Cuti Sekolah... Mana nak bawak anak-anak jalan? Tempat Best dan berbaloi~. FARM IN THE CITY

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera
Esok.. Yea esok....!! Cuti sekolah akan bermula. Seminggu ajer! 14th March – 22th March 2015
Pasti ramai ibubapa yang dok runsing lagi sakit kepala tetiba migraine datang bila fikir nak bawak ke mana cuti sekolah nie? Betul kan kan kannnnn….??

Kaum Ibu, mummy yang tak keje aka permaisuri rumah lagi laaa haru kat rumah. Anak-anak semua kat rumah dari pagi ke malam. Kalau anak sorang ok lagi, ala-ala peneman setia. Nie kalau berderet-deret 5-6 orang?? Gerenti banyak kali praktis vokal sampai nak pecah urat lidah dan dawai segala bagai~ *ermm… lidah ada urat eh?*

Pak pak, abah, ayah, daddy, dada….. Sila lah fahami kaum ibu nie ehh~
Atleast anak-anak ada gak coti sekolah, nie mama, mummy yang dok rumah nie tak dak langsung coti tahunan… Omputeh kata annual leave! MC memang tak dak laaa~
huhuu… sob sobbb~ uhuk uhukkk huwaaaa~~
Huishh….!! Nangis teruk tul~ *konon sedey sesangat* ehhee

Hah! Nina nak kasitau tempat paling seronok bawak anak-anak jengjalan cuti-cuti sekolah nie…
Kalau pak, abah, daddy tak der coti, bos tak bagi ker….. tak per!
Bawak aje jalan-jalan dekat-dekat – short trip. Yang penting anak-anak enjoy dan masa cuti mereka bermanfaat penuh dengan ilmu dan pengalaman terindah.


Pernah dengar tak FARM IN THE CITY
Dah femes tau tempat nie…. Kat TV pun dah selalu dok tayang. Cantik tempat dia….
Pernah menang Best Of Travel Award 2013.
Dengan 3 tema Animal, Plants & Nature.. Menarik kan?
Tempat ini sangat mendekatkan diri kita dengan alam semulajadi. Ala-ala petting Zoo. Paling best kat sini ada macam-macam jenis haiwan ternakan yang sangat jinak.. Friendly lak tuu….. sapa yang friendly? Haiwan-haiwan tuu~
Haiwan-haiwan yang manja lagi jinak dilepaskan begitu saja sesuai dengan habitat mereka.
Bayangkan kita boleh pegang rusa, kambing, itik, arnab, burung dan banyakkkk lagi. Boleh belai, kasi makan, touch-touch, peluk pun boleh…. Selfie ngan haiwan nie pun boleh! Sempoi~
Tak boleh bawak balik ajer ler~


Anak-anak Nina nie tak der kampung. Nak bawak pegi Zoo sekarang dah mahal. Itupun boleh tengok dari kejauhan aje…. Baik dok rumah pasang TV channel dokumentari, Eilman layann~ Suka dia!

Dekat FARM IN THE CITY nie ada banyak aktiviti menarik. 
Dapat tengok secara dekat kura-kura gergasi. Besar..!! Terkejut anak-anak Nina…
Siap tanya berapa berat dia? Jalan pun macam tak larat.. Dah berapa tahun umur dia?! Alamak…. Lupa nak tanya~ hehe..
Yana asyik dok belek-belek turtle tuu makan. “Nyam nyamm, kunyah-kunyah” katanya



Anak-anak gerenti teruja lagi enjoy sakan dapat beramah mesra ngan haiwan kat sana. Maklum lah first time dapat pegang, mengusap dan merasai bulu rusa! Siap bagi makan lagi.. 
Eilman kata “Jangan takut.. jangan takut... Eilman sayang.. Eilman sayang...
Eh ehh mama… kenapa bulu rusa nie tak lembut macam cat?”
Hah tuu laaa….. bukan semua yang berbulu tu lembut. Texture setiap haiwan berbula adalah berbeza. Pengetahuan tuu….. 


