Baby Demam Sawan Tarik.. Bukan sekadar demam biasa. Info penting yang harus ibubapa perlu tahu.... Punca, sebab, tanda, tindakan dan rawatan......

Pengalaman dan situasi yang pertama kali terjadi dalam hidup Nina banyak memberi signal supaya Nina lebih prihatin dan alert akan segala aspek untuk kesihatan anak-anak.

Walaupun Nina rasa, Nina dah sangat cerewet akan perihal kesihatan anak-anak namun apa yang terjadi baru-baru ini  sangat memberi pengajaran dan ilmu untuk Nina.
Benarlah, pengalaman merupakan cikgu terbaik dalam kehidupan kita. Walaupun banyak pembacaan ilmiah dalam diri (segala ilmu parenting, kedoktoran, pembacaan media online mahupun media cetak) ianya tak sehebat pengalaman dan dugaan yang dilalui.
Boleh baca kat SINI keadaan Baby Eilhan semasa kejadian.



Berbesar hati ingin Nina kongsikan antara yang Nina pelajari sepanjang Baby Eilhan kena demam sawan tarik buat pertama kali.
Info : anak-anak Nina yang lain tak pernah kena. Ini pengalaman pertama buat Nina sekeluarga.

APA ITU DEMAM SAWAN TARIK?
Demam yang berlaku apabila suhu melebihi 38c
Ianya berlaku pada hari pertama atau kedua demam
Umur antara 6bulan ke 6tahun berkemungkinan boleh mengalaminya.

PUNCA
Antara punca dan sebab musabab baby boleh kena demam sawan tarik. Ada banyak style bergantung pada individu. Antaranya
- demam suhu tinggi (ada kes demam tak tinggi juga boleh terjadi)
- ada jangkitan dibahagian atas saluran pernafasan atau telinga (otitis media)
- pernah terjatuh dan cedera dalaman terutama bahagian kepala. Mungkin berlakunya pendarahan dalaman.
- cirit birit berterusan sehingga baby dehydration ( kekurangan air, garam galian dalam tubuh badan)
- cuaca persekitaran yang panas melampau. Contohnya ruang bilik yang panas walaupun ada kipas tapi tiada udara keluar masuk - tingkap.
- kekurangan oksigen. Contohnya baby berada dalam kereta pada waktu yang lama walaupun air-cond on.
- kekurangan gula dalam badan. Baby tak mau makan, tak mau minum.
- menangis tanpa henti hingga kebiruan.
- tercekik sesuatu dalam mulut
- genetik. Ada antara family yang punya sejarah pernah kena sawan tarik.

TANDA
Antara tanda dan simptom baby kena demam sawan tarik.
Ini adalah tanda dan kemungkinan salah satu simptom pun boleh diklafikasikan sebagai sawan tarik.
- kekejangan anggota badan samada kaki, tangan atau kedua-duanya atau juga sebelah anggota.
- mata putih ke atas atau pandangan satu arah tanpa sedar.
- mulut kebiruan permukaan dan lebih parah jika kuku tangan dan kaki juga kebiruan.
- mulut mengeluarkan air liur
- ketap gigi, gigit lidah tanpa sedar
- badan mengigil
- badan/ tangan/ kaki sejuk
- kaki dan tangan mungkin bergongcang tanpa rangsangan
- mungkin terjatuh dengan sendirinya
- tidak dapat mengawal air kencing
- ketara baby tak sedarkan diri. Tertidur dan tidak sedar diri seketika. No respond bila nama dipanggil. Apabila terjaga, juga masih binggung seketika. Kemudian aktif semula
- meracau-racau

TINDAKAN
Tindakan yang perlu diambil
- bertenang jangan panik!
- bawa baby ke tempat yang luas. Jangan kerumun. Baby perlukan oksigen dan ruang udara yang secukupnya. 
- segera bukakan baju dan seluar atau longgar butang baju.
- segera mengiring kan baby. Sebaiknya ke sebelah Kiri.
- jirus baby dengan air paip (suhu normal) bermula dari kaki ke kepala. Atau tap-tap dengan towel basah.
- jangan goncangkan baby atau tepuk kuat-kuat. Cukup sekadar usapan dan panggilan namanya.
- jika dalam mulut baby ada apa-apa (makanan atau air liur) keluarkan. Jangan biarkan baby telan air liurnya. Kemungkinan mengakibatkan baby tercekik, tersedak, jangkitan paru-paru atau asthma) 
- segera bawa baby ke hospital atau klinik berhampiran
- selepas baby sedar, kemungkinan baby sangat mengantuk sebab penat. Biarkan baby tido seketika tapi kerap kejut untuk baby memberi respond. Takut baby terkena lagi semasa  tido. 


