menu sahur : ringkas dan cepat - Sotong Goreng Berempah

As'salamualaikum dan Salam sejahtera,

Puasa hari ni?
Tadi sahur makan apa?
Mostly untuk sahur ramai ibubapa yang memilih untuk makan nasi berlauk untuk anak-anak supaya mereka dapat membekalkan tenaga sepanjang hari. Dan lagi supaya lambat rasa lapar nanti. Kalau tak nanti mamanya yang stress dok menjawab soalan ulangan bertubi-tubi "mama, lama lagi ke waktu berbuka" **sekali sehari ok lagi tapi kalau setiap 30minit sekali lepas asar??**
 huhuhuu~
(Tetiba rasa nak buat recording voice! Auto play every 30minute) Hahahaa...
It's ok, itulah episod kesengalan kesabaran keadaan keibubapaan. Ngeee~

Menu untuk bersahur selalunya adalah yang ringkas  dan cepat penyediaannya. Semestinya penggunaan cili dan sambal amat tipis.  So Nina prefer yang goreng tapi ada rasa yang akan membangkitkan selera. 

Nak lagi cepat, sahur semua sekali Nina buh dalam tuu... Sekali masak jer!
**bukan alas tapi bijak** 
Yolah.. Bijak lah sangat kannnn~ sapa lagi nak puji kita.. Hehee

Jom tengok menu express Nina untuk sahur


Sotong Goreng Berempah
Bahan-bahan
300g ++ sotong sederhana size - potong ikut suka
1 biji bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - diketuk kuat-kuat.. (Hahaaa)
2 inch halia - dimayang halus
2 biji cili padi - diketuk ala-ala perempuan melayu terakhir (perlahan jerr pasal tak mau pedas sangat) Heheee . . .
3 batang cili kering - dicuci dulu dan dipotong dalam 2inch

3 batang serai - diketuk kuat-kuat ngan batu lesung
4 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


bahan perap sotong
serbuk kari udang dan ikan
sedikit serbuk kurma
serbuk kunyit
sedikit garam

bahan sayuran dan hiasan
kacang boncis
bunga kobis
carrot
1 biji bawang besar dipotong semi bulat
cili merah - dipotong serong-serong (Nina tak letak punn)

Cara penyediannya
1- Sotong dibersihkan lalu diperap dalam 15minit (sementara tu sediakan bahan tumisan) **tak perap pun ok**
2- Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi, cili kering, halia dan serai hingga kekuning-kuningan.
3- Masukkan sos tiram kacau rata
4- Masukkan sotong dan sayur sayuran, goreng hingga masak dengan api yang besar seketika.
5- Masukkan garam secukup rasa - terpulang ikut citarasa masing-masing. (Nina tak letak punn sebab dah ada garam masa perap tadi dan dah ada masin kat sos tiram)
6- Kecilkan api dan masukkan bawang besar yang dipotong semi buat untuk hiasan. Kacau rata lalu tutup api. (Nina suka makan bawang yang suku masak - rangguppp !!) hehee . . .
7- Sedia dihidang kan ....

Selamat Mencuba ..
..



Labels: , , , ,