Resepi mudah open house / jamuan : Mee Kari Simple

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera,

Esok sabtu, pasti ramai yang buzy dok buat open house kan?
Sekarang ni nak beraya dah segan terus ke rumah kengkawan. Semuanya tunggu dijemput open house barulah bertandang. Gitu kann....??

Teringat masa sekolah dulu, konvoi naik basikal pegi rumah ke rumah ngan kengkawan sekolah. Entah rumah sapa pun selamba gi beraya. Kedatangan kita disambut meriah oleh tuan rumah. Bukan nak makan sangat pun.... Minum air sirap, kuih Raya sikit, kenal-kenal, borak-borak, salam salam pastu balik.... (Kalau dapat duit Raya punyalah seronok -bonus! , tak dapat pun ok jer dulu)
Motif dulu kenal sesama Jiran setaman..anak sapa, isteri sapa, dok mana, adik beradik berapa. Sekarang? Jiran sebelah sapa pun tak kenal pastu jarang nampak. Huhuu...
Kan kan kannnn~

Yelah.... Dulu lain sekarang lain.. 
Ok, berbalik pada menu open house - Kot ada yang buntu nak masak apa esok, apakata try masak Mee Kari Style Nina yang mudah lagi simple ni..

Semuanya main campak-campak jer.. 
Isi nya pula terpulang pada individual. Nak letak Ayam ke, Daging ke, Seafood ke.... Ikutlah citarasa.
Kot kat rumah ada stok pelanduk, kancil, ayam hutan pun sodap! #ehh... Tetiba teringin lak~
Oopsss....!! Bukan mengidam ehh..
Tak kasitau kang tetiba hang whatsapp - ramai lak dok ucap tahniah, take care, jaga diri nanti. Hahaa...

Ok laaa.... Jom tengok resepi nya sebelum Nina dok melalut nanti.. Hehee...
Ppsstt >>> memandangkan resepi ni simple, kesedapan adalah subjective. Yang penting jadi Mee Kari. 
"Pandai mak ajar maggie buat Kari" hahaa...
Pengaruh iklan. Hehee


MEE KARI SIMPLE
Bahan-bahan
1 paket Mee kuning - cuci dan celur sekejap dan toskan
1 biji bawang besar -hiris halus
2 ulas bawang putih - Nina ketuk jer
1/2 inci halia -hiris halus

100gm udang bersaiz sederhana
100gm sotong bersaiz sederhana
Ayam - part tulang (leher, kepak, kaki) kalau nak isi terpulang
2-3 biji kentang -dipotong dadu
1paket fish cake - dihiris
1 paket tauhu pok, kerat 2 tiap 1
2 biji tomato dipotong kiub
1 kotak kecik santan kotak (Nina guna ni jer)
3 camca besar rempah kari daging (Baba's) - dicampur ngan sedikit air jadikan pes
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan sampingan lain
Sayur sawi - cuci, potongan lalu dicelur sebentar
Tak de sawi, taugeh pun ok
Telur rebus secukupnya -belah dua
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah/hijau
Bawang goreng
Limau kasturi -belah 2

Cara penyediannya
1- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
2- Kemudian masukkan pes rempah dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3- Tuang air, kacau dan biar mendidih.
4- Masukkan kentang dan part tulang ayam. Masak hingga empuk.
5- Selepas itu masukkan udang dan sotong, fish cake dan juga tauho pok. Biarkan mendidih.
6- Tuang santan. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil, kacau selalu. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
7- Biarkan mendidih, tutup api.
8- Sediakan Mee dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atasnya bersama bahan sampingan lain. Sedia dinikmati...




Labels: , , , , , , ,