Baby Eilhan teruja sungguh dapat pegang dan merasai touch touch rusa, kambing… Memula takut nak pegang, bila dok tengok abahnya belai-belai lastly dia pun layan sama… Bertuah dia
Ayam pun banyak…. Dok relax santai-santai ajer~ 

Itik yang ramah. Kuek-kuekk!! Leka dok tengok itik dalam kolam.. tenang jer~
Berkawan ke sana ke mari … Sentiasa dalam kumpulan. Kuat ikatan persahabatan mereka. Adakah kita pun sama?





Selain boleh bagi makan kat haiwan, boleh pegang belai, kita juga boleh try test kecekapan tangkap ikan kat longkang tapi cantik! Bukan senang tau nak tangkap ikan-ikan comel dalam longkang nie… try laaa tengok berapa ekor uolss dapat?
Pastu jangan ngada-ngada nak buat panggang ikan bakar lak kat sana. Nehi nehi~
Lepas dah dapat tangkap **itupun kalau uolss dapat tangap** pastu kena lepaskan balik.



Best laaa kat FARM IN THE CITY! Macam-macam ada….
Ada arnab, dari baby hingga lah yang paling besar gebus, kolam ikan yang penuh dengan ikan. Tabur ajer makanan…. Berebut ikan-ikan tuu kerumun. 
Makanan semua FREE. Petugas kat situ akan beri…

Ada kancil yang cerdik! *tajuk buku hikayat* 
Burung yang cantik dan peramah. Tak lari… boleh ajer pegang. Ada show time..
Paling best, ada anak ayam. Boleh tangkap dan pegang… comel ajer! 
Ada anak penyu. Seronok yana dapat angkat. “Yang ini kecik jer,comel. Tak berat macam tadi tuu… yana nak bawak balik boleh tak?” erkk~
Pastu boleh naik pony round round keliling padang. 

Kat sini ada sediakan café. Macam-macam menu ada… 
Sebaiknya pegi pagi-pagi. Tak panas. Memang tak panas pun kat sini pasal banyak pokok. Segar ajer rasa…
Pastu lak, kalau pepagi haiwan-haiwan nie masih fresh!
Asal bagi ajer dia makan…. Kalau dah tengahhari sikit, dia pun dah penat dan kenyang… Malas sikit nak layan pengunjung. 
Haiwan pun tahu penat…

Pesanan dari panaja :: Sila bawak air mineral. Gerenti haus dan penat. Selalunya round-round dalam nie anggaran 3jam boleh habis. Tapi kalau macam anak-anak Nina dok belek-belek tiap yang ada memang lamaaaa sangat. Berjam-jam!
Tak penat lak derang… Seronok lah katakan. Bila enjoy memang tak akan rasa penat. Banyak sungguh lak tuu soalan~~

Kesimpulannya, FARM IN THE CITY memang terbaekk~
Tempat yang sangat sesuai buat lawatan cuti-cuti sekolah anak-anak disamping memberi pendedahan dan pembelajaran tentang FARM. Tak akan jumpa kat mana-mana FARM yang mengumpulkan segala jenis haiwan ternakan dalam satu FARM.
Berbaloi-baloi. 




Lokasi :: betul-betul belakang Giant Seri Kembangan. Berdekatan dengan The Atmosphere, Seri Kembangan.
Harga :: RM30 dewasa dan RM25 kanak-kanak/ warga emas – Berbaloi-baloi
Masa :: 10am-6pm 


Merak yang sangat cantik.... jangan diganggu!

Burung hantu! Woo wooo..... Dia tak tido punn.... Besarnya mata dia~

Berat nya...!! Telur paling besar dan berat.... Ada kat FARM IN THE CITY

Best ooo..... Pegi lah dan rasai keseronokkannya yang tersendiri. Menjadi kenangan terindah buat kita dan anak-anak.  Di sini ada ilmu dan pendedahan bersama pengalaman berharga yang tak ternilai harganya buat mereka. 

Terima kasih buat #kelabbloggerbenashaari yg telah memberi kenangan indah kami di farm in the city!











Labels: , , , ,