Magic Filter? erkk~~ Apa tu..??

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Sapa pernah cuci Magic Filter.
Bila? Berapa kali sebulan? Perlu ker? Kenapa?

Huh?? Magic Filter.
Apa tu? Tahu tak? Pernah dengar tak?
Hah! Benda alah nie ada dalam semua washer machine. Cuma reka bentuknya berlainan antara jenama.
Kalau tak pernah tengok, cer pegi kat u all punya washer machine dan peratikan kat dalam washer machine akan nampak benda alah ni kat dinding tab.
Ada tak? Try tanggalkan dan bukak tengok….

Apa fungsinya?
Magic filter ni ditugaskan untuk menapis segala kekotoran yang ada semasa washer machine bekerja.


So? Apa masalahnya……
Kenapa perlu tengok dan kenapa perlu di usik dari tempatnya dan di cuci?
Supaya proses pencucian kita lebih bersih bila penapisan kekotoran ini bersih! 


Hari nie Nina nak story mory pasal Magic Filter.
Kalau nak tahu, mostly setiap hari Jumaat Nina akan bukak Magic Filter yang ada dalam washer machine Nina kat rumah.

Nina akan bersihkan, brush brush dan hilangkan segala kekotoran yang ada. Sekitar tempat magic Filter ni pun Nina lap-lap bersihkan.
U all pernah bukak dan bersihkannya tak?

Perlu ker?
Menurut kata salesman yang Nina mula-mula beli washer machine (sekitar 8tahun dulu) dia sarankan kita buka dan cuci benda alah nie. So sejak tuu, Nina praktikkan dan lakukannya beberapa kali sebulan dan bila-bila masa Nina teringat…

Kat dalam Magic Filter tuu ada getah colour hitam (penghalang kekotoran). kalau dah putus, kena lah beli magic Filter yang baru. Part ni, kena pandai-pandai survey harga beberapa kedai elektrik. Macam Nina punya nie design lama.... Sebelum nie pernah putus dan Nina pernah tanya beberapa kedai elektrik atau pun dealer jenama washer machine kita. Ada yang jual RM65 dannn...... ada kedai tu jual hanya RM15. Bijak membeli menang memakai...

Selain dari tu, kalau u all perasan kat washer machine ada sign ‘clean tub’. 
Ada tak?
Hah! Yang ini pun Nina selalu buat. 
Untuk apa? 
Dah nama pun clean tub so fungsinya untuk membersih dan mencuci tab washer machine kita laaa….. 
So keladak dan kekotoran yang melekat kat dalam liang roma waher machine akan tanggal dan washer machine akan bersih. Nanti pencucian kita pun akan lebih bersih!


Bila nak tekan?
Sebulan sekali pun ok….. atau bila-bila masa yang u all rasa perlu.
Macammana nak buat?
Just tekan kat sign ‘clean tub’ dan start. Sebelum tu masukkan sesudu pencuci baju. Dah kata nak cuci tub so kenalah masukkan sabun basuh baju.
Jangan masukkan sabun mandi lak…… rugi ooo
Kan sabun mandi lebih mahal. So jangka hayat washer machine lebih panjang.
So far, Alhamdulillah….. washer mashine Nina tak pernah lagi meragam.
Cuma masa dalam warranty computer board nya rosak. Katanya masuk air. Erkk~ Nasib baik FREE of charge! Sejak tuu Nina tampal plastic pembalut buku dan cellotape keliling computer board. Selamat……

Actually Nina agak cerewet bab pencucian.
Selalunya untuk pencucian Nina akan asingkan pakaian putih dan gelap baru basuh.
Setiap baju terutama sekali baju sekolah anak-anak, Nina akan belek-belek dan sapu Dynamo kat tempat kotor. Then baru masukkan semua dalam washer machine. Rasanya semua org pun gini kan.…

Selain tu setiap pencucian MESTI diakhiri dengan pelembut pakaian. Pernah tu washer machine dah selesai basuh, Nina terlupa nak letak pelembut pakaian dan …..
Nina akan tekan-tekan tab tuu, masukkan pelembut pakaian dan ulang proses rinse dan spin. *sampai macam tu sekali?** A’ahhh….. Hahaha…!!
Habit kot~
Seminggu sekali atau 2minggu sekali Nina akan pastikan Nina cuci magic Filter. Selalunya Nina setkan hari Jumaat.
Sebulan sekali plak, Nina akan ‘Clean Tub’.

Ada sikit story Nina nak share~
Ini antara habit Nina bila Nina dok kat home stay. Selalunya mereka ada sediakan washer machine kan? So setiap kali nak guna washer machine yang disediakan oleh pihak home stay Nina selalu akan check dulu Magic Filter mereka. Kalau bersih baru Nina akan guna washer machine mereka. Dan kalau kotor, eeee...... Oopss! sorry …… tak lalu nak guna dan Nina tak akan dok home stay mereka lagi.
Bukan apa, dari sini pun kita akan jelas tahu kebersihan tuan tanah. Keikhlasan mereka dalam menyediakan kebersihan tempat tinggal dan kemudahan untuk penginap home stay mereka.
terlebih dahulu Nina mohon maaf in advance yea kalau ada tuan empunya home stay baca entry Nina. Ini reality…

Perkongsian ini sekadar pengetahuan umum buat yang tak pernah tahu atau buat-buat tak tahu. *ada yang tak pernah buat kannn…..** Cepat mengaku! Hehee….
So lepas nie, buat yang tak pernah bukak dan bersihkan magic Filter tuu sudi-sudilah bersihkan Magic Filter yang ada dalam washer machine u all…..
Dan tak lupa sebulan sekali, pandai-pandai laaaa tekan ‘Clean Tab’.
Semoga pencucian u all lepas nie semakin bersih sesuci hati .
*peace no war*



Pesanan ikhlas,
Nina Mirza





Labels: , , ,