RESEPI IFTAR MUDAH : kueh Lepat Pisang. Senang aje buat rupanya....

As'salamualaikum  dan Salam sejahtera,

Doa Ramadhan : Hari ke Tujuh
"Ya Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah
Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan
Berikanlah Aku Zikir Berupa Zikir Mengingat-MU Secara
Berkesinambungan, Dengan Taufiq- MU,
Wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat."


Syukur Alhamdulillah...
Hari ni puasa ke-7 kita telah melewati Ramadhan. Moga kengkawan semua dapat menjalani ibadah puasa sebaiknya....
Aamiin..

Dah lama Nina teringin nak cuba buat sendiri kueh lepat Pisang. Selalu Nina beli jer...
Anak-anak Nina penggemar tegar Pisang. Kalau beli setandan pun sekejapan licin.
Baru-baru ni, makcik Nina ada beri 2biji Pisang Tanduk. Selalunya Nina buat goreng atau pengat je..

So buat pertama kali Nina buat Lepat Pisang. Sebelah puas berdating ngan Mr. Google tapi tak juga serasi dihati. Berdating lama pun tak semestinya serasi ngan citarasa kita. #eehh..
Semua resepi tak de plak guna Pisang Tanduk.
Akhirnya Nina belasah aje sendiri operasi ini. Dengan harapan menggunung tinggi agar menjadi Lepat Pisang Nina ni nanti....


Dan Alhamdulillah syukur....
Yeah yeahh...!! Menjadi dengan jayanya. Pasni dah boleh jual lepat pisang lak~ hehee...



Lepat Pisang
Resepi : Nina Mirza
 
Bahan-bahan
Daun pisang secukupnya- di bersihkan dulu kemudian di layurkan
2 biji pisang tanduk- dilenyekkan
1/2 cawan gula pasir
10 sudu besar gula merah
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar tepung beras
1/2 cawan susu cair
1/2 biji kelapa parut -gaul rata ngan secubit garam
secubit garam

Cara penyediaannya
1- Layurkan daun pisang secukupnya.
2- Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir,  gula merah dan gaul sebati.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul lagi dan masukkan susu cair dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.
3- Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yg sudah di layurkan.
Letakkan kelapa parut dan kemudian adunan lagi
4- Daun dilipat tutup.adunan tersebut dan lipat kedua2 hujung dngn kemas spt membungkus nasi lemak.
5- Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 25 minit.
Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.

Labels: , ,