Sekejapan masa berlalu.... Eilhan dah semakin....

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Ada permintaan nak Nina kongsikan story mory  tentang Baby Eilhan.  
Bermulanya ceritera Baby Eilhan semasa dia dilahirkan.  Masa tu Nina share saat Nina bertarung nyawa melahirkan Eilhan beserta tips-tips bersalin. Boleh baca kat ……SINI

Eilhan masa baby dalam pantang agak mudah dijaga. Jarang menangis. Sama seperti anak-anak Nina yang lain. Syukur Alhamdulillah, rezeki Nina….. Semuanya dipermudahkan oleh DIA.

Sekejapan masa berlalu, sedar tak sedar baby Eilhan dah berumur  1tahun 4bulan. Dah semakin banyak akal dan bermacam-macam keletah yang sentiasa mencuit hati Nina sekeluarga.

Eilhan mula berjalan agak lewat berbanding kakak dan abangnya sebelum nie. Lebih kurang 1tahun 2bulan baru lulus lesen ‘L’ tatihnya. Tapi sekarang ni, dok berjalan aje kejenya…
Situasi  paling mencabar adalah masa nak suapkan makan. Dok berjalan tanpa henti… ala-ala unlimited gitu. Memula aje dia akan dok diam, konon good dood boy gitu tapi  bila dah agak-agak lebih 4/5 suap mula lah dia tawaf satu rumah. Kejap ke ruang tamu, kejap ke dapur, tetiba masuk bilik tido dan ada time tuuu dia nak dok dalam bilik air! Huhuu… sabar aje laaa
Nina.. think positif, think positif…. “Ini namanya senaman langkah bertubi-tubi” ayat sedapkan hati padahal geram tak hinggat. Janji dia makan! Nina pasti ada mak-mak kat luar sana pun gini kannn….. ***Cepat mengaku jangan bohong tak baikk dosa*** Hehehe~



Bab makan, Eilhan tak cerewet. Yang penting menu nya bukan bubur nasi. Dah berumur setahun baru Nina faham akan tastenya. Patut laaa masa umur kurang setahun payah naaa nak makan. Bermacam-macam episod cerekarama kalau nak suap Eilhan makan. Pujuk memujuk ada, romantika ada, tetiba jadi Cikgu Siti Hajar AF sambil ajar vokal pun ada … hahaha
 “Oh David Teo, agak-agak kalau you kurang idea mau bikin babak sinetron part baby makan, Nina punya banyak take one take two action!” Hehee…


Labels: , ,