Happy Birthday to me! Hari ini 11th December 2014 genaplah usia Nina yang ke-.......

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Happy Birthday to me! 

Hari ini 11 December 2014 genaplah usia Nina yang ke- ........
37tahun? eh ehh.... 27tahun buleh?? hehee....
a'ahh.... dah pun berusia 37tahun :)
Gambar masa Nina kecik tuu berumur sekitar 3-4tahun :)
Sama tak hingga kini?? 


Syukur Alhamdulillah Nina masih bernafas, dipanjangkan umur dan masih dikurniakan kesihatan yang baik…
Pepagi tadi Nina dah call Mama Nina. Terima kasih banyak Mama, telah melahirkan Along. Telah membesarkan Along dengan penuh kasih sayang dan dalam kesederhanaan. JasaMu tiada gantinya… Terima kasih mama! Dan tak lupa buat Abah!


Sejak semalam, email penuh dengan birthday wish. Asal on bunyi tak henti beep beep~
Syukur Alhamdulillah.....
Terima kasih juga buat rakan-rakan facebook yang ucapkan Hari Lahir beserta doa buat Nina kat wall Nina dan ramai tahun nie yang pm.  ** malu ehhh** hehee
Anyway, Terima kasih diucapkan.. Tanda ingatan u all kat Nina dah cukup bermakna buat Nina.
Ppstt >>>> tahun nie dpt wish dari Blogger fofular “Ben Ashaari". chewahhh~~
Berbunga-bunga api keluar time baca kat fb. Ahaks!
Tak lupa kat whatsapp juga, mostly DOA dari sanak saudara… Luv u all~

Zaman semakin maju, dah tak der Bday wish melalui kad hari jadi yang besar-besar mahupun pesanan sms. Semuanya sekarang nie melalui media social.
Teringin lak nak menerima kad ucapan. Hehhee…. **ada lagi ke orang nak buat gini**

Teringat satu ketika dulu sekitar tahun 90-an, Nina suka hantar ucapan Hari Jadi melalui telegram buat kengkawan. Kesian mereka …..
Bila terima pasti perasaan cuak, risau tak senang duduk dibuatnya. Gerenti berdebar-debar dup dap dup dappp…nak bukak telegram, maklumlah nak tahu isi penting dalam tuu….
Sekali tengok “Happy Birthday” ajer! Hahhaa….
Yelah, dulu-dulu orang hanya guna telegram jika ada hal-hal kecemasan ajer.
Haishh….. nakal gak Nina nie dulu. Hehhe…
Maaf lah buat yang terkena dulu tuu yea~


Ada rakan blogger yang tak punya facebook nak kenal dan tahu serba sedikit tentang Nina. Hhrrmm….
Camner nak mula ehh…?
Eermm… Ok laaa, Nina story mory sikit perihal Nina. Jangan muntah hijau lak baca ehh… hehehe

Bila di congak, hitung kali darab. Jawapannya = Tak der ada yang special pun kat Nina.
Senang citer Nina orangnya simple jer. Small size. Mostly semuanya serba sederhana dalam kehidupan Nina.

Nina dah berkahwin tahun 2002 bersama MyGang Azlan Hamzah dan punya 4anugerah. 2puteri dan 2putera
(11tahun Eillya, 7tahun Eilman, 5tahun Eilyana dan 1tahun Eilhan)
Syukur Alhamdulillah …. Nina punya family yang melengkapkan kehidupan Nina.

Suka dan tak suka?
Nina tak suka kotor, over acting, bising, sakit kepala, gossip, mesyuarat tingkap, cicak, lipas dan semut. Tak lupa >>> Cik TI _ _ _!. Oh Tidak….
Nina sukakan manisan, kedamaian, laut, parenting, masak dan baking. Kalau citer bab suka mmg banyak~ hehee

Sejujurnya, Nina dulu tak pandai masak pun apatah lagi bab baking-baking cake. Minat masak nie menjelma sejak Nina jadi permaisuri rumah. Ditambah lagi dengan adanya Mr.Google. Mungkin juga faktor rakan alam maya juga yang banyak memberi dorongan untuk Nina mencuba pelbagai menu. Hhrmm…. Kat sini pentingnya peranan media social andai digunakan dijalan yang baik maka resultnya pun baik!

Tak lupa, MyGang turut sama mendorong Nina dengan memberi respond dan comment jujur tiap kali hidangan. Anak-anak lak suka makan…. **EilYana ajer susah makan** Mereka tak cerewet kalau ada menu baru. Kalau suka dan permintaan tinggi, lagi kerap Nina masak menu yang sama.

Bzness HomeMade pun kebetulan ajer. Semua bermula dari rakan-rakan facebook dan juga jiran-jiran. Terima kasih banyak di atas kepercayaan u all dan selalu repeat order dan siap promote lagi. Bermula dengan suka-suka. Alhamdulillah syukur….
Moga dilimpahkan rezeki lagi hendaknya buat Nina sekeluarga .. Aaminn.

Rezeki buat Nina sekeluarga tak pernah putus walaupun Nina hanya permaisuri rumah. Kita Kena Yakin. Rezeki dari ALLAH dan ada bahagiannya untuk kita.
Rezeki juga datangnya dari berbagai bentuk. Tak semestinya bila berada di atas mewah rezekinya dan tak semestinya orang yang nampak susah tiada rezekinya.
Kebahagiaan, ketenangan, kedamaian juga rezeki…. Ini yang Nina perolehi kini sejak jadi permaisuri. Nilai kehidupan yang tiada bandingnya. Syukur Alhamdulillah…

Teringat masa lepas SPM Nina keje kat Pizza Hut. Mereka yang tak kenal selalu akan ingat Nina kerek! Erkk~` kerek? Konon-konon berlagak. Haishh….. tak laa
Dari sudut mana kerek pun Nina tak sure…. Maybe style dress up, penampilan, kurang bercakap, buat hal sendiri, hah…!! Tak joint gossip kot. Hehee…..
Hanya mereka yang kenal Nina masa tu ada jawapannya….. Dan yang pasti hingga kini kami masih saling berhubung..

Ya, Nina memang kurang cakap dengan orang yang tak kenal dan suka keje ajer tapi kalau dah kenal >>>> hingga kini masih kawan.
Seronoknya keje kat fast food! Semuanya nak cepat! Tip top bersih!
C.A.Y.G = Clean as you go. Dari sini bermulanya Nina byk belajar tentang positif.

Lepas tu Nina keje kat sector perbankan. Berurusan dengan ramai orang dari pelbagai golongan. Lebih mencabar tapi memberi berjuta pengalaman berharga yang tak ternilai harganya. Syukur Alhamdulillah…..

Terima Kasih Allah..

Nak citer banyak tapi keadaan tak mengizinkan…
Nanti free time Nina sambung lagi ehh~~


Salam ikhlas,
Nina Mirza

Labels: ,