Tips : TADIKA.... Umur berapa, kat mana, kos, tadika jenis apa....

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Seawal umur berapa uolls dah hantar anak ke Tadika?
Bersediakah anak- uolls ke Tadika?
Apakah target uolls bila hantar anak ke Tadika?
Tadika jenis apa yang uolls pertimbangkan? Islamic/Chinesse/English/makan-makan? Erkk~ makan-makan?? Hehee… ada parent yang berfikiran begini.
Berapa peruntukan yang diperlukan setahun?
Berbaloi kah jumlah dengan kosnya?

Ini antara soalan yang selalu berkeliaran berlegar-legar di akal fikiran ibubapa ….

Setiap individu punya jawapan mereka masing-masing
Bagi Nina pula, paling awal Nina hantar anak-anak ke Tadika adalah 5tahun. Standard umur. Tak terlalu awal dan tidak pula lewat.
Target Nina tidak terlalu tinggi, cukup sekadar masa umur 6tahun setengah dah boleh membaca.
Atleast sebelum melangkah ke darjah 1 nanti dah lancar membaca. Tidak lah nanti
ketinggalan.

Kenapa?
Jawapan adalah subjective. Macam nak jawab soalan SPM lak…… hehee
Memang ada ibubapa yang hantar anak mereka ke Tadika seawal 3tahun. Sebab apa? Itu kena lah tanya mereka….. Masing-masing pasti ada jawapan yang terbaik bagi mereka.

Kalau umur 6tahun baru nak hantar Tadika boleh juga tapi pastikan ibubapa punya rasa tanggungjawab yang tahap tertinggi dan banyak meluangkan masa memberi tunjuk ajar pada anak-anak kat rumah. Tapi jangan lah sampai stress pada diri ibubapa dan anak-anak. That why laaa… umur 5tahun tuu just nice. Berperingkat dalam pembelajaran. 


Tadika jenis apa?
ikut target uolls laa....
Yang penting silibus nya nanti sesuai untuk mereka darjah1 nanti.
kalau darjah 1 nanti nak sekolah private Islamic so dari sekarang laa Tadika Islamic.
Dan sebaliknya sekolah Kebangsaan Jenis Cina... 

Kalau setakat darjah1 nanti sekolah Kebangsaan so better hantar Tadika yang mengikut silibus sekolah dan tidak terlalu extreme.

Tadika nie fungsi awal adalah tempat anak-anak mengenal dunia luar, berkawan, mengenal huruf (3M) selain balajar kendiri diri – displin, hormat-menghormati antara guru dan murid dan juga kawan-kawan. Erti kata lain – berpisah dengan kita untuk seketika.

So, adakah uolls target anak-anak kat Tadika cerdik pandai seolah dah sekolah rendah darjah3? Dah tahu sifir, darab dan buat karangan…?? Haishh….. janganlah gitu.

Please laaa….. kesian kat anak-anak kita kalau ibubapa yang punya target terlalu tinggi kat anak-anak. Mereka masih perlukan masa bermain. Diulang BERMAIN!
Dengan bermain ini laaa sel otak mereka berhubung. Eh ehh….. macam iklan kat TV lak~ *bukan promote susu ehh**


Ini antara mukasurat homework Tadika Eilyana. Kesemua anak-anak Nina Tadika yang sama. Alhamdulillah…. Tadika ini sangat memuaskan dari banyak segi. Terutama sekali dari segi displin dan minat anak-anak terhadap belajar. Setiap hari ada homework! Memula memang sengal~ Dah lama rupanya sangat positif! Memupuk jatidiri ‘rajin’ buat anak-anak.
Sememangnya mencapai target Nina. Yelah…. Target Nina pun tak tinggi mana…. Bukannya Nina nak anak tetiba habis Tadika jadi ‘profesor’ lak kan….. Poyo!
Biarlah mereka belajar berperingkat mengikut silibus sekolah….

Di sini nak nak share antara Tips hantar anak ke Tadika >>>
Periksa samada Tadika tersebut berdaftar
Berapa tahun dah beroperasi
Berapa bilangan murid dan guru dalam satu kelas
Berbaloi kah yuran dan pembelajaran yang disediakan termasuk buku dan program lain-lain
Survey kat jiran-jiran yang dah berpengalaman hantar kat Tadika tersebut
Terima komen yang posotif dan negetif dan kaji puncanya
Jalan-jalan sekitar Tadika dan pastikan faktor keselamatan terjamin
.
Ini paling penting bagi Nina ::::: periksa latar belakang tenaga pengajar (cikgu). Berapa lama seseorang guru mengajar di situ? Adakah sebulan, 3bulan, 1setahun atau lebih 5tahun?

Kenapa ehh?
Ini jawapan subjective Nina. Sebab….. Bila seseorang guru boleh mengajar lebih 3-5tahun di Tadika tersebut maka keseluruhan pengurusan Tadika adalah baik!
Dari segi persekitaran, silibus, guru besar, majikan dan pekerja, keupayaan guru menangani permasalahan antara murid dan guru dan macam-macam lagi… Terutama sekali penerimaan stress antara guru dan murid.

Kalau setakat guru tuu keje sebulan pastu berhenti dan tukar guru baru, maka guru tidak akan dapat menyelami tahap kecerdikan dan prestasi seseorang murid.

Macammana nak tahu?
Selidik laaa…. Tanya jiran, tanya guru besar masa daftar, risik-risik kat guru atau cikgu assistant yang ada kat situ, berkenalan dengan ibubapa yang hantar anak di Tadika yang sama.
Sure uolls akan tahu berapa ramai guru yang keje lama kat situ…

Selain tuu sure kat luar sekolah ada letak gambar kelas murid-murid. Tentu ada gak gambar tahun sebelumnya… Tengok lah muka guru yang sama atau sebaliknya.
Tadika ini bagus! Tiada ‘kisah tersembunyi’…. Tajuk cerita TV3 lak~… hehee

Akhir kata, tepuk dada tanya selera…
Buatlah keputusan yang bijak dan rasional tanpa mengikut desakan dan cakap-cakap orang. Anak kita adalah ‘PERMATA INSAN’. Pernah dengar tak?
Ini ayat orang politik lak~ sapa lah tuu…..?? hehee…

Moga perkongsian ini memberi manfaat bersama ;)





Labels: ,