Ssyyhh ..... hari nie tak der resepi tapi story tentang....

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera
Ssyyhhh ..... hari nie tak resepi. Tapi story mory lain........ nak tahu?


Hah! Tu dia….. sila tengok picture. Ini lah scrub muka yang Nina guna. St.Ives Apricot Scrub
Alahai… actually segan nak share. Maklumlah, Nina nie ala-ala blogger masakan yang suam sejuk bukannya pakar kecantikkan.
Dan.. Nina pun sedar diri Nina pun bukannya kategori yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb! Yang lagu Ruffedge tuu~

Memandangkan ada yang bertanya ingin tahu so Nina share kat sini.
Nina suka sangat guna scrub nie sebab tektur nya yang kasar tapi tak der laa kasar macam kertas pasir tuu.. sebab kalau scrub brand lain mostly semuanya halus dan tak memberi rasa apa semasa proses menyental kat muka. Tak feel gitu! Scrub St.Ives nie  terbaekk lah bagi Nina.
Lagi pula, scrub nie wangi…. Baunya lembut kombinasi almond dan apricot.
Ianya juga 100% natural exfoliants. Paling penting sulfate free & paraben free! Benda alah nie dua yang selalu ada dalam bahan produk terlarang. Rasanya dah hampir 20tahun Nina guna scrub brand nie. Lama kan….? Terasa dah tua lak~ hehee

Kalau produk lain yang nak putih kulit laaa, kulit bak baby laaa tapi hakis kulit.
Memang tak akan Nina nak pakai. Ada tuu promote – pakai 3 hari gerenti gebus putih melepak. Sorry! Tak payah rekemen kat Nina yea~
Pernah terbeli dan terpakai pastu Nina terasa seolah menghakis kulit cepat-cepat Nina stop pakai. Takut…. (selalunya pencuci muka dan moisturizer yang ada bahan terlarang tu)
Biar lah kulit muka tak putih bak kulit baby janji kulit muka Nina tak der masalah kemudian hari.
Takut oooo nanti kulit nipis sangat dan jeragat mudah akan terbentuk kat muka. Ramai sangat sekarang nie Nina nampak muda-muda dah ada jeragat. Huhuuu . . . .

Harga?
Produk nie murah jer… less RM20 for 283gm. 
Ada jenis tiub, lagi murah.....
Nina suka beli yang besar sebab banyak dan boleh buat scrub badan sekali. Jimat kan?
Ala-ala spa kat rumah. Hehee . . . .

Nak beli kan mana? Senang ajer…..
Boleh ajer dibeli kat mana-mana hypermarket/ farmasi/ Guardian/ Watson. Tunggu laaa sale. Selalunya ada discount dalam 20%.

Cara pakai?
Seminggu dalam 2-3 kali sental lah muka. Cuci muka macam biasa dulu then ambik sikit gosok-gosok kat muka. Pastu bilas.
Akan terasa kulit mati hilang dan rasa fresh jerrr…..


Perlu ker scrub muka?
Pendapat Nina  >>> memang perlu. Atleast seminggu sekali muka kita perlukan cucian mendalam untuk membuang segala sel kulit mati kat muka kita.  Kalau setakat pencuci muka biasa yang daily use tak effective. Ini sekadar pendapat santai dari Nina yang tak arif bab kecantikan. Tapi Nina amat mementingkan penjagaan asas untuk diri.

Syukur Alhamdulillah …. Tidak dinafikan, kulit muka Nina memang jarang sekali memberi masalah. Kiranya kulit Nina nie kulit kebal gitu. Tahan lasak! Jerawat timbul pun boleh kira setahun berapa kali. Tak der sampai nak kira kann….. hehee
Mungkin juga faktor rutin penjagaan yang konsisten sejak Nina remaja.

Bagi Nina simple ajer. Kalau kulit muka dah semulajadi ok, tak der jerawat, tak der masalah yang kritikal seperti jerawat batu penuh satu muka so tak perlu nak beria-ia mencuba menukar pelbagai produk yang melambak-lambak kat pasaran. Sekarang nie macam-macam ada. Kulit muka kita bukannya bahan kajian. Tak perlu membazir.
Bukan apa, nak cantik punya hal (padahal dah sedia elok cantik daa) nanti masalah lain timbul.
Sayangi lah dan jaga lah baik-baik hakmilik sendiri yang telah ALLAH kurniakan seadanya…
Setiap orang punya kecantikkannya yang tersendiri. Syukur...



Labels: , , , ,