AMAN PALESTIN... Siapa sangka jari jemari blogger juga adalah sumbangan buat Gaza.. Syukur Alhamdulillah...

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

AMAN PALESTIN
Satu nama badan amal NGO yang cukup gah dan dikenali dalam negara ini.
Selama ini Nina hanya kenali Aman Palestin dari Tv dan media sosial.

Baru-baru ini,  13hb April 2015 yang lalu, AMAN PALESTIN secara rasmi telah melantik  Kelab Blogger Ben Ashaari sebagai media blogger Aman Palestin.
Ini berlangsung di Majlis Perjanjian Persefahaman Rakan Korporat - Hospital Islam Az-Zahra, Duta - Heliza Hekmi & Maulana, Penyerahan Sumbangan,  Pertemuan Rakan Blogger dan Media Sosial - Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Aman Palestin di Hotel Bangi-Putrajaya Bangi.


1st time Nina joint event besar charity gini. Teruja sungguh…
Majlis berlangsung dengan lancar. Ada part ucapan dari pihak blogger lagi. Ingatkan Abang Ben Ashaari akan berucap di pentas. Nak gak dengar bebelan suara beliau. Yelah, dok dengar beliau membebel kat blog jer kan….
Hhrmm…. Tidak sama sekali. Rupanya ucapan pihak blogger di wakilkan oleh En.Razi dari blog www.razzwey.com
Wahh…!! Hebat dia berucap. Memula jer gugup pastu berdesup-desup memecahkan kesunyian. Tahniah Razy!


Di majlis ini juga sesi menandatangani kontrak Duta Aman Palestin. Orangnya cantik! Dalam Tv cantik, tengok live lagi cantik. Sweet sangat..
Siapa lagi kalau bukan Heliza dan Maulana.  
Heliza ada menceritakan pengalaman beliau semasa berada di Bumi Gaza beberapa tahun yang lalu. Bunyi bom sana sini sangat menakutkan beliau. Apalah sangat setakat bunyi meriam sambut perayaan di Malaysia berbanding di Gaza. Bom tanpa mengira waktu menyerang, sehari 100 dentuman adalah normal. Huhuuu…..

Dan part paling menyedihkan….
Apabila tiadanya bekalan makanan disana. Rakyat di Gaza terpaksa merebus anjing dan kucing untuk dijadikan makanan. Mereka tiada pilihan!
Ada satu ketika, keadaan terlalu terdesak lagi mendesak….
Sumber makanan habis! Kotak-kotak sumbangan yang diterima dikoyak-koyak hingga menjadi cebisan-cebisan  kecil lalu dimasak menjadi sup untuk juadah anak-anak mereka.  Huhuuuu….. sedey nya!!!
*** Apasal nie? Tetiba terasa macam satu ballroom tengah potong bawang?? Pedih lak mata ni…. Touching sungguh~***


Dimajlis ini juga Heliza merasmikan pelancaran buku catatan beliau sepanjang beliau di bumi Gaza. 'Diari Seorang Mujahidah-Kembara Syria'. Dengar cerita beliau pun Nina cukup terharu dan teruja. Nanti Nina nak beli buku catatan beliau... InsyaAllah
Pasti lebih menerujakan....

Terima kasih banyak buat pihak Aman Palestin.
Bertepatan dengan moto kami ‘Bukan Sekadar Blogger’.
Ini satu pengiktirafan besar buat kami dari team Kelab Blogger Ben Ashaari.
Terutama sekali buat diri Nina…  Maklumlah, Nina ni sekadar  blogger main masak-masak jer pun boleh terlibat secara langsung dan tidak langsung.  
Hhrrmm…. Siapa sangka, jari jemari blogger turut menberi sumbangan amal jariah. Syukur Alhamdulillah… InsyaAllah….

Founder KBBA - Ben Ashaari menerima cenderamata dari Ustaz Awang Suffian Awang Piut wakil dari pihak Aman Palestin

Ini antara team Kelab Blogger Ben Ashaari yang turut hadir di Majlis ini.


Hebatnya dugaan mereka di sana. ..
Kita yang sangat bernasib baik ni Syukur Alhamdulillah banyak-banyak!
Sudah pasti kita tak mampu ke sana untuk membantu mereka. Berilah sumbangan, DOA buat mereka..

Macammana nak hulurkan sumbangan??

















Labels: , , ,