Cake paling senang... Orange Blended Cake...

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Orange Cake Blended antara cake paling senang dibuat. Tak perlu mixer. Pakai blender aje. Putarkan bahan pastu gaulkan sekali tepung dan terus bakar. siap!
Sekejap je....

Buat yang baru nak cuba-cuba menggodek cake, bolehlah try resepi ni... InsyaAllah akan menjadi dengan jayanya. Sedap cake nie, moist.... Tak muak, sebab tuu asal ada Oren extra Nina akan simpan sebiji untuk  buat Kek.
Nina dah pernah kongsikan sebelum ni, boleh refer SINI dan SINI untuk yang pertama kali Nina buat...


Orange Cake Blended
Bahan-bahan
1 biji Oren Sunkist
1 cawan minyak masak
secubit garam
1 cawan gula pasir
3 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum - di ayak
1 sudu besar baking powder

Cara-cara

1-  Buah oren dibersihkan dahulu. Potong, buang biji, kulit & urat putih.  Dipotong kecil2.
2-  Masukkan dalam blender bersama minyak masak, gula, telur. Blend hingga halus.
3-  Tuang bahan kisar dalam mangkuk, masukkan tepung gandum sikit demi sikit & kacau rata.
4-  Bakar suhu 160c selama 40 minit @ hingga masak. Cucuk lidi part tengah bukan tepi ehh..., kalau still ada melekat kat lidi maknanya belum masak. Tambahkan sikit lagi masa~
Kalau lidi bersih, itu tandanya cake dah masak !!
5-  Sedia dihidangkan .....

Selamat mencuba !!

Labels: , ,