Tauhu Goreng Sumbat Isi Ayam..... kenapa sumbat? pasal.......

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Jumaat
Al-Fatehah …..
Titipan ikhlas dari Nina buat mangsa MH370. Tiada kata yang dapat diungkapkan.
Andai benar mereka telah terkorban, T_T
Nina doakan moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Aamiin…

Tak tau nak story mory tentang apa hari nie. Sayu, sebak rasa hati ini ….
Kat kawasan rumah Nina time gini, cuaca mendung macam nak hujan seolah memahami kesedihan seluruh rakyat Malaysia ketika ini.
Nina dimaklumkan selepas solat Jumaat tadi, masjid-masjid utama di Malaysia mengadakan bacaan tahlil buat mangsa MH370.
Dalam pada kesedihan dan kehibaan, mangsa MH370 amat bertuah lagi beruntung kerana seluruh rakyat Malaysia sama-sama tanpa henti mendoakan untuk mereka. …
Walaupun kami tidak mengenali mangsa MH370 secara peribadi.
Tak mau citer banyak lagi …… sedey~ huhuuu . . . .

Back to basic, soalan yang kerap di tanya kat Nina..
Hari nie Nina masak apa? Apa menu lunch Nina hari nie? Nina, minum petang nie masak apa? Tadi breakfast Nina makan apa? Apa.. apa… apa…??
Hehee .. . .
Hhrmm…. Agaknya kalau Nina aje kena story pasal makan, menu & resepi ker?
Ok ok ….. tak mau gadoh-gadoh. Jom tengok resepi yang Nina sharekan tuk hari nie..

Tauhu goreng sumbat isi ayam nama diberi.... Kenapa sumbat? Pasal nak sumbat inti isi ayam dalam tauhu nie.... Apa yang u allz terfikir nak sumbat dalam tauhu nie boleh aje disumbatkan. Tak de pantang larang.  Itu aje. So we call tauhu goreng sumbat isi ayam boleh? Boleh laaa kan? kan kan kannnn.....

Tauhu berinti Nina pernah buat sebelum nie… nama glamour nya Tauhu Bunga Terbalik. Boleh refer SINI….. untuk rujukan dan step by step.
Kali nie Nina gunakan tauhu kering juga (tauhu yang selalu digunakan untuk letak dalam Mee Kari tu) tapi this time segi empat. So result kejadiannya tak jadi bunga….. Jadi apa?

.

.

.

.



Jadi tauhu gak laaa…. Hahahaa….!! Oopsss sorry~
Anyway, sedap dimakan panas-panas! Tapi kena hati-hati time makan pasal sure tak akan perasan dah beberapa ketul dah dibelasah! Hehee . . . . habis diet (Nina diet ker??)




TAUHU GORENG SUMBAT ISI AYAM
Bahan-bahan
10-12 keping tauhu kering empat segi
1 keping daging ayam kisar
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1/2 carrot - dipotong dadu
6-7 biji cendawan bulat - dipotong dadu
daun bawang - dihiris halus
cili merah sikit - dihiris halus
1 biji telur
isi tauhu
garam secukup rasa

Cara penyediaannya
1- Belah dua tahu tersebut.
2- Korek dan keluarkan isinya perlahan-lahan dan ketepikan.
3- Bahan-bahan inti disatukan kesemuanya termasuk juga isi tauhu tadi (tak baik membazir, sayang kalau dibuang kannn.... ) dan masukkan inti ke dalam tauhu hingga penuh.
4- Setelah itu goreng hingga garing. Cara menggoreng ala-ala deep fried,
5- Bila dah kekuning-kuninggan, angkat dan toskan
6- Sedia dihidangkan dengan cili sos kegemaran.

** Hidangan nie amat sesuai sebagai menu kudap-kudapan/sampingan kalau nak buat majlis, party ataupun open house. Pasti laju dan yang penting tuan rumah kenalah buat stok banyak-banyak ehh....

Selamat mencuba!

Labels: , ,