Nak ringkas.... Ikan Sambal Berlado. Anak-anak tak makan pedas sila makan ikan goreng aje ehh....

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini antara menu yang senang dan all in one. Ikan sambal berlada
Untuk anak-anak yang tak makan pedas hanya ikan goreng untuk mereka dan ibubapa lak ada sambalnya. Goreng ikan sekali banyak untuk semua. Nak pedas ada sambal. Senang kan....

Antara ikan yang sesuai - ikan tenggiri, merah, cencaru dan bawal. Selain tu, apa-apa jenis ikan lain pun ok. Kalau dapat ikan besar lagi best! Banyak isi. Senang nak makan, tak payah belek-belek tulang. Terutama sekali buat anak-anak. Surirumah macam Nina pun perlu ikan  tak banyak tulang sebab kadang tu time makan pun rushing. Kalau isi ajer senang ngap ngapp !! hehee... (bukan gelojoh ehh)
#ehh .... dok rumah pun rushing? Ya, itulah hakikatnya.... 
nak nak yang punya anak bersekolah tadika dan sekolah dua sesi. Pastu lak waktu balik sekolahnya berlainan antara satu sama lain... nanti petang nak ke sekolah agama lak~
Kalau nak cerita mau 3hari 3malam tak sudah. Hahaha....


Sebelum Nina meneruskan bebelan, baik kita intai-intai resepi bodo-bodo yang rasanya ramai mama, mommy, ibu yang dah sedia maklum tahu masak. Setakat ikan goreng dan sambal...
hehe...

IKAN SAMBAL BERLADO
bahan-bahan
1 ekor  tenggiri  atau apa-apa ikan kesukaan lain
6 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
15 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan dikisar
2keping asam gelugor
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara penyediannya

1-  Ikan di potong, cuci bersih, gaul dengan garam dan kunyit , kemudian di goreng garing
Angkat toskan minyak dan ketepikan

2-  Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih,  dan halia hingga naik bau
3-  Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
4-  Dah pecah minyak masukkan asam keping bersama garam dan gula secukup rasa. Masak seketika hingga semua sebati.

5-  Kemudian masukkan  bawang hiris
6-  Akhir sekali hidangkan ikan goreng tadi dan tuang sambal kat atasnya. Kalau nak gaul sekali pun ok. 


Selamat mencuba


Labels: