
3-. Kemudian masukkan serbuk kari daging dan kentang, gaul rata keseluruhannya hingga kentang masak
4-. Setelah kentang hampir masak, masukkan pula mix vege. Kacau rata 
5-. Rasakan dengan garam secukup rasa. Tutup api dan biarkan sejuk seketika


Proses lapisan roti dan daging
1-. Sediakan loyang, lenserkan dengan mentega keseluruhan loyang.
2-. Pukul telur, susu dan secubit garam hingga sebati
3-. Celupkan roti ke dalam adunan susu, telur tadi dan susun dalam loyang 
4-. Kemudian tuang bahan inti daging di atas lapisan roti tadi
5-. Celup lagi roti ke dalam adunan susu, telur lagi dan susun tutup di atas lapisan inti daging. 
6-. Ulang proses yang sama langkah 3 dengan roti. Lapisan terakir tuang kesemua baki susu telur di atas roti.
7-. Tutup lapisan atas dengan cheesedale 
8-. Bakar pada suhu 200c selama lebih kurang 40minit.
9-. Sedia dihidangkan.. sedap dimakan bersama cili sos dan mayonnaise!

Selamat mencuba..


Nampak sedap kann??? Mmmm..... memang sedap!
Tak percaya..... kena lah cuba baru tau~~ ;)











Labels: , , , ,