KEMPEN RAMADHAN BERSAMA PALESTIN. "Semulia-mulia sedekah adalah dibulan Ramadhan" - Riwayat At-Tirmidzi



As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Rabu – 3 Jun 2015
Syukur Alhamdulillah Nina berkesempatan turut serta dalam Majlis Pelancaran Ramadhan Bersama Palestin yang bertempat di Megaview Banquet Hall di Menara KL Tower. Di majlis ini juga Aman Palestin Berhad telah menandatangani MOU dengan Syarikat Nubex Sdn Bhd. 

Dengan kerjasama ini, secara tidak langsung adalah satu alternatif buat para penyumbang dan orang ramai untuk memberi sumbangan kepada Palestin melalui pembelian wang dinar dan dirham. 


Termetarai lah MOU antara Aman Palestin Berhad dan Nubex Sdn Bhd

Kempen ini akan berlangsung di seluruh negara sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba. 

Pada tahun ini, pihak Aman Palestin Berhad mensasarkan kutipan sebanyak RM30juta yang akan disalurkan untuk beberapa kategori antaranya sahur dan berbuka, imarah Masjid Al-Aqsa serta bantuan untuk keluarga miskin dan keluarga Syuhadah di Gaza dan Tebing Barat. Selain itu, dana tersebut juga akan disalurkan untuk projuk-projek pemulihan dan pembangunan di Gaza.

Melalui kempen ini juga, pelbagai aktiviti serta program akan dijalankan di seluruh negara seperti Solat Terawih bersama Imam Palestin, Qiyamulai Perdana, Majlis Iftar Perdana, Program Ceramah Ramadhan serta aktiviti lazim Aman Palestin. 

Untuk makluman, hampir setahun telah berlalu selepas serangan 51 hari tentera Zionis dan kesan runtuhan masih dapat dapat dilihat di bumi Gaza. Kerja-kerja pemulihan belum lagi dapat dijalankan dengan sempurna berikutan beberapa kekekangan terutamanya dari segi kewangan. Namun, pada minggu lepas kita dikejutkan lagi dengan serangan ganas daripada tentera Zionis Israel. 


“Ya Allah…. Bantulah, selamatkan mereka….”

Sedih lagi sayu dengar khabaran live melalui telegram di majlis ini. Tak terluah dengan kata-kata. Betapa beruntungnya kita di bumi Malaysia. Syukur Alhamdulillah….

Bagi pihak Aman Palestin berharap agar seluruh rakyat Malaysia akan menyokong dan terus istiqamah dalam memperjuangkan isi ini. Segala bentuk sumbangan, kerjasama termasuklah khidmat nasihat dan juga sumbangan tenaga dari pelbagai sektor awam, kerajaan mahupun persendirian amatlah di alu-alukan.

Buat rakan taulan yang membaca coretan Nina ini, sudilah kiranya memberi sumbangan buat mereka saudara Islam kita disana yang amat-amat memerlukan bantuan dan sumbangan kita.

Bertuahnya rasa diri ini dapat memberi sumbangan sambil berjihad walaupun sekadar di alam maya. Walaupun tidak dapat sama-sama berjuang dan merasai sendiri kekejaman dan keperitan yang di alami oleh mereka.
Andai sumbangan ikhlas Nina dan semua dikira sebagai pahala jihad di sisi Allah SWT.
InsyaAllah….


Untuk sumbangan Ramadhan ini, Aman Palestin telah menetapkan pakej seperti berikut :-

RM50 untuk sijil wakaf Palestin
RM100 untuk duit Raya
RM200 untuk Imarah masjid Al-Aqsa
RM300 untuk sahur dan berbuka puasa


Untuk keterangan lanjut dan berita terkini bolehlah lawati di

www.amanpalestin.net
www.facebook.com/AmanPalestinOfficial

sudilah share dan war-warkan kempen ini. **ini juga dikira sumbangan dari anda**
Nina dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih…

Kami dari wakil team #kelabbloggerbenashaari yang hadir di Majlis ini. Terima kasih di atas jemputan....


"Semulia-mulia sedekah adalah di bulan Ramadhan" Riwayat At-Tirmidzi















Labels: , , , ,