JUADAH BERBUKA PUASA SIMPLE : Bubur ChaCha bersama Keledek Manis

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Buat yang kekeringan idea nak masak apa untuk menu dessert nanti, boleh laaa follow juadah Nina. Semuanya ringkas dan mudah. 

Bubur antara menu yang ringkas dan mudah untuk juadah berbuka puasa. Sedap dinikmati usai habis makan menu utama. Bak kata orang melayu menu pencuci mulut dan kata omputeh lak  -  dessert. 

Selain buat juadah berbuka puasa, bubur juga amat sesuai buat minum petang. Bubur tak perlu terlalu manis cukup sekadar manis-manis buah gitu. 
Kena lak dengan air  tea 'o' panas! marvelous~

Dah lama juga Nina tak bikin bubur ChaCha bersama keledek. Bertahun dah kot....
hehee..
Semalam masa beli barang sikit kat kedai, nampak lak keledek tuu dok posing manja sambil melambai-lambai kat Nina suh beli. **macam lah keledek ada tangan kannnnn** hahaa . . .
Memula tuu buat tak tahu ajer.... Malas nak layankan perasaan, kot kot syaitonnir rojimmmmm yang hasut. #Ehh....tetiba teringat -  bulan puasa kat syaiton kena ikat. 
Oooo.... memang nak kena beli nie, boleh  buat bubur keledek nanti! Pulak daaa~ hahaa . . .

Maka dengan ini, siap lah bubur keledek manis bersama ChaCha... Kebetulan memang chacha dah sedia ada kat rumah so memang harus lah beli keledek yang lambai-lambai tadi tuu.... hehee 

Dulu Nina ada buat dan share kat  SINI SINI SINI


Bubur Keledek Manis Bersama Cha Cha 
Bahan-bahan:
300gm keledek - dipotong bulat-bulat (sebab keledek Nina kecik ajer sizenyer)  
100gm cha-cha - dicuci bersih lalu ditoskan
150gm gula pasir
100gm gula Melaka
1 kotak santan
2 helai daun pandan - dikoyak dan disimpul
1/4 cawan biji sagu putih - dicuci lalu ditoskan
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1-.  Satukan isi keledek, gula pasir, gula Melaka, biji sagu putih, daun pandan dan air secukupnya. Didihkan dan dikacau rata.
2-.  Pastikan bubur dimasak dengan api yang perlahan sehingga keledek empuk.
3-.  Setelah isi keledek empuk, masukkan santan dan cha-cha. Kacau selalu.
4-.  Akhir sekali perasakan dan didihkan sehingga masak. Sedia untuk dimakan.

note : : : : : Untuk mendapat tekstur cha-cha yang gebu dan elok, ia perlu direbus terlebih dahulu dan direndam di dalam air sejuk.

Selamat berbuka puasa ~~




Labels: , ,