Bloggers Day KBBA di Zoo Negara sambut Birthday Panda ke-9

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 23hb August  (Ahad) lalu,  #KelabBloggerBenAshaari kalobrasi bersama pihak Zoo Negara telah mengadakan Bloggers Day di Zoo Negara Malaysia, Ulu Kelang, Selangor. 
Wahhh.....!! Bloggers day lagi~ Seronoknya...

Nina berasa amat bertuah dapat bersama-sama menjayakan projek ini. Lagi best family Nina juga dapat turut serta memeriahkan suasana. Anak-anak excited giler! Maklumlah ada yang tak pernah pegi.....  Hanya Eillya  pernah pegi Zoo Negara. Tu pun masa kecik-kecik dulu...
Kali ni kesemua dapat pegi sama... Yeehaaaa..!!
ppsstt >>>> Sebenarnya mamanya lagi excited tapi cover...... hehee...

Seramai 50 bloggers yang turut serta dan masing-masing bawak family. Ramai.....!!
Meriah yang amat!
Sesampai sana terus daftar dan diberi tag. Dapat tag pun dah teruja! Excited ambik gambar tag! Poyo kann? Hahaha....



Kemudian kami dibahagikan kepada 2group. Tiger dan Hornbill.  Nina group Tiger. Auummmm~ hahaa
Selepas taklimat, KBBA  family photo! Mak aiii~ ramainya. Dasat!



take one take two, take one take two.... take one take two .... berapa banyak daaa.....
Serius! Memang banyakkkk kali take one take two.  
Maklumlah semua pun ada semakphone yang canggih.  Memasing nak upload sendiri secara live nanti. Ini Blogger aje! Belum campur family..
rasanya ada dekat 150juta kali... #Ehh tuu lagu Ainan Tasneem.  OOpsss....!! 
Bukan bukan, bukan 150juta kali tapi >>>>>>> - dekat 2.6billion kali kot snap picture. haha
Statement nombor sensitif ni~ Oopsss...!!
*** cakap sambil tutup cover mulut***

Jeng jeng jeng>>>>
Pengembaraan Pertama
Butterfly Garden



MasyaAllah... Indahnya ciptaan yang Esa. 
Seronok tengok banyakkk rama-rama berterbangan  sesuka hati. Ada part nampak rama-rama landing pastu meghisap madunya. Teruja tengok live!
Anak-anak teruja dok "wahh..... "sana, "wahhh"...... sini.  Mama dan abahnya pun sama "Wahhh....." tapi cakap dalam hati ajer~ hehe
cover cover beb! 



Sambil lalu, perjalanan singgah  kat kawasan specis beruk. Tetiba terasa macam tengok live Madagascar. Macam-macam jenis beruk ada. Pandai lak depa ni... asal kita tengok mulalah dia posing maut laaa, eksyen konon lawa, termenung jauh mengenangkan nasib, ada gak yang dok bergayut ke sana ke sini saje tunjuk skill lah tuuu, dan ada juga yang malas layan kami. Buat bodoh tak tau aje! hehehe...

Bersebelahan singgahsana beruk dan monyet, kami singgah pula ke kawasan burung. Cantik menarik tertarik kebabomm paruh burung hornbill ni.... 
Camner derang buat ehh...?? Pekerja Zoo ni make up dok touch up ke...~~
Jangan percaya ya. Hahaha..... 
Ini lah indahnya dan uniknya  ciptaan Yang Esa.

Pengembaraan Ke-dua
Tunku Abdul Rahman Aquarium



Sebelum sampai ke Aquarium, nampak lak si comel katek Cik Penguin yang dok dalam rumah kaca. Alahai....
Kedek-kedek jalan. .. Macam nak bawak balik anak penguin ni....

Kat Auqarium ni sejuk lagi nyaman. Maklum lah ada air-cond. Hehe...
Macam-macam jenis hidupan air ada sini. Air tawar dan air masin pun ada....
Baca kat signboad. Tak rasa pun air nya. hikhikhikkk~
Menarik  lagi cantik! Terpegun seketika. tak nganga mulut pun ehh... **ada kasitau ker tadi pasal nganga mulut?** 
Oopsss...!! Pecah rahsia~



Agaknya gini kot suasana berada kat dasar lautan. Padan laaa orang scuba suka turun kat bawah lautan. Tenang sangat tengok kebiru-biruan air, ikan berenang-renang sesuka hati  tanpa risau jammed!  #ehh..... 

