KBBA Blogger's Day Out 2015 : Part One - Cayalah.... Sangat ENJOY & FUN! Kenangan terindah buat family KBBA.. Ini Part ONE

Tanggal 26hb April 2015, Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) bersama kerjasama beberapa penaja telah bekerjasama mengadakan satu event yang sangat hapenning lagi havoc - Blogger's Day Out 2015' .. 
** Nina dah into sikit beberapa hari lalu, click sana ehh..**

Ini tentative yang diberi untuk sepanjang event berlansung. Bos dah pesan suruh on time!
7.00 - 8.00 pagi:
Pendaftaran dan sarapan pagi

8.00 - 9.00 pagi:
Taklimat, bacaan doa oleh Abang Huszaini, ucapan dari wakil Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) iaitu Lan Careno, senam Aerobik

9.00 - 10.00 pagi:
Golf ala Bloggers

10.00 pagi - 12.00 tengah hari:
Badminton ala Heboh

12.00 tengah hari - 2.00 petang:
Rehat, Makan Tengah Hari, "Open Go-Kart" ("testdrive selama 5 minit setiap seorang), "open pot luck" di tepi tasik

2.00 - 3.00 petang:
"Paintball Captain Attack"

3.00 - 5.00 petang:
Majlis Penutup, Penyampaian Hadiah, Cabutan Bertuah dan Ucapan dari Pengasas KBBA

Hhrmm..... Dasat kan? Aktiviti penuh sepanjang hari. Kena standby banyak air dan tenaga nampaknya. 

Seawal 7am kena berada di KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA untuk pendaftaran. Nina yang 1st time nak terjah kawasan Cyberjaya ni terlewat sikit sampai. Jauh okey..! Rumah Nina area Gombak ke Cyberjaya lebih 60km++. Sangat take time . Tergagau tercari-cari arah .... Akhirnya sampai juga sekitar jam 8am++.  Syukur Alhamdulillah..

Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata untuk bertemu ahli KBBA semua. Maklumlah, ini merupakan perjumpaan terbesar. Seramai lebih 30orang blogger akan berkumpul. Sebelum ni ada yang hanya kenal di alam maya saja. Perasaan sangat teruja,  excited, risau, gemuruh dan macam-macam pun ada..! 



Seronok dah sampai, selesai pendaftaran  dapat goodies beserta baju t-shirt KBBA tajaan Cosmoderm. Pastu gi  salin baju KBBA dan nak mula acara pertama senam aerobik bersama Aten! Yeah..!! One two three four^^^ Tetiba ~

"Gang, Abang tertinggal IC, lesen, wallet kat rumah laaa..."
"Huh? Alamak..... Camner nie? Nak patah balik ker, jauh tuu...."
Founder Abg Ben Ashaari dah suggest suh stay aje buat-buat tak tahu IC lesen tertinggal... Tup-tup, eh ehhh..... MyGang balik gak!  ***info: MyGang ni orangnya patuhi undang-undang yea. Layankan aje. Hehehee.....
Dan, sekitar jam 10am MyGang tiba semula di lokasi .. . nggeeee~


Satu dua tiga empat, empat lagi !! Ikut step Aten yea.....
Ok, berbalik pada story event - Setelah selesai sesi aerobik dan pemanas badan, sesi taklimat, bacaan doa dan ucapan, kami terus ke acara pertama game iatu Golf Ala KBBA. Alamak...!! Masing-masing ada yang cuak sebab ramai tak pernah hayun kayu golf. Maklumlah, game orang ada-ada~

Memandangkan game ni Golf Ala Blogger so peraturannya senang aje.. Pukul ajer sejauh yang boleh. Team mana paling  paling jauh bola nya pergi di kira menang! TETAPI..... hanya sekali ajer pukulan. Hah... Bukan senang yang tak pernah pegang kayu golf nak pastikan bola golf bergerak dari tempatnya.  Ingatkan jauh pergi bola golfnya >>>>>>>> sekali tengok, alahai~ tak bergerak pun
hahahaa...!!!


