Menu tutup mata - paling senang! Bendi masak asam rebus.... Tak reti gak tak tahu nak cakap apa daaa....

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Bendi
Selalunya dimasak sebagai bahan sampingan dalam masakan. Contohnya kari, asam rebus dan tidak ketinggalan asam pedas untuk dia. Eehh.... Pengaruh drama TV  hehee
Citer tuu memang best kann...??

Ok, Bendi....
Menu lain untuk bendi yang selalu orang masak adalah bendi goreng bercili. Tapi macam leceh sikit kan nak buat sambalnya dulu. Yelah, nak kena rebus cili, blend, goreng cili jadi sambal lagi. bla bla blaaa...... banyak keje! 
Kadang tuu Nina malas gak. Oopssss..hahahaa.....!! Pecah tembelang, Nina jujur okey~ hehee

Hari ni Nina sharekan menu paling senang, ringkas, cepat. Kiranya sambil masak tutup mata pun gerenti jadi lah! Bohonglah tuu masak sambil tutup mata ***Tolong jangan tiru aksi ini, dilarang sama sekali***
Tapikan memang mudah pun masaknya.  Sap sap sui ajer~
Hanya campak-campak segala bahan yang ada dan rebus siap!  Paling penting rasa keseimbangan masam, masin dan pedas tu yang menjadikannya sedap lagi mabeless~ 
Paling sedap dimakan bersama nasi panas-panas dan ikan atau ayam goreng garing + sambal belacan. Perghhh....!! Hirup-hirup kuah nya memang syokkk...
Satu periuk pun boleh kasi licin lah...

Tak apa, kasi lah licin periuk... Tak marah pun~ **Senang nak cuci**
Hah! Ni nak share - Bendi ni bagus untuk orang yang ada penyakit kencing manis. Elok amalkan.... InsyaAllah...



BENDI MASAK ASAM REBUS
Bahan-bahan
10 batang Bendi - terpulang banyak mana nak masak. 
1 biji bawang besar - dimayang
5 keping cili kering - potong dalam 2inch (nak pedas letak cili padi)
2-3 keping asam keping
Sedikit ikan bilis - tumbuk-tumbuk atau gitu aje (udang kering pun sedap)
Air
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya
1-  Bendi dicuci bersih dahulu. Kemudian potong sikit pangkal dan hujungnya.
2-  Masakkan kesemua bahan dalam periuk kecuali bendi masak hingga mendidih
3-  Selepas mendidih masukkan bendi dan masak seketika. Jangan lama sangat nanti lembik tak sedap. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4-  Tutup api dan sedia dihidangkan.









Labels: ,