Popia berinti ayam, carrots dan mushroom... bekalan anak-anak ke sekolah

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Popia popia…!!
Berapa satu?
Satu 50sen

Hhrrmm…. Mahal ker murah?
Itu standard harga. Ada sesetengah tempat satu popia 70sen dan ada juga yang dah cecah RM1 satu!
Popia goreng yang dalamnya inti sayur…. (carrot, sengkuang, taugeh)

Sekarang nie setakat 50sen nak kata mahal, baik tolak tepi virus M dan merajinkan diri buat sendiri…. Cakap banyak lak ehh..
Seluruh rakyat satu Malaya pun sedia maklum semua barang pun dah mahal sekarang! Termasuk kos upah! YA…. Kos upah.

Kita kena prihatin, bila harga barang dah mahal, secara tak langsung nilai kos upah juga meningkat. Cuba kita meletakkan diri kita sebagai penjual…..
Tapi kalau RM1 satu untuk seketul popia sayur yang kecik senonet memang cekik darah! Janganlah melampau-lampau nak untung sampai naya pelanggan. Tak baik tau!

Hah! Popia Nina nie memang mahal….. Masuk bakul angkat sendiri hehee....

Inti dalamnya ada isi ayam, carrots & mushroom tapi maaf, Nina tak jual. Sekadar buat makan-makan family aje. So, jangan memandai whatsapp or pm Nina bilang nak order plak ehh... No no noo pleasee~ 

Kalau nak, sila lah pupuk semangat vitamin 'R' aka rajin dalam diri tuuu dan silalah buat sendiri yea~
Jom lipat-lipat popia buat minum petang…

POPIA BERINTI AYAM, CARROTS & MUSHROOM
Bahan-bahan
Kulit popia secukupnya
Isi ayam – direbus ½ cook terlebih dahulu kemudian potong dadu kecik-kecik
Carrot secukupnya – dibersihkan dan disagat
Mushroom dalam tin – belah dua dan potong dadu
Garam secukup rasa
Sedikit tepung gandum + air (**sebagai gam untuk melekatkan kulit popia)
Ataupun putih telur juga boleh digunakan sebagai gam
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediannya
1-. Kulit popia dibiarkan suhu bilik seketika hingga mudah untuk dilipat
2-. Gaulkan rata isi ayam, carrots dan mushroom. Letakkan di tengah-tengah atas kulit popia
3-. Lipat – tutup inti tersebut, lipat lagi kiri dan kanan lalu gulung. Hujung kulit popia letakkan sedikit air tepung gandum/putih telur agar hujungnya melekat
4-. Kemudian goreng hingga keemasan dan toskan
5-. Sedia dihidangkan

Ppsstt >>>> kalau ada leftover ayam goreng semalam, jangan dibuang. Sedap dijadikan inti popia. Tak caya cubalah.....

Menu ini pun sesuai buat bekalan anak ke sekolah. Buat intinya malam, lipat-lipat dan simpan dalan fridge. Esok pepagi goreng ajer… Siap!



Labels: , ,