Cer tengok gaya founder KBBA kita..... 
ceh ceh cehhhh~~ Gaya mesti mau ada, bola sampai mana belakang kira! Hehehe...
Nina ?? Usah di tanya, menang sorak gelakkan orang ajer! hik hik hikkk~~

Gaya mesti unggul..! Bola mana... bola mana.....
Selesai Golf Ala Blogger kami seterusnya ke court Badminton untuk acara Badminton Ala Heboh. Serius memang heboh! Aje giler peraturannya disuruh main bergu 6orang lawan 6orang tetapi SATU raket tiap team. Syaratnya lagi tak boleh bergerak! Hadoiii~~~

HAh! Berebut raket lah jawabnya.... Bukan senang rupanya sebab tak sempat nak pass raket. Ada yang smash bola tangkis menggunakan tangan, sambut pakai tangan,dan yang paling best - ramai dok gelakkan orang ajer kejenya! Hahaha......!!
Sangat seronok game badminton ni. Semangat berpasukan amatlah diperlukan. Untuk game ke-dua dah boleh plan strategi dan tindak tanduk untuk kalahkan pihak lawan.  
Akan tetapi, team hijau kalah. Huhuuu~


image
Amboi Bos.... bersungguh-sungguh bagi arahan. Hahaa

Ini team Nina - team 'Hijau'. Menang selfie. Hahaa... **jadilah**

Selepas Badminton Ala Heboh -  rehat dalam 30minit. Time nie Nina jalan-jalan sekitar Kelab Komuniti. Hhrmm.... Cantik tempatnya. Bersih! 

Acara seterusnya adalah Go-Kart. Yeahhh.....!! Vvroomm...vroomm...... 
Bagus kat sini, taklimat diberikan terlebih dahulu. 
"Ingat...! Nak masuk kete ikut kaki kiri, keluar pun ikut kaki kiri. Padel kanan tekan minyak dan padel kiri untuk brek. Jangan tekan sekali dua-dua.  Bendera kuning untuk standby, hitam kotak-kotak masa dah nak tamat. Kalau ada apa-apa masalah, angkat tangan. Hati-hati di dalam trek" 
banyakk sungguh pesanan mat bangla nie... Bagus!

image
Masing-masing serius dengar taklimat


Hubby sapa ni....?? Bagus sungguh, siap baca Doa sebelum racing. hehee.....

Buat yang tak tahu, Nina ni kategori comel-comel ajer orangnya. Nasib baik kaki Nina sampai boleh press pedal. yeah yeahhh.....! Boleh main Go-Kart.
Kalau tak sampai jawabnya tengok ajer laaaa...... hahaa..!!


Team lelaki post ala-ala Fat Furious .. **konon jer laa**



ini gambar beramai-ramai... semua seronok dan enjoy!

Best ooo pandu Go-Kart ni. Sapa tak pernah cuba kenalah cuba. Paling mencabar part selekoh. Kalau tengah laju, main brek mau berpusing kete.  Pastu lak kalau orang belakang pun tengah laju berdesup, kelam kelibut dibuatnya nak control steering yang ketat tu dan mengelak dari tersondol kete kat depan yang berpusing... 
Kann kannn Abg Ben?? Oopsss....!! Hahahaaa... 

Selesai acara Go-kart, semua pun dah keletihan dan kehausan... Air Yeos Yoegurt ditaja oleh Yoe's Malaysia. Perghh....!! Sedap~
Nina tak sempat snap picture selfie minum air Yeo's. Dahaga sesangat!


Ida, pinjam picture Ida yea.... 



Dan kemudian, kami disajikan lunch set buffet yang disediakan oleh Bayou CoffeeHouse. Terima kasih Bayou CoffeeHouse. Sedapp...!!  Nanti Nina story detail tentang catering ini yea..

Totally half day sangat enjoy dan havoc. Hhrmm....  Nina draft entry ni pun sambil mood keterujaan yang membuak-buak nak pegi event family day next round...

Okey, ini part One punya story, Part two Nina akan sambung lagi.....
Bukan senang tau nak type entry yang banyak sangat picture nak pilih, ***takkan nak masukkan semua kannnn*** pastu lak sambil menulis type mood keseronokkan semalam masih menguasai diri sampai tak terluah oleh bait-bait ayat.

Cehhh~
hah! kat part two nanti lagi best! Acara tembak-tembak - Paintball. Bang banggg! 


Jumpa lagi  di part two  >>>>>

ppsstt ~~ Nak tengok lagi banyak picture silalah ke facebook Nina - click SINI




  

Labels: , , ,