Puding Laici Dangdut. Aahhh... Aahh....!! Nyamannya.....

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Lately cuaca panas ajer kan? Hot hot very the hot sun. Tak payah lari padang pun boleh keluar peloh berduyun-duyun basah baju sambil mop rumah. Fuhh…~~
Tetiba terbayang andai dapat menikmati sesuatu yang dingin. Sedapnya kalau dapat makan dessert yang sejuk. *mode verangan jer lebey* Alwayss~ hehee
Cer bayangkan, ada agar-agar atau pun puding yang sejuk baru keluar dari fridge, suap kat mulut, manis-manis buah, laju jer lalu turun kat tekak..
Aaahhh..!! Nyamannya… **cer bayangkan, cer bayangkann….**
Oh tidakk…! Kejamnya Nina…. Jangan bababb, jangan bababb, tak bermaksud pun~

Puding Laici Dangdut pernah menjadi fenomena satu ketika dulu di Kongsi Resepi dan facebook. Otai-otai blogger masak-masak pun ramai yang dah mencubanya.. Nina ajer ketinggalan ketapi baru nak cuba. Tuutt.. Tuutt….. ketapi senandung malam baru lalu singgah sini..

Rugi lak tak cuba dulu. Sedapnya……Puding Laici Dangdut nie.
Nape ehh namanya ada Dangdut? Lepas makan tetiba terus pandai gelek dangdut 360 darjah ala-ala Mas Idayu ker? Dasat! Hehee…..
Tolong jangan percaya ehh… tiada kena mengena pun dengan gelek dangdut Mas Idayu.

Nie nak story, puding nie sedap dan sangat lah lembut ala-ala Tau Foo Fah. Gegar-gegar gitu…. Pasal tuu kot namanya ada Dangdut. Ggrrr… ggrrrr….~ hehee

Meh tengok resepinya. Nina ambik dari Buku Agar-agar & Puding Inspirasi Blogger. Ada kat muka surat 25. 



PUDING LAICI DANGDUT
Bahan-bahan
10gm agar-agar serbuk
2 litter air (Nina kurangkan jadi 1.7ml air)
1 ½ cawan gula
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair

Cara penyediaanya
1-. Masak agar-agar dan air hingga mendidih
2-. Masukkan gula. Biarkan mendidih lagi dan sentiasalah dikacau. Kemudian tutup api.
3-. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4-. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk-mangkuk kecil. Sejukkan sebentar.
5-. Kemudian sejukkan dalam fridge.
6-. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga dimakan bersama susu cair.

*** agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufah. Kalau dibuat dalam bekas besar, skop ajer dengan senduk apabila hendak dimakan.







Labels: ,