Anak cerewet makan? Meh cuba menu Nasi Ayam yang paling cepat dan ringkas!

Ayam merupakan menu yang sukar dipisahkan buat insan yang bernama kanak-kanak. terutama sekali part drumstick aka peha. Macam cantik jer, macam comel aje bila bebudak makan drumstick kann..? 

Menu Ayam lak ada pelbagai menu favorite anak-anak. Ada yang suka  Ayam  Masak Kurma , Ayam Masak Masam Manis , Ayam Goreng Kicap lemak Manis Ayam Masak Halia ataupun sekadar ayam goreng!
Bohonglah kalau bilang mereka tak suka. Sedangkan Upin Ipin pun sinonim dengan ayam goreng kann...?? betul betul betul~ jangan cakap Nina pengaruh TV lak! Haha.. 

Buat mama, mummy pula kalau anak-anak makan ayam mesti makan bersama nasi. Maklumlah typical Malaysian. Nasi pula merupakan makanan utama karbohidrat yang diperlukan buat kanak-kanak. Kalau dok makan ayam aje nanti mama mummy lak runsing risaukan faktor keseimbangan nutrisi dalam menu si manja.

Ok, jalan mudah dari permasalahan tadi >>>>> Nina sediakan Nasi Ayam Nina style. Ada ayam dan ada nasi!  Tak perlu dok kalut prepare menu yg remeh,  susah dan makan masa yang lama. Nanti anak tak makan, mama yang stress keciwa tak sudah.

So hari ni, Mama mummy tak perlu risau sebab  penyediannya ringkas, cepat, mudah dan result anak-anak suka dan makan dengan licin dan jayanya! 
InsyaAllah...

Nasi Ayam adalah menu paling mujarab buat anak cerewet makan.  Berkat doa dan zikir  'Ya Latif' sambil masak tuu hembus-hembus sikit  (jangan over sangat lak tau! nanti anak ingat mama nya sawan menurun ke hapa lak nanti) Hahaha....  Zikir dalam hati sudah dengan niat supaya anak suka selera makan. ..
InsyaAllah, niat baik dimakbulkan dan sure pasni tak de sandiwara cerekarama telenovela lah bagai episod pujuk memujuk antara anak dan mamanya. InsyaAllah, dengan rela dia makan. Ya, Nina juga antara mama yang punya anak cerewet makan. Stress you!
Moga tips dan resepi ringkas Nasi Ayam  Nina  ni dapat mengurangkan tekanan perasaan uolls~

Kalau rajin boleh lah intai resepi Nasi Ayam Nina kat SINI  dan yang INI masa awal tahun. Nina kerap juga masak Nasi Ayam tapi kadang tu tak sempat snap anak-anak dah sibuk menanti nak makan. Kesian kann....
Ini lah antara dugaan nya buat anak-anak yang punya mama blogger masakan. Bila siap aje masak, kena tunggu sat mama nak snap picture dulu. Itu yang kadang dah lewat siap, kemaruk dah nak makan - tak sempat pun nak snap picture bagai. Belasah aje makan. hehee..

Jom tengok resepi ringkas Nina.


Nak buat Nasi Ayam Nina - memula kita kena sedia kan supnya dulu. Kalau nak ringkas macam Nina just rebus ayam sampai separuh masak. Semuapun masuk jer dalam periuk. Tak perlu tumis bagai....
Nanti air rebusan ayam tu masukkan dalam periuk nasi untuk buat nasi nya pula.
Untuk nasi pun Nina tak der tumis...
Ayam pula, tak der nak perap memerap.... ringkas dan mudah :)

SUP AYAM
1 1/2 ekor Ayam -  dicuci bersih
air secukupnya
3 inc halia - dititik
2 sudu besar serbuk sup - jadikan pes dibancuh bersama sedikit air
garam secukup rasa

** kalau nak lagi sedap, tambahkan 2-3 ketul kiub Ayam Knorr**  Terpulang... Selalunya Nina tak letak 

Cara penyediaan Sup Ayam :-
1- Masukkan air dalam periuk bersama halia dan pes serbuk sup
2- Air mendidih, masukkan ayam masak sampai separuh masak.
3- Rasakan sup dengan garam secukup rasa.
4- Toskan ayam letak tepi.
Ok ... dah siap sup ayam, kita prepare ayam nyer pula.

AYAM GORENG
Setelah ditoskan, tabur sikir garam atau perasa. Nanti goreng dengan api sederhana dengan menggunakan minyak yang banyak. Ala-ala deep fried gitu ...
Dah sejuk sikit, ketuk macam kat kedai tuu pastu potong-potong. Time panas jangan diketuk, nanti ayam tu hancur.

NASI AYAM
bahan-bahan
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam (sukatan air ikut macam masak nasi biasa)
2 inci halia - diketuk jer
2 helai daun pandan
4 sudu minyak masak - tak letak pun ok

Cara penyediaan Nasi Ayam Nina yang Ringkas :-
1- Bersihkan beras dan rendam seketika. Letak garam sikit. Nina rendam dalam 15minit. (tak nak rendam pun tak apa - just tips) Nina rendam supaya nanti nasinya lembut, besar dan cantik. Masak nasi biasa pun Nina buat gini kalau ada masa.
2- Kemudian, toskan beras dan masukkan air rebusan ayam bersama halia, daun pandan dan garam secukup rasa dan minyak masak. Kalau nak, masukkan sikit serbuk kunyit. sikit jer~ **kadang tak letak pun**
3- Tutup periuk nasi. Tanak nasik seperti biasa hingga nasi masak.

CILI SOS
Tumis halia dan bawang putih. Kemudian masukkan cili sos kegemaran dan sikit air rebusan ayam tadi. Tambahkan sedikit gula jika mahu. Masak hingga mendidih. Siap!
Tuang atas ayam goreng tadi.

KICAP
Nina guna kicap Jalen Lemak Manis ajerrr.... senang kan....

SAMPINGAN
Timun, tomato (tak nak letak pun ok. Nina & MyGang jerrr pun yang makan)

Dah ready semua.... Sediakan pinggan, senduk nasi, letak ayam yang dah ketuk dan potong, curah sikit cili sos, sipikan timun dan tomato. Ceduk kuah sup tabur bawang goreng - Eilman tak suka bawang goreng! Yana nak sup banyakkkk! dan daun sup sikit. Daun ketumbar letak banyak-banyak. Nina suka daun ketumbar!! macam-macam perangai hehe

Ready to eat~~ ringkas kan?

Sesuai buat bekalan sekolah anak. Gerenti habis licin! Berkhasiat, jimat, terjamin bersih dan  semestinya berkat. Maklumlah air tangan mamanya kan....


Selamat mencuba!

Labels: , ,