Bubur lambuk pre-Ramadhan yang simple dan mudah. ..

As'salamualaikum dan Salam sejahtera

Bubur lambuk pre-ramadhan. Amboi.. Tajuk! Pre-ramadhan lah sangat kannnn... **poyo**
Tak sabar nak tunggu Ramadhan ;)

Ramadhan hampir tiba. Banyak yang request  suh Nina share  menu dan resepi yang mudah dimasak  untuk juadah berbuka nanti.

Sebelum ni, Nina dah pernah share Resepi bubur lambuk. Boleh singgah kat sini sini sini

Memandangkan kopsep blog Nina adalah Resepi yang ringkas lagi mudah disediakan so jangan verangan akan jumpa resepi yang payah lagi banyak bahan nak masak dalam ni.
Nasi , lauk-pauk, agar-agar, dessert mahupun cake semuanya sap-sap suii~

Ok Jom timbang-timbang beras buat bubur lambuk simple ni~
Moga ianya menepati citarasa uols dan memberi manfaat bersama hendaknya. Aamiin...



Bubur Lambuk simply simple style Nina 
Bahan-bahan
Beras - dibersihkan dan ditoskan
Air
Udang kering - dicuci bersih dan ditoskan
Daging yang dicincang halus
Halia  - letak lebih lagi uummph..!
sedikit rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
Santan
Lada Hitam - ditumbuk halus
Garam secukup rasa

Sampingan
Daun ketumbar - letak banyak2! Fav Nina nie...
Ikan Bilis - digoreng garing
Kacang Tanah - digoreng garing
Lobak Masin
Cili Potong

Cara penyediannya
1-  Kesemua bahan disatukan dalam periuk kecuali santan, lada hitam dan garam .  Masak hingga menjadi bubur. Kacau selalu.
2-  Setelah masak menjadi bubur mengikut kepekatan yang di inginkan, masukkan santan dan kacau sebati hingga mendidih.
3-  Kemudian masukkan lada hitam dan garam secukup rasa
4-  Akhir sekali boleh dihidangkan bersama ikan bilis, kacang, lobak masin, cili potong dan daun ketumbar banyak-banyak!. Atau letak lah apa-apa mengikut citarasa masing-masing.

Selamat menyambut bulan Ramadhan

Labels: , ,