Kari Ikan Patin... Sedap ker?

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Kari ikan Patin? Aik…!! Selalunya Ikan patin kan masak tempoyak. 
Hah…! Kali nie Nina masak lain dari yang lain…. Kalau Ikan Patin ajer dok asyik masak tempoyak, kadang tu jemu juga. Kadang Nina masak asam pedas, kadang tu Nina goreng tapi kali nie Nina masak kari lak. Kita yang masakkan dia so belasah ajer laaa……
Janji ikan tu dimasak dan boleh dimakan .

Sedap ker? Hhrmm…. Not bad. Anak-anak suka. Licin periuk belanga Nina~
Senang dicuci. (Bukan Nina pun yang cuci~ Terima kasih Abg) hehee…..
Beruntung Nina punya hubby yang ringan tulang. Selalu & always forever tolong keje-keje rumah. "Sayangggg Abg banyak-banyakkk"
Wah wah wahhh….. tetiba feeling loving lak~ hahaa….
Jangan u all termuntah hijau lak. *Oopssss!!*

Anak-anak makan sama nasi panas dan macam biasa MyGang prefer makan roti. Cecah sama roti! Fav dia..
Kuah kari automatic jadi pekat bila kita masukkan ikan patin sebab ikan patin banyak lemak. So kari nie Nina tak masukkan langsung santan. Ala-ala kari mamak gitu…
Untuk baby Eilhan Nina gorengkan ajer. Tak sangka, Eilhan pun suka ikan patin. Laju jer dia makan tak banyak songeh. Syukur Alhamdulillah…..
Jimat masa cuz tak de episode pujuk memujuk. “sikitt lagi sayang, sikitt lagiii~” 
“Haaa…. Macam nie laaa, pandai diaa” hehee….

Ikan patin yang sedap semestinya kat Temerloh. Nina suka Ikan Patin Tempoyak kat Restoran Go Bang Maju. Rasa kuah tempoyaknya memang Uummphh! 
Walaupun kebanyakkan orang suka pegi kat Pekan depan Sungai Temerloh tapi taste Nina lak sukakan masakan Restoran Go Bang Maju. 
Rambut sama hitam tapi hati dan tekak lain-lain…
Info:: Restoran Go Bang Maju dah buka cawangan kat KL. Sudi-sudi lah merasa dan singgah kat area Setapak. Pasni kalau teragak nak makan tempoyak dekat sikit…
Alamat – silalah google ehh atau kat FB pun ada pagenya.

Ok laa…. Masak kari selalunya Nina masak yang ringkas aje macam sebelum-sebelum 
nie. Contoh kat SINI - Kari Kepala Ikan Kerapu.


KARI IKAN PATIN
Beberapa potong isi ikan patin
1 biji bawang besar – Nina hiris halus jer
2 ulas bawang putih – Nina ketuk cincang halus
1 inch halia – diketuk dan cincang halus
4 sudu besar serbuk kari Ikan – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
2 sudu besar rempah campuran kari ikan
2 biji tomato belah empat

Sayur Bendi
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara penyediannya
1-. Panaskan minyak dalam periuk lalu masukkan rempah campuran kari hingga wangi.
2-. Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
3-. Masukkan bancuhan pes serbuk kari ikan. Masak hingga terbit minyak. Kacau selalu dan guna api sederhana.
4-. Tuang air mengikut citarasa nak banyak mana kuah. Nina suka kuah yang agak pekat pasal nak cecah sama roti. Masak hingga kuah mendidih
5-. Selepas itu, masukkan ikan, sayur bendi dan  tomato. Kacau sentiasa perlahan-lahan sampai mendidih dan ikan masak. Jangan kasar-kasar, hancur lak ikan tu nanti.
6-. Rasakan dengan garam secukup rasa dan sedia dihidangkan….







Labels: