Restoran Thai yang sedap kat Taman Melawati : RESTORAN RUMAH THAI : ppsstt >>>> Butter Prawn dia sedap!

As'salamualikum dan Salam Sejahtera

Salam Ramadhan di minggu akhir.
Minggu yang amat sibuk untuk Nina dok siapkan tempahan biskut dan cake Raya. 
Dah macam Aloyah - isteri Kassim Baba rasanya. Dok kelam kelibut -  Tertonggek-tonggek, tergolek-golek, terbalik-balik didapur. Alangkah bestnya kalau tido jap ni pastu bangun nanti,  ada Marjina kat sebelah. . Boleh minta dia tolong kasi kemas-kemaskan rumah. Terlebih pengaruh filem P.Ramlee Nina ni...Verangan tak sudaa. Hahaha....

Memandangkan kekangan masa yang konon melampaui batas, MyGang ajak Nina berbuka kat luar aje. Konon-konon boleh kasi kurangkan stress dan lupakan kejap kesibukkan tuu. Alahai ... Sayang Geng!
Syaratnya >>> Tempat tersebut Nina yang pilih. Puas dok google nak cari tempat makan best kat sekitar Kuala Lumpur. Tak mau jauh-jauh sebab masa itu emas!

Setelah puas google dan tanya pendapat rakan-rakan di #KelabBloggerBenAshaari, akhirnya Nina pilih untuk ke Restoran Rumah Thai yang baru beroperasi di Taman Melawati

Kalau uolls waze, gerenti akan terpampang lokasi  di Taman Melati. Oleh itu jangan mengada-ngada nak follow waze tuu ehh... Confirm tak sampai! 
Sebabnya dulu memang Restoran tu kat sana dan macam Nina kasitau awal,  baru jer pindah!  
Kalau nak waze juga, sila lah waze 'Am Bisto Taman Melawati'.  
Hah...!! Buat customer tetap yang dok tercari-cari kemana menghilangnya  restoran kegemaran anda, silalah follow map kat SINI SINI SINI........  

Gambar atas : Suasana luar dan signboard kat tempat lama di Taman Melati.
Gambar bawah : Suasana luar di Taman Melawati. Masih belum siap sepenuhnya.
Berpandukan waze Am Bistro Taman Melawati, sampai lah tempat yang dituju.....
Nina dapati kat kawasan  sana menyediakan banyak parking . Kat depan kedai ada, tepi kedai ada, kat belakang lagi banyak. Percuma lak tuu... (masa Nina pegi tu malam tak tau lak kalau siang kena bayar ehh) Kawasan tuu one way so bersedia untuk pusing beberapa kali selagi tak jumpa parking yang menawan kalbu. MyGang lah tuu... Hahaa
Dan sesampai Nina kat depan restoran, signboard masih belum ada sebab restoran ini baru jer operasi - mengikut kata Puan Nas empunya restoran, baru jer 2-3minggu buka. Nanti dia letak lah tuu....
Usai masuk dalam restoran ini, Nina dapati dekorasi susun aturnya  kemas dan  selesa. Walaupun masih belum siap sepenuhnya. Surau juga ada disediakan. Best kann...?



Dah belek-belek menu akhirnya Nina pilih Set Menu B - untuk 2 orang makan.  Kerabu mangga Nina gantikan dengan Kailan Ikan Masin. Pastu  Nina order menu tambahan lain. Siakap tiga rasa dan butter prawn. Dah ada udang goreng tepung lagi mau order butter prawn lak. Giler udang gamaknya~  hahaa...


Ini TomYam campur. Menu yang mula-mula sampai. 

Menu pertama.... Tadaa~ Tomyam campur. Hurmm.... menarik! Nampak pekat kuahnya. Pastu godek-godek tengok isi kat dalamnya. 

Wahh.....!! Macam-macam ada. Ayam, sotong, udang. Yang bestnya, banyak lak tuu..... cedok-cedok dapat ayam, cedok-cedok lagi dapat udang, pastu sotong, pastu ayam lagi.. Portion dua orang makan ni berbaloi-baloi. Padahal Nina makan sekali ngan bala tentera total dah 6 orang! hehee.....


Seterusnya Kailan Ikan Masin yang tak berapa masin. Nina suka....

Udang Goreng Tepung .... rangup diluar lembut didalam. Cecah sama sos Thai memang layan...

Ayam  Gajus. 
Mmmm..... sedap! Recommended..!!  Untuk anak-anak agak pedas sikit tapi selamba derang layan. Sedaplah tuu.....  Kacang gajus yang rangup bersama isi ayam yang diperap, digoreng sebati memang menawan kalbu...

Siakap Tiga Rasa.
Nina suka part ikannya. Ikan yang digoreng garing kat luar dan isi yang lembut di dalam. Tengok tuu.... Nampak segar kan ikannya :) 


Hah....!! Ini lah yang di tunggu-tunggu... Sila tengok.. sila tengok ....
Butter Prawn ni sedap seyh~  Recommended..!! Tak bohong.. tak baik bohong kann, dosa. So far Nina bagi 5bintang untuk Butter Prawn di Restoran Rumah Thai Taman Melawati ni. Udang yang sedang elok digoreng, isinya lembut, moist lagi. Part crunchy nya memang tip top! Sebab apa...?? Bukan senang tau nak buat crunchy kerak yang halus rangup macam ni. Kat rumah memang tak boleh buat. Perlukan minyak yang sangat banyak dan api yang kuat baru dapat hasil yang cantik macam nie. Pastu kan.... kat kerak dia ada nestum. Asyik makan dengan rasa lemak susu dan nestum lagi rangup gitu. Kalau uolls makan kat sini, menu wajib order tau...  (Sila dengar cakap ehh... Degil babab nanti. Hahaa...)

Sempena bulan Ramdhan, Restoran Rumah Thai menyediakan dessert percuma. Puding sagu. Perghh..... Layan seyh makan sejuk-sejuk ngan ice-cream sebagai penutup.  Anak-anak dah siap request, nanti mama buat macam ni kat rumah ehh~  hehee...

Keseluruhan, pendapat Nina menu kat sini menepati citarasa Nina sekeluarga. Terutama sekali Butter Prawn. Portion hidangan juga banyak so berbaloi-baloi makan. Selain tuu, harga juga berpatutan. Harga di menu sama jer dari dulu hingga sekarang. Yang best lagi kan...... No GST. Ramai takut kannn... Kot ada tetiba makan time nak bayar ada charge sampingan. Kat sini tak de, okey. Mudah kan?
InsyaAllah... Nina akan datang lagi. 

Buat owner Puan Nas, Tahniah..
Moga bisnes maju jaya dan dipermudahkan segala urusan. Nina pasti, masakan yang dimasak ikhlas pasti membuahkan hasil dikemudian hari. Kalau tak masakan restoran full house dan customer dari restoran lama dok mencari sampai Taman Melawati. .. 

Ini pesanan dari penaja (Nina ler tuu). Sebelum datang disarankan booking dulu supaya ada tempat nanti. Walaupun restoran belum siap sepenuhnya, namun sambutan amat baik. Kot mengada-ngada nak terus terjah, kan ker haru kalau tak der tempat. ...

Maklumat lanjut boleh intai kat 
Facebook : Restoran Rumah Thai

Alamat : B-4-G-2 Gaya Melawati , Taman Melawati, KL
Melalui MRR2 .
 Waze Am Bistro, Taman Melawati
Lokasi Restoran bersebelahan Am Bistro dan Supermarket Hero
No Telefon : 03-41628207
Waktu perniagaan : 11am-11pm





Labels: , , , ,