Pengembaraan Ke-tiga
Multi Animal Show



Sini  memang best! Enjoy sangat.  Ada burung kakak tua, anjing laut yang terror balance bola guna hidungnya sampai masuk dalam gol..!! 

Anak-anak yang pertama kali tengok live show terpaku terkedu nengoknya. Mama Abah derang pun sama tapi..... Cover, cover beb! Hehee

Hebat pekerja-pekerja  Zoo ini boleh melatih haiwan tersebut mengikut arahan dan membuat bermacam-macam aksi yang belum tentu kita sendiri boleh lakukannya. 
***memang tak laaaa, nak balance kan bola guna hidung kann~ hahaa
kalau boleh buat, boleh laaa gantikan tempat anjing laut bila dia MC. Oopsss~

Pengembaraan Ke-empat
Lunch : The Wild Restaurant
**Lucky Draw**
Dah penat, letih kaki berjalan dari tadi, kepanasan, kehausan, kelaparan bak kata semua lah 'ke' 
kami dijamu selera oleh pihak Foodpanda ngan ser lunch yang pastu 'ke' juga. "Kekenyangan". 
TQ FoodPanda sponsor lunch kami. Sedap!
Masa ni ada acara lucky draw - memula yang dapat Puan Farah Wahid. Untung dia~
Beliau adalah antara orang kuat projek ni..

Pengembaran ke-lima
***penat dah type, layan gambar lak ehh... Hehee**



Bee Museum Visit
Kat sini tengok live sarang lebah bersama madunya. Rasa sebenar madu tak manis sangat dan ada rasa masam sikit.
" OOOOOOOOooooo..... Baru tahu rasa sebenarnya madu " hehe...
Selama ni madu tuu tipu lah ehh??
"Tipah tertipu bang, tipah tertipu..."
#ehh...Bukan bukan... Yang jual tuu ada campuran madu pelbagai jenis. Dari berlainan pokok dan jenis. Uniknya   lebah kat sini bijak belaka, keluar masuk sarang aje tak hirau pun kita dok kerumun.. 
**ker pekerja Zoo Negara dah latih lebah?? Tetiba terfikir** hurmmmmm ~ °sambil garu kepala konon tengah fikir°

Sawanah Walk
Malayan Elephants Ape Centre

Pengembaraan ke-enam
Giant Panda Conservation Centre



Hah...!! Inilah motif Utama Bloggers Day kami. Menyambut Hari lahir Panda yg ke-9.
Ni nak citer - dasat tengok kesungguhan pekerja Zoo set up hias meja makan untuk FuWa. Ada buluh, carrot, cake (makanan untuk Panda yang bentukkan bulat macam cake)
Tengok tuu berselera dia makan cake birthday dia... 

Dapat tengok FuWa jer dari dekat. Lagi satu tengah berpantang. 
Gebu gebas rasa nak peluk-peluk macam teaddy bear yang dok peluk masa kecik dolu². 
Geramnya...!! Gemok.. Jalan gedek-gedek!




Kat sini sejuk...nyaman. 
Tak boleh bising, silent hp, tak boleh guna flash camera, tak boleh makan, minum...
Tengok tuu FuWa rindu FengYi yg dikuarantinkan 2bulan tempoh berpantang. Kesian dia kann... Sambut birthday sendirian.

Akhir sekali, aktiviti bebas, jalan-jalan sekitar Zoo. 
Dah penat tapi dah sampai rugi ooo tak jalan sampai habis. 


Ini namanya Cabybara. Tikus terbesar di dunia. Besar sangat! Dah besar macam harimau pun ada. Tapi badan jer besar, dia makan tumbuh-tumbuhan jer~


Flamingo ni friendly sangat. Eilhan enjoy dok tengok. Tak takut lak dia..mama lak risau nengoknya~ hehee.....
Terharu tengok MyGang dok melayan bawak anak² round Zoo. Sayang Geng~ oouchh...!!
Anak² enjoy, mama yg kepenatan. Huhuu....



Kalau uols nak datang ke sini, ada cara mudah untuk buat pembelian tiket.

Rujuk di :

Website: Zoo Negara Malaysia
Instagram: ZooNegaraOnlineTicket
Telefon: 03-5124 0109
Email: saujanajutaria@gmail.com

Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang setiap hari
Pertunjukan Haiwan: 11.00 pagi & 3.00 petang


Terima kasih banyak penaja kami 
Cosmoderm,  FoodPanda, yang utama Zoo Negara. 

Ya, kami enjoy!





Labels: , , ,