Pages

Wednesday, 29 April 2015

pakaian lusuh : Tips penjagaan pakaian / baju sekolah supaya lambat lusuh

As'salamualaikum dan Salam sejahtera,

Apa khabar kengkawan?
Nina harapkan moga semua nya sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan seharian oleh Yang Esa.
Aamiin...


Apa ke motif Nina share gambar seluar sekolah anak Nina? Terbalik lak tu....
Hah! Hari ni Nina nak share perihal penjagaan pakaian. Ini salah satu yang wajib Nina buat pabila nak sidai pakaian teruatama sekali baju sekolah dan baju keje MyGang. Tidak lupa seluar jeans!

Nina akan terbalik pakaian tersebut sebelum nak sidai. Pakaian akan cepat pudar warnanya bila kena matahari so bila dah diterbalikkan, pakaian akan kekal lama dan warna tak nampak lusuh. Terutama sekali pakaian warna gelap.
#eh ehh.... Macam iklan pencuci baju lak~ hahaa

Eermm...Banyak lak keje nak kena buat. Leceh? Malas?
Alahai... Setakat sidai baju aje kannn.....??
Terpulang pada individu. Ini dah jadi macam habit buat Nina. Buat yang memula nak praktik tuu memang terasa macam payah sikit. Lelama nanti ok lah tu.

Alhamdulillah, sebab habit typical Nina tuu laaa - seluar sekolah Eilman dan kain sekolah Eillya masih tampak baru colournya berbanding kengkawan nya yang lain.
Jangan tak tahu, inilah antara topik borak-borak bebudak sekolah! Seluar dia nampak baru laa, gosok cantik laa dan macam-macam lagi. Kisah seluar sekolah pun boleh memainkan peranan dalam psikologi pada anak-anak.

Masa masuk sekolah semua pun baru cantik, tiba pertengahan tahun semua dah mula lusuh. Kalau yang punya ibubapa kaya raya ok lah, "kalau aku kayaa, hari-hari Hari Raya".... Tetiba lak nyanyi. Sensitif sungguh bait ayat 'kaya' nie!
Hhrmmm.. Kalau kaya - boleh jer beli baru kann......
Yang sederhana inilah kena bijak dalam pengurusan penjagaan. Anak-anak mudah terasa bila kengkawan bercerita so ibubapa kena pandai main peranan. Rajin sikit jer~

Kalau ampaian uolls kat dalam rumah ok lah, tak perlu buat. Tak de effect sangat pun tapi yang dok sidai direct matahari memang harus lah. Hhrrmmm..... Itupun kalau nak jaga pakaian tersebut.

Selain dari itu, ada juga jual  pencuci pakaian untuk pakaian berwarna. Brand apa, beli kat mana? Ikut pilihan masing², kat mana-mana Hypermarket pun ada jual.

****Tetiba teringat***
Patutlah masa Nina kecik dulu Mama Nina selalu dok membebel suruh terbalikkan baju dulu sebelum sidaian. Hah! Tu laaa, besar impaknya sekarang.
Sekarang Nina lak dok membebel kat Eillya & Eilman bila diaorang tolong Nina sidai baju. Hahaa..

3 comments:

  1. Sama la, one more mak saya selalu suruh sidai kat tempat yang redup untuk tak cepat lusuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syida,
      Part sidai tempat redup tuu mmg payah nak ikut pasal suka sidai kat direct matahari. Nak cepat kering. Hehee...

      Delete
    2. Syida,
      Part sidai tempat redup tuu mmg payah nak ikut pasal suka sidai kat direct matahari. Nak cepat kering. Hehee...

      Delete