Cupcakes Pandan Simply Nina... senang ajer buatnya.....

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk pengetahuan, Nina nie bukannya rajin mana pun….. Cik ‘M’ selalu gak singgah dalam badan nie. Tapi jarang lah Nina nak layankan Cik ‘M’ tuu… kalau dilayan memang menjadi-jadi lemak naik kepala Cik ‘M’ tuu… Syaitonnnirrajim pun kalah! Selisih malaikat 44. Tak suka.. tak suka…..
Fuh fuh fuhhhh~ Tiup-tiup kasi pi jauh Cik ‘M” tuu.
Ada yang tak tahu ker? ** kalau borak ngan group masak-masak memang femes ayat Cik ‘M’ nie. So mana yang tak tahu - Cik’M’ tuuu MALAS! Hehehe…..

Memandangkan Nina pun tak rajin mana tapi nak juga baking membaking, ditambah lagi dengan Eilyana yang sangat sukakan ‘Cake Hijau’ ** sibuk dok request banyak kali daaaa** maka dengan penuh sifat keibuan *konon* Nina pun melayan kerenah Eilyana yang manja nie…

Memang malas oopssss! Cik ‘M’ jangan diseru takut melekat nanti… Ahaks!
Memang menggigil satu badan  kalau Nina nak blend daun pandan buat paste bagai. Sorry tak rajin yea! So, sekarang nie semua pun serba ringkas. Nak senang just add pandan paste pastu add lagi coconut paste. Lagi lemak rasa cupcakes pandan nie…. Coconut paste boleh dibeli kat bakery. Nina suka pakai coconut paste nie kalau nak buat apa aje yang berkaitan dengan pandan. Contohnya puding, agar-agar, nasi lemak hijau pandan…. Sangat sesuai dan senang. Just add sikit dan terserlah kenikmatan rasa lemak pandan.

Senang kan? Simple ajer….. Kita yang buat dia. Belasah aje janji menjadi dan sedap dimakan. Tidak memudaratkan. Peace!


Actually ini resepi muffin pandan yang pernah Nina kongsikan sebelum nie. Boleh tengok SINI.  Memandangkan Nina hanya buh separuh adunan dalam papercup so cake tak membukit macam muffin. So jadilah cupcakes.... kira halal lah yea.....



CUPCAKES PANDAN SIMPLY NINA
Bahan1
(semua di ayak dan disatukan gaul rata)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam halus

Bahan2
(disatukan - pukul satu-persatu hingga sebati)
1 biji telur
1 sudu teh pandan paste
1 sudu teh coconut pandan paste (yang ini ada jual kat bakery)

Sedikit pewarna hijau
½ cawan minyak jagung
1 cawan susu UHT full cream

Cara penyediannya
1-.  Panaskan oven pada suhu 180c dalam 15minit.
2-.  Ayak Bahan1 dan satukan dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengah-tengahnya
3-.  Dalam mangkuk yang lain, masukkan Bahan2 kacau rata. (masukkan telur pukul rata, masukkan pandan paste, coconut paste & pewarna hijau pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati) Nina guna whisk aje.
4-.  Lalu tuangkan Bahan1  ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi. Kacau rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit - tak mengapa)
5-.  Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali. Tuangkan adunan ke dalam papercup  (separuh aje)
6-.  kemudian bakar  selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)

Sedia dihidangkan....

ppsstt >>>>> kalau rajin silalah guna daun pandan original pastu diblend bersama susu.... Perghhh...!!! Wangii seluruh ruang dalam rumah time proses pembakaran berlangsung.....





Labels: , ,