Nasi Goreng Satay... Satay sedap kat mana?

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari nia Nina share kan lagi menu dari lebihan makanan. Kali nie, menu utama adalah satay. Sapa kat sini suka makan satay? 
Angkat tangan....!! Angkat, angkat tangan... angkat! 
Ala-ala iklan deodorant kat TV. So, pesanan dari penaja hari nie >>> lepas mandi gunalah deodorant :)  **plak daaaa** dari citer pasal satay tetiba deodorant hehee~

Satay merupakan antara makanan kegemaran masyarakat Malaysia tanah tumpah darah ku...
Nina penggemar satay. Kalau ada tempat yang dikatakan sedap, Nina sedaya upaya nak pegi try merasa. Kalau sedap gerenti Nina akan tapau sikit buat makan2 kat rumah lagi.  Dan kalau tak sedap pun Nina akan tetap akan tapau. **macam sama aje kan** 
Tak kisah laaa.... Janji tapau kalau tak rugi ooo….  Tak baik membazir. Kan kan kannn?
Selalunya kengkawan  yang rekemen tempat makan satay semua sedap belaka.
ker tekak nie tolak batu kayu jer kot

Satay yang sedap kat mana? Satay.... awak kat mana. Awak, awak kat mana? :p
Nina suka Satay Kajang Haji Samuri. Satay Kajang nie sangat sinonim buat penggemar satay. Satu malaya dan  En. Google pun menobatkannya sebagai Raja Satay. 
Satay Kajang Haji Samuri ada banyak cawangan. Nina suka beli kat cawangan Medan Mara. Sebab?  pasal kat sana murah 10sen secucuk dari cawangan lain. Itu aje! Kalau beli banyak kan banyak bezanya juga. Kerajaan kan suruh berjimat....  :)

Selain tuu Satay kegemaran Nina kat area tempat Nina membesar iatu Taman Ehsan Kepong Selangor.  Disini lah kampung Nina...... Nina membesar kat Taman Ehsan sehingga lah Nina kawin.   Sekarang pun masih dok ulang alik Taman Ehsan cuz family Nina masih menetap di sana. Kat sini aman damai tenteram, penuh dengan kehijauan ....sebab dekat dengan FRIM. Tetiba teringat lak time pepagi jalan-jalan santai ke sekolah sambil menghirup udara segar. Indahnya~  Tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat bermain nyorok-nyorok!
 Eh ehh..... Dah lari tajuk nie! 
Continue cerita satay tadi.......
Aeddy Satay – My favorite place satay!  Kedai nie port kat depan Fatimah Tom Yam. Near by Sekolah Rendah Taman Ehsan, dekat simpang empat (bukan simpang empat Penang tu tau). Hah...!! Satay kat sini memang menepati citarasa Nina. Satay dagingnya sangat empuk, lembut, kaya dengan rempah ratus.….  Walla~

Pernah dengar Satay Pulau tak? ** Actually Nina tak ingat namanya. Memandai kasi nama** ehheee
Lokasinya kat depan Menara Celcom. Ada satu bulatan kecik depan tuu dan ada restoran Satay. Femes tempat nie… kat sini pun sedap! 

So far ini aje tempat satay kegemaran Nina sekeluarga. Sebab Nina stay area Kuala Lumpur (Gombak). Kalau u all ada tempat yang gerenti sedap boleh lah rekemen kat Nina. Nak belanja lagi OK! Hehee….

Baru-baru nie Nina ada gi makan satay dan kebetulan ada lebihan Nina simpan dalam fridge. Memandangkan nasi pun ada lebihan, plan nak buat nasi goreng so Nina add satay dalam nasi goreng nie sebagai perencah utama.
Sedap! Aroma dan perapan satay meresap dalam Nasi Goreng so tak perlu bahan perisa dan rencah yang lain. 


NASI GORENG SATAY
Bahan-bahan
4 cawan nasi
10 batang satay – keluarkan dari lidi dan potong kecik-kecik
2 biji bawang merah – potong dadu
5 ulas bawang putih – ketuk dan cincang halus
Carrots – potong dadu
Sawi – potong dalam 2inch
2 biji Telur
Kicap lemak manis secukup rasa (tak letak pun tak apa)
Garam secukup rasa (jika perlu)
Minya untuk menumis

Cara penyediannya
1-. Panaskan kuali dan pecahkan telur, goreng telur menjadi ketulan kecil dan ketepikan
2-. Masukkan kuali tadi sedikit minyak untuk menumis dan tumis bawang merah dan putih sehingga berbau wangi
3-. Masukkan satay, goreng seketika.
4-. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata bersama sedikit kicap lemak manis seketika.
5-. Selepas itu, masukkan carrots, telur dan sayur sawi. Goreng hingga masak
6-. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. * sikit ajer sebab perapan satay dan cukup rasa*
7-. Sedia dihidang dan masukkan dalam bekas buat bekalan anak-anak sekolah!







Labels: , , ,