MH370 - Terungkai kah misteri?

Persoalan
Sering membisik
Tanpa henti hingga menjerit
Menjerat seluruh jiwa
Meronta bagai nak gila

Siang malam merindu
Suram senja tiada hujungnya
Mendayu-dayu tiada yang tahu
Lukisan pernah tidak kesudahan
Mengerti dan tahu
Terpaksa harus redha
Ini lah ketentuan dari NYA

Akhirnya
Jawapan menjelma
Secara tiba-tiba
Perlukan ia
Menambah derita
Tatkala
Hati ini usai memujuk duka
Bak ombak pergi tinggalkan pantai
Yang ada hanyalah jeritan deruan

Hati ini
Beku bak panahan mentari
Usah ditanya
Kenapa
Tiada sudah keluhannya
Tiada erti tipu daya
Hancur hati ini terianaya

Misteri ini
Terungkai kah sudah?

Pinjam gambar dari Google
Al-fatehah buat mangsa MH370
Moga yang mereka tabah mengharunginya


Ikhlas,
Nina Mirza

Terdahulu disini >>> http://ninamirza.blogspot.com/2014/03/tanpa-bicara-dari-nina-tragedi-mh370.html



Labels: ,