RAWATAN
- Setelah baby sedar, segera bawa baby ke klinik berhampiran atau terus ke emergency hospital
- pihak hospital akan periksa kondisi baby dan memberi rawatan sewajarnya
- mungkin baby akan tinggal dihospital untuk rawatan susulan dan andai ini merupakan kes pertama baby.
- ibubapa perlu persiapkan diri dengan pengetahuan tentang demam sawan tarik ini untuk penjagaan kemudian hari. 
** sentiasa pantau suhu baby
** pastikan baby punya ruang udara yang cukup.
** pastikan ubat-ubatan yang diberi pada baby mengikut dos
** periksa klinik berhampiran tempat tinggal samada mereka ada sediakan ubat untuk berhentikan sawan segera. Tak semua klinik ada. (Kalau tak de, akan melambatkan lagi sebab kena pula rujuk dan bawa baby ke hospital.) 
** latih ahli keluarga yang lain cara-cara dan tindakan yang perlu diambil bila kejadian berulang.



INFO LAIN YANG IBUBAPA PERLU TAHU

Soalan wajib yang pihak hospital perlu tahu semasa baby menerima rawatan
So, ibubapa siap sedai alert akan beberapa situasi semasa kejadian.
Bila terjadi - masa/suasana/tempat kejadian
Adakah baby demam semasa kejadian, dah berapa hari dan ada sakit lain (selsema, batuk atau sebagainya)
Berapa suhu baby semasa kejadian
Baby sedang buat apa
Berapa lama jangkamasa baby kena sawan tarik. Kurang 3minit  / lebih 5minit atau lebih lama lagi
Bagaimana keadaan sawan tarik yang baby alami. (kejang tangan atau kaki, biru atau sebagainya) - rujuk TANDA di atas
Berapa jangkamasa yang baby perlukan untuk sedar diri selepas atau sebelum rawatan
Apa rawatan atau tindakan yang telah diambil
Keadaan baby selepas sedar diri. (mengantuk /  terus aktif / binggung atau tidak bermaya langsung)


JANGAN Jangan Jangan
- masukkan benda asing (sudu / jari atau apa-apa sahaja) ke dalam mulut baby semasa baby terkena sawan tarik 
- tinggalkan baby bersendirian
- gongcangkan baby untuk sedarkan
- teruskan masukkan ubat demam kat mulut baby semasa baby belum sedar. (selepas baby sedar, baru beri ubat demam)
- JANGAN PANIK! tapi Nina lah yang panik semasa pertama kali baby Eilhan kena.....

Bolehkah ianya berulang?
YA! 30% demam sawan tarik ini boleh berulang. Ini kerana otak dan badan  baby dah sensitif  dan amat peka pada suhu dan juga keperluan oksigen ke otak.

Adakah ianya akan mengakibatkan kecacatan otak?
TIDAK!  --- - - - KECUALI - - - -----
apabila sawan tarik ini berlaku melebihi 15minit. Sebab itu, harus ke Hospital sesegera utnuk rawatan selanjutnya

Adakah ia boleh mengakibatkan epilepsy?
Hanya segelintir kanak-kanak yang mendapat sawan demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsy. 
Sentiasa rujuk pada pakar.

Moga perkongsian ini memberi manfaat bersama
Jutaan terima kasih buat pihak Hospital Port Dickson di atas kerjasama dan layanan baik sepanjang baby Eilhan menerima rawatan di sana. Terutama sekali doktor dan nurse yang banyak memberi segala informasi dan tidak jemu menjawab persoalan bertubi-tubi dari Nina.....
**** nak jadi dooktor tak layak daaaa, sekadar nak jadi doktor peribadi buat anak-anak dan keluarga jer~
jadi laaa... hehee****


Kalau ibubapa punya pandangan atau apa-apa penambahan info, bolehlah kongsikan bersama disini.....



Labels: , ,