Kari Daging yang Simple dan cepat dimasak......


As'salamualaikum dan Salam Sejahtera


Kari *** Kari *** Kari
Kari masak apa pun sedap. Kari ayam, kari daging, kari udang, kari ketam, kari telur rebus.... Macam-macam pun boleh dimasak kari. 
Kuah kari lak kalau yang pekat tuu sedap dibuat cecah sama roti. Sebuku roti pun tak perasan dah licin. Nak nak kalau kuah karinya sedap!
Kuah kari yang sedap tuu camner ehh?
Payah nak cerita.  Kuah kari ni kategori subjektif. Setiap orang punya selera yang berlainan. Ada yang suka style mamak, style baba nyoya dan ada yang suka yang simple. Asalkan ada rasa kari! Hehehe...... Tepuk dada tanya lah selera.

Dan yang uolls sedia maklum, Nina selalunya masak yang simple aje. So hari ni Nina kongsikan resepi kari daging yang simple juga. Daging memang lambat nak empuk so silalah potong nipis dan size comel lotte... Jangan lak potong besar gabak macam besar ayam lak yea..
Kalau besar gitu mau sampai malam pun belum tentu empuk daging tuu... ** tercabut lak gigi nak kunyah nanti, pastu kejang mulut**  hehee.....

Selalunya Nina akan guna magic pan Ikan untuk rebus daging. Pan nie Nina beli masa coti-coti Malaysia 2tahun yang lalu. Sangat berguna dan berbaloi-baloi. Jimat masa memasak dan cepat empuk! Jimat gas juga! Hanya guna api kecik jer, tutup pan pastu tinggalkan..... 


KARI DAGING YANG SIMPLE
800gm daging - potong nipis & kecil. Senang dan cepat nak empuk.
3 - 4 ulas bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus

Halia - 1 inci - dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
3 sudu besar rempah kari - dibancuh dengan sedikit air menjadi pes

1 kotak santan segera - terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari uolss.
2 - 3 biji kentang - potong ikut selera nak belah berapa. Jangan besar sangat lak
Garam secukup rasa
Sedikit air - ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
Daun kari beberapa helai

Cara penyediannya

1. Bersihkan daging dan hiris daging menjadi kepingan kecil dan nipis. Rebus daging tersebut sehingga empuk, Nina rebus guna kuali magic pan Ikan, sangat cepat empuk dan menjimatkan masa. Dah empuk asingkan. Air rebusan daging jangan buang yea...
2. Panaskan minyak  dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bau dan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air) bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak.
4. Masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air. Masak hingga mendidih. Kuantiti air terpulang pada citarasa masing-masing.  Biarkan mendidih sebentar. Nina suka kuah kar yang pekat so airnya sikit. Kuah pekat sedap buat cecah sama roti.
5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi, masak hingga kentang hampir empuk. 
6. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-masing. 7. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan...



Labels: