Cuti sekolah dimana best? Murah dan berpatutan di Primaland Water Theme Park Port Dickson....

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Cuti sekolah telah bermula... ke mana destinasi ibubapa bawa anak-anak bercuti?
Tak kan dibiarkan anak-anak dok rumah saje kan..... jangan lah gitu, asyik keje.. keje.. keje.. ajer tak sudah! Sampai bila pun keje tuu tak akan habis. #Eehh ehh... betul kan? Ok, noted!

Atleast bawa lah mereka yang tersayang keluar jalan-jalan sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan. 
Tak perlu mahal exclusive ... sekadar mengikut budget yang berpatutan dan dapat  isi masa berharga bersama-sama di luar kawasan liputan pun dah memadai. Macam coverage line internet lak kannn...
Keseronokan anak-anak akan memberi impak positif buat perkembangan  tumbesaran mereka. 

Meh sini Nina sharekan holiday Nina sekeluarga yang lalu.
Dekat aje.... Di Primaland Water Theme Park Batu 13, Pasir Panjang, Teluk Kemang Port Dickson. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Port Dickson sekitar 1jam 30minit gitu. 
Buat yang mengikuti ceritera Nina, actually Nina ke sini beberapa minggu yang lalu namum terpaksa postpone sebab Baby Eilhan kena demam sawan tarik semasa check in. 
Sudi lah baca kat SINI kisah sedih Nina....

Menarik dan enjoy bawa anak-anak bermain air sesuka hati. lalaa laalaaa~
Apa yang menarik bagi Nina kat sini, bilik studio nya besar. Ya besar! Standard room tapi ada extra ruang santai lepak tonton TV. So kalau ada yang plan nak bawak adik beradik, ipar duai, atok nenek boleh ajer belasah tido ramai-ramai kat ruang tersebut. Sila lah bawa toto. Settel~

Buka aje pintu bilik nampak katil nie...
Oopss...!! 3orang kanak-kanak ceria nie tak termasuk pakej yea
hehee...
Atas kiri       = Studio (2katil single) memadai untuk family kecik. Nak letak  extra katil pun masih luas

Atas kanan    = Ini lah ruang santai yang Nina katakan. Tolak kerusi meja boleh letak toto - luas!

Bawah kiri     = ruang solat. Atas meja tuu ada disediakan sejadah
Bawah kanan = pantry kecik. Dalam kabinet bawah sinki tuu ada peti ais. Jadi laaa.... 
Keluasan water park yang luas dan besar. Macam-macam game ada... Pasir pantai pun ada



Ruang dewasa


Ruangan kanak-kanak

Ini pun ruangan untuk kanak-kanak. Best kat sini!

Hah...!! Nampak tak tong hijau kat atas tuu.... Dah penuh air, tetiba hujan pun turun selebat-lebatnya... Debushhhh....!!! Seronok bebudak! Mak pak budak pun joint sekali~ hehe

Nak sewa basikal, pelampung atau pun locker pun ada. Banyak kerusi dan payung disediakan

Kat Pantai pun ada cafe....Senang kan?  Tepuk dada dan selera tanya poket. Hehee....
Ini harga untuk masuk dalam Water Theme Park . Tengok betul-betul..... ada 2sesi

Tak jemu kat sini. Dari pagi hingga lah ke malam ada ajer aktiviti yang pihak hotel sediakan. Semuapun FREE
Best!
Ini pula Games Room. Ada macam-macam permainan indoor kat sini...
Ini tak Free, bayar ikut token. RM1 per token. :)

Yeehaaa....!! Enjoy~

Ini view dari pintu masuk. Sebelah kiri dari arah Pantai Awam Teluk Kemang batu 8. 

Amacam best tak? Actually banyak lagi gambar yang Nina nak kongsikan buat kengkawan semua. Kalau nak tengok gambar lagi, ada banyak lagi kat facebook Nina. Click SINI

Hhrrmm...... Mesti nak tahu kannnn.....  Berapa kos cuti-cuti Malaysia nie??
Tak mahal pun, murah ajer.  Harganya  kurang RM200. Huh..!! Less RM200?
Ya, Kenapa tak percaya?
percaya laa.... memang betul, Nina tak bohong. Bohong dosa
Pakej room studio (2katil single) + 6 tiket water park sesi pagi + 6 tiket water park sesi petang + 2pack kombo untuk breakfast.
Nina book masa Matta Fair yang lepas.  ***** Berpatutan****

Suka Nina nak kongsikan - Lunch Nina makan kat Ayam Bakar Station. Lokasi area Batu 11, Pasir panjang, Teluk Kemang. Tak jauh dari Primaland Water Park - sebelah kanan arah ke Pantai Awam Teluk Kemang. 
Story mory click SINI - Ayam Bakar Station 

Andai ibubapa tak punya cuti tahunan, bolehlah ke sini hujung minggu nie....
dan andai terasa agak jauh dan tak de lak rezeki bilik kosong, ada ker?? Ooppsss!!
**last minute memang payah nak dapat**
Nina cadangkan bawa lah anak-anak shorts trip. Yang dekat-dekat pun ok, janji mereka dapat rasai suasana cuti sekolah. Antara tempat short trip yang best dikunjungi adalah di Farm In The City kat Seri Kembangan Serdang. Menarik tempat nie....
Boleh refer SINI untuk rujukan. 

Pesanan penaja :: Jangan  'wujudkan' pelbagai alasan untuk mengembirakan insan tersayang....
Carilah masa untuk bersama dan jadikan saat manis sebagai kenangan terindah buat mereka.  Kenangan tidak dapat dibeli dengan duit walaupun punya kemewahan melimpah...






















Labels: , , , ,