Roti Telur Cheezy..... menu ringkas buat minum petang anak-anak

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Aduh ..... dah beberapa hari Nina tak berkesempatan nak update entry. Maaf sesangat buat yang ternanti-nanti story mory Nina yea. Ke'buzy'an yang amat sejak cuti sekolah nie. Rumah Nina  riuh dengan anak-anak dan syukur Alhamdulillah order untuk cake, dessert dan juga goodies door gift kenduri kendara perlu diselesaikan. So terpaksa lah Nina dahulukan apa yang penting dulu. Terharu lak ada yang email dan whatsapp bertanya khabar Nina....
Nina amat hargai keperihatinan anda. 
Hari nie Nina update kan sikit story menu petang yang Nina prepare buat anak-anak. 
Maaf sekali lagi, dah lewat petang baru done  nak update. 

Asal petang ajer Nina jadi buntu nak sediakan menu minum petang buat anak-anak.... 
Kali nie Nina nak share roti telur. Tapi ..... roti telur kali nie akan lebih menarik minat anak-anak sebab ada cheese! Laju jer licinnya~
Kalau ada yang punya anak-anak yang kurang nak minum susu, boleh digantikan sumber susu tersebut dengan cheese sebab cheese juga kaya dengan kalsium sepertimana susu. 
Eilyana (anak no.3) memang hantu cheese.  Bila dah makan roti telur cheezy nie, sedapppnya katanya dan seronok tengok dia dok berulang-ulang makan.

Selain menu roti telur cheezy nie, Nina pernah buat beberapa menu lain sebelum nie yang simple dan ringkas berasaskan roti dan cheese. Boleh refer SINI untuk Roti telur simple yang wallaa..... 
Kalau rajin lagi sikit, boleh cuba buat roti pizza. Resepi click SINI untuk Roti Pizza ringkas dan sedap.
Ok laaa..... jom intai resepi mudah roti telur cheezy~



ROTI TELUR CHEEZY
Bahan-bahan
9 keping roti
keping cheesedale
2 biji telur A
Garam secukup rasa
Sedikit mix herb - tak letak pun tak apa
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaannya
1-.  Sediakan roti dan letakkan cheesedale kat atas roti
2-.  Tutup cheesedale tadi dengan meletakkan sekeping roti kat atasnya. Potong ikut suka. Belah dua ker, belah empat ker atau tak belah pun ok
3-.  Pukul telur bersama garam secukup rasa dan mix herb dengan menggunakan garfu lalu celopkan roti tadi dalam telur rata-rata
4-.   Goreng hingga kekuningan 
5-.  Sedia dihidangkan....


Sambil masak memasak Nina sempat snap beberapa picture, so Nina sharekan kat sini.....



Labels: , , ,