Mee goreng mudah dan cepat buat tetamu. Mee Goreng Kasihku Ramadhan... Dah Raya laaa Nina...

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah bosan makan nasi dan roti?
Meh Nina share menu Mee lak.. Senang lagi cepat Mee Goreng. Kalau meehoon lambat sikit sebab nak kena rendam atau masak lama sikit supaya meehoon lembut.

Yang mana tetiba tetamu kunjung rumah,  boleh jer sediakan Mee Goreng buat tetamu. Cuma pastikan stok bahan masak sedia ada kat rumah. Kejap jer masak, kelentang-kelentung kat dapur dan siap dimasak.

Kenapa nama Mee Goreng Kasih ku Ramadhan?
Ni dah nak habis Syawal laaaa Nina. Hahaa...

Masa bulan Ramadhan yang lalu, Nina kengkonon joint peraduan Kicap Mahsuri. Verangan nak Menang RM500. Kini tinggal mimpi di siang hari. Hehee~

Masa Ramadhan, Nina suka sediakan menu yang ringkas dan mudah. Mee goreng antara menu kegemaran Nina. 
Ok, Jom tengok resepi mudah Nina.


Mee Goreng Kasihku Ramadhan
Bahan-bahan
1 packet mee kuning
1 biji bawang merah besar - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 sudu besar serbuk secukup rasa
minyak masak

Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis

2 sudu besar sos cili
1 cawan air

rencah-rencah;
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam - dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
fish cake dan fish ball
sayur sawi - dipotong anggaran 4 cm

Carrot - Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee ...

Bahan hiasan;
Bawang goreng


Cara-cara







Labels: , , , , ,