Lembaga Zakat Selangor - Iftar Media dan Blogger di Pusat Jagaan Warga Emas Bait Al Mawaddah Shah Alam....

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera
Tanggal 4hb Julai 2015, Lembaga Zakat Selangor telah mengadakan Iftar Bersama Media & Blogger di Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor (Bait Al Mawaddah), Lorong Haji Mughni,  Jalan Kebun Seksyen 30,  Shah Alam Selangor. Kali ini, Nina berasa amat bertuah kerana berkesempatan turut serta bersama-sama team #Kelab Blogger Ben Ashaari  di majlis ini. 
*** Terdahulu ada program Zikra 2015, masa tuu Nina tak berpeluang ikut sama***
(Nina kongsi cerita kengkawan aje… nak baca kat Sini Sini Sini......



Ok, berbalik pada majlis iftar semalam, secara tidak langsung Lembaga Zakat Selangor (LZS) berbesar hati memaklumkan pada masyarakat bahawa LZS telah berjaya mendirikan sebuah Pusat Jagaan untuk golongan warga emas asnaf zakat. 

Tahniah buat Lembaga Zakat Selangor!
Sebagai pembayar zakat, tentu ramai masyarakat ingin mengetahui ke mana agihan sumbangan mereka disalurkan. Ini lah di antaranya….


Untuk makluman, Pusat Rumah Warga Emas ini telah didirikan lebih 5bulan yang lalu dan menempatkan lebih kurang 30orang warga emas asnaf zakat. Betapa nasib mereka terbela dengan adanya Rumah yang selesa, bersih dan selamat. Disamping itu, mereka juga diberi penjagaan kesihatan beserta kerohanian. Ada kelas mengaji, tadarus, tazkirah dan siap ada fisioterapi lagi tau! 



Semasa berlangsungnya majlis ini, sesi penyampaian sumbangan dari penaja berupa duit Raya diberikan untuk warga emas disini. Tersenyum lebar atok nenek dapat duit Raya! Berbunga-bunga taman dalam hati….. hehee~
Syukur Alhamdulillah, kegembiraan untuk mereka. 

Gambar nie credit to Bella_Idura instagram..... **Nina sampai lewat, sesat. heheee**


Kemudian majlis mengadakan sesi aktiviti warga emas bersama tetamu. 
Aktiviti penyediannya bubur lambuk dan biskut Raya. 
Nina joint aktiviti buat biskut Raya. Maklumlah…. Kegemaran Nina kannn~
Chewahh….!! Seronok nenek-nenek semua.
Ada yang pertama kali mencuba dan ada juga yang melepas kerinduan pernah buat masa muda-muda dulu. Terpancar cahaya kegembiraan diwajah mereka yang bakal menyambut Syawal tak lama lagi. 
Selain buat biskut Dahlia, Nina dimaklumkan bahawa mereka juga dah siapkan cornflakes madu dan tart nenas. Wahhh….. hebat kan!


Usai aktiviti tersebut, masuk waktu berbuka puasa kami disajikan dengan hidangan yang menyelerakan. Dan kemudian aktiviti di akhiri dengan solat magrib berjemaah dan diikuti dengan solat terawih…


Sedih rasa nak balik meninggalkan mereka. Ada yang siap pesan Raya nanti singgah jenguk dan beraya bersama mereka… Syahdunya~
InsyaAllah yea Tok Nenek…


Sekalung Tahniah buat Lembaga Zakat Selangor yang telah menyediakan kemudahan terbaik buat golongan warga emas asnaf. 
Moga dengan pencerahan ini, InshaaAllah dapat membuka mata kita semua dan masyarakat khususnya akan agihan sumbangan zakat semua. 
Alhamdulillah….. 

Moga dengan perkongsian ini, lebih banyak sumbangan yang diberikan melalui Lembaga Zakat Selangor untuk Asnaf.
Mereka lebih memerlukan .....
InsyaAllah, tangan yang memberi dengan keikhlasan pasti mendapat keberkatan dari DIA di atas setiap rezeki yang kita terima.
Aamiin....

Lepas ni, andai ada ternampak sesapa yang perlukan bantuan zakat sila lah laporkan….

Ibu Pejabat Zakat Selangor
Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Presint ALAMI
Pusat Perniagaan Worldwide2
Pusat Akuatik, Seksyen 13
Shah Alam Selangor
Tel : 5522 7700
Fax : 5522 7722


Kalau agak-agak cara ini pun kelaut, sila telefon HotLine mereka di 1800-88-5353

Hah…!! Lagi satu cara yang mudah >>> download aplikasi E-Zakat dari mobile phone anda. Lepas ni anda boleh laporkan terus pada Lembaga Zakat Selangor andai anda ternampak atau punya jiran yang perlukan bantuan Zakat..
Mudah kan??




Buat yang terover rajin boleh lah singgah ke Laman sesawang : www.e-zakat.com.my



Pokok pangkal, pokok kelapa sawit #eehh…. Bukan!

Pokok pangkal, sebagai masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab andai ada maklumat yang sahih, segera laporkan…

Info kita juga penting untuk LZS menjalankan siasatan dan bertindak sewajarnya...







Labels: , , , , ,