Dessert paling best buat juadah berbuka puasa /iftar. Heavenly Milo Oreo Jelly. Rugi tak cuba.....

As'salamualaikum dan Salam sejahtera

Apa khabar kengkawan semua? Puasa hari nie?
Haishh.... Berani nak ngaku tak puasa! Hahahaa...
Nina doakan moga semua sihat walafiat dan dapat menunaikan ibadah puasa sebaiknya
Aamiin...

Ok, short cut.... Nina busy ni. **konon sangat**
Ramai dok pm suh ulang tayang dessert paling best buat juadah berbuka puasa aka iftar. Dessert nie ramai dah cuba. Dan ramai yang akan ulang buat lagi. Nampaknya 'Heavenly Milo Oreo Jelly' menepati citarasa semua.
Ini menu dessert wajib cuba...

Memandangkan kekangan masa nina yg suntuk, maka Nina just siarkan siaran ulangan ... Dulu entry INI lama daa...
Nanti ada masa Nina snap pic cecantik lagi ehh....
**yang penting ini gambar Nina yang punya bukan Ahmad Albab yang punya. Hahaa..**
Sebenarnya geram pada yg cilok pic nie pastu ngaku dia yg punya.
Huhuhuu~


Heavenly Milo & Oreo Jelly
Saiz: 8" bulat
Bahan-bahan
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis (Nina guna oreo blueberry)

Cara-caranya
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.

2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.

3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.


TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Janagn tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.
Selamat mencuba ...!!

Dan SELAMAT BERPUASA ~~

Labels: , , , ,