Salam Rabu... Minggu nie nasi goreng apa? Nasi Goreng Ikan Bilis

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera,

Wednesday!
Amboi….. pepagi dah dapat whatsApp tanya hari ni Nina masak Nasi Goreng style apa? Prihatin sungguh…. Terharu you~

Actually, kadang kala antara pertanyaan gini jelas menampakkan seseorang itu antara teman dan sahabat kita. Mereka ini lah yang selalu follow dan ambil tahu tentang diri kita. Mahu kan tidak?? Dari soalan pun dah sedia maklum beliau dah memang lebih arif dan kenali Nina… Asal Rabu ajer Nasi Goreng~~ hehee
Terima kasih teman alam maya.
Walaupun tidak mengenali secara live ** cakap omputeh lak** namun persahabatan di alam maya lebih telus nampaknya….

Yea.. Zaman sekarang ramai kawan yang tikam kawan dari belakang. Zaman sekarang? **Nina lahir zaman batu kah?? Tetiba terasa dah tua~ ** jap jap, tengok cermin nak kira wrinkle. Masih belum ada wrinlke banyak laaaa. Muda lagi~**

Ini reality, pernah terjadi satu ketika dulu. Nina tak salah kan sesiapa tapi bersyukur kerana itulah pengajaran dan pengalaman berharga buat Nina. Terima kasih kawan…
Dan Nina tahu, inilah sebaik-baik perancangan dari Allah untuk Nina dan mereka. Walaupun dah sekian lama ur still my fren. . Agak-agak ‘ter’rindu kak Nina just contact me. Ikhlas menerima uolss seadanya..
Kak Nina tahu uolls baca my entry….. Aayoo tak tahu…. Jaga-jaga, ada yang memerhati~ **tetiba ayat Kiah Propa** hahhaa…..

Pon ponn ponnn….. Mana resepi Nasi Goreng permintaan kawan alam maya?
Wokey wokey, back to the mood. Hari nie Nasi Goreng Ikan Bilis.
Alahai…. Nasi goreng yang selalu mak mak masak untuk uolls masa kecik dolu-dolu. Seperti biasa, nasi goreng Nina sememangnya tak akan pedas. Yelah, masak pun buat makan anak-anak kannn, nanti kalau pedas kan dah makan dok sulam air. Buncit lak nanti~

Kalau uolls perasan, Nina memang tak de masak nasi goreng letak cili blend, cili padi, cili jeruk atau sambal belacan melainkan sekadar cili kering yang dipotong-potong just nak buat ada colour meriah kat nasi goreng. Itu jer…

Sememangnya, mostly resepi yang Nina share lebih pada masakan tuk anak-anak. Kengkonon ala-ala parenting blogger lah sangat kannnn~ Oopsss..!! tetiba perasan. **jangan jelir lidah tak baikk**

Buat mommy yang kebuntuan yang selalu tetiba hilang ingatan tiap kali nak masak menu apa, kiranya nie idea untuk uolls. Nina pun selalu tetiba fengsan bila nak kena fikir nak masak apa? Standard jer ni.... Semua pun alami.
Kelentang kelentung kat dapur sat dah siap nasi goreng. Yang penting dah sediakan lunch buat simanja dari air tangan sendiri dengan penuh kasih sayang dan lag penting kebersihan terjamin.

Boleh tak nak citer lagi sikit…. Sikit jer sementara Baby Eilhan tido dapat lah karang lebih sikit story mory… kalau jemu shutdown aje pc atau hp tuh! **haaaa… jangan jelir lidah tak baikkkk***

Air tangan seorang ibu dan isteri sangat mengeratkan ikatan kekeluargaan sekeluarga. Tak caya cuba lah…. Buat yang cik ‘M’ ke dapur tuuu
Bukan apa, kan ada pe apa tah (bukan petatah) yang kata “masakan ibu/isteri lah yang paling sedap di dunia walaupun sekadar goreng telur mata”
Ada kann, ada kann…..? pasti ramai yang setuju. Kenapa ehh?
Sebab, walaupun hanya goreng telur mata ada air mata mereka kat dalam tuhh..
Eh ehh.. bukan bukan. ..
Sambil goreng telur mata ada aura kasih sayang yang mengalir masuk dalam masakan tersebut. So anak-anak dan suami yang makan pun akan terasa aura kasih sayang tuu.. Ditambah dengan zikir-zikir ikhlas dari dalam hati…

Sama juga dengan breastfeed dan susu botol. Andai punya keupayaan, breastfeed baby semampu yang buleh. Sentiasa positif thinking baru susu banyak. Jangan stress selalu. Anak membesar dengan susu ibu berbanding susu formula ada perbezaannya. Kalau tak nampak uolls rabun agaknya… Oopsss! Sorry…
Al-Maklumlah…. Nina dah punya 4 anugerah terindah. Hah! Jangan ngada-ngada tanya 4 anugerah tu apa? 4orang anak …Dah berderet daa…. Tak tahu eh? Nampak sangat tak pernah baca entry Nina sebelum nie **kantoi** hahaa….
Pengalaman adalah cikgu terbaik dalam kehidupan kita. Sentiasa belajar dari pengalaman untuk perbaiki diri. Itu sebaiknya…
Tak perlu bandingkan kehidupan kita ngan orang lain .. Perbaiki kehidupan sendiri. Ni GST nak dekat, persiapkan segala bala tentera untuk berjuang dalam kehidupan mendatang.

Ok, yang perlu uolls tahu….. Ini resepi Nasi Goreng Ikan Bilis untuk hari Rabu minggu ini. Banyak naaa plak bebelan Nina hari ni… Jangan jemu baca yea. Bukan selalu~
Haippp! Jangan jelir lidah tak baikkk~ hehe..
Disebabkan banyak membebel hari nie, so picture pun tak sempat nak snap elok-elok. Live dari dalam kuali ajer... Belasah laaa, janji pic sendiri bukan cilok orang punya. benci penyamun tarbus yang suka sangat cilok pic masakan Nina.. 
Sapa? cepat ngaku mintak maaf.... **tetiba emo**


NASI GORENG IKAN BILIS
Bahan-bahan
Lebih kurang 4 cawan Nasi putih
4 ulas bawang putih - diketuk dan cincang halus
1 biji bawang merah - dihiris dadu nipis
3 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak bijan
Lebih kurang segenggam ikan bilis - dicuci, direndam kemudian ditumbuk halus.Lebih kurang segenggam ikan bilis baby - cuci dulu bersih-bersih kemudian toskan
Rencah :- 
2 biji telur
Carrots – dipotong dadu
2 batang fish cake – dipotong kecil
Minyak untuk menumis

Cara penyediannya
1-. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak dan pecahkan telur, goreng telur menjadi ketulan kecil dan ketepikan
2-. Kemudian masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk halus. Goreng seketika. Kemudian masukkan fish cake goreng seketika diikuti bahan rencah lain. Goreng lagi.. 
3-. Kemudian masukkan nasi bersama bawang putih, bawang besar, sos tiram,  dan telur yang telah diketepikan tadi. Gaul rata hingga kesemuanya sebati masaknya.
4-. Perasakan dengan garam dan beberapa titisan minyak bijan. Tutup api dan sedia dihidang….. Pastu masukkan dalam bekas buat bekalan anak-anak sekolah!
Senang kan.....

Kalau nak tengok menu nasi goreng last week, singgah click SINI Nasi Goreng Rabu.




Labels: ,