Nasi Goreng Planta buat Eilyana.....

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Wednesday again. .. 
Ada kawan whastapp dan email tanya Nina menu nasi goreng style apa untuk hari ini. 
Eh ehh…. Tau-tau aje mereka tiap hari Rabu Nina akan prepare nasi goreng. Terharu nya rasa…..*tetiba touching*
Serius….!! Tak sangka you ada yang mengikuti schedule Nina. Sebab Nina sedar diri yang Nina bukannya fofular mana punnn…. Followers pun tak ramai. Yang ada nie entah kan baca entah kan tidak. Mana lah kita tahu kannnn…..
Anyway, Nina amat hargai keperihatinan u alls. Terasa diri ini diperlukan. Ini membuatkan Nina rasa berkobar-kobar nak update dan berkongsi resepi buat yang memerlukan. Jutaan terima kasih….

Berkawan di alam maya ini lebih menerujakan dan bermanfaat jika kita bijak lagi pandai dalam memilih kumpulan yang betul. Pasti ianya akan memberi aura yang positif setiap hari. Disini lah kebaikkannya….. Begitu juga sebaliknya. **sendiri mau ingat**
Kita yang perlu bijak memilih dan membuat keputusan. Kawan adalah cermin diri kita. Pucuk pangkal pucuk ubi masak lemak! Huh~ hahhaaa..... 
Eh eh... bukan bukan. Pucuk pangkal semua bermula dari dalam diri kita sendiri. Kita yang mencorakkannya. 
Ini sekadar pendapat Nina aje sebab ini yang berlaku pada Nina. Syukur Alhamdulillah…. 


NASI GORENG PLANTA UNTUK EILYANA
Bahan-bahan
4 cawan nasi
4 batang sausage – Dipotong separa bulat kecik-kecik
2 biji bawang merah – potong dadu
5 ulas bawang putih – ketuk dan cincang halus
Carrots – potong dadu
Sawi – potong dalam 2inch

Beberapa cili kering - cuci dan potong 2inch
2 biji Telur
1 senduk Planta untuk menumis

Cara penyediannya
1-. Panaskan kuali dan cairkan planta dan pecahkan telur, goreng telur menjadi ketulan kecil dan ketepikan
2-. Kemudian masukkan lagi Planta – cairkan untuk menumis dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga berbau wangi
3-. Masukkan sausage goreng seketika.
4-. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata.
5-. Selepas itu, masukkan carrots, telur tadi dan sayur sawi. Goreng hingga masak dan rata keseluruhannya. (Nina tak letak garam sebab dalam planta dan sausage dah sedia cukup perasa)
6-. Tutup api dan sedia dihidang….. Pastu masukkan dalam bekas buat bekalan anak-anak sekolah!







